100,000 Biasiswa Untuk Direbut, Google Tawar Peluang Belajar Dan Kerja

Share

Ramai yang menyimpan keinginan untuk bekerja di syarikat terkemuka dunia, Google kerana persekitaran tempat kerjanya yang menarik dan cosy.

Kalau korang tengok pejabat Google di luar negara, perghh bestnya. Tak rasa stres nak kerja kalau dapat environment

macam tu.

So ini la peluangnya guys.

Nah, jangan risau, baru-baru ini Google telah mengumumkan penawaran 100,000 biasiswa program persijilan dalam talian jangka pendek dalam bidang analisis data, pengurusan projek dan reka bentuk pengalaman pengguna.

Menariknya, Sijil yang dibuat dan diajar oleh pekerja Google tidak memerlukan ijazah pengajian tinggi akan ditawarkan melalui platform pembelajaran dalam talian, Coursera.

Dengan sijil berkenaan, Google akan menganggap ianya setaraf dengan ijazah pengajian tinggi empat tahun untuk mengisi beberapa jawatan berkaitan di syarikatnya.

So apa lagi, kalau tak cuba tak tahu kan. Cepat la apply gaiss..

Sumber : CNBC

IKLAN