Berita baik untuk korang yang sedang mencari pekerjaan
Menteri Wilayah Perseketuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa khidmat golongan belia diperlukan untuk mengisi kekosongan 1,000 lot perniagaan baharu seperti kios dan trak makanan kepada golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan akibat wabak COVID-19 bermula 1 Julai ini.
Menurut beliau lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menempatkan kesemua lot perniagaan itu di lokasi strategik (hotspot) yang menjadi tumpuan di Kuala Lumpur serta Putrajaya dengan kadar sewa yang berpatutan.
Permohonan secara dalam talian akan dibuka kepada pemohon mulai 1 Julai dan berharap golongan muda dan mereka yang hilang pekerjaan supaya membuat permohonan, dan kementerian akan bertindak tegas memastikan tiada pihak mengambil kesempatan termasuk menyewakannya kepada warga asing, kata beliau.
Ads
“Buat permulaan ini, 400 kios kecil dan besar akan ditempatkan di kawasan strategik seperti tempat pejalan kaki dan tumpuan pelancong di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Bintang Walk, Little India dan sekitar Bangunan MARA dan termasuk perhentian bas di ibu negara dan Putrajaya.
Selain itu, 400 lot lagi adalah untuk trak makanan di lokasi yang kita rasakan sesuai manakala 200 lagi adalah lot di dalam pusat membeli belah seperti di Berjaya Times Square dan sebagainya,” katanya.
Ads
Menurut Annuar, sebahagian kios berkenaan telah siap disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain peniaga boleh membina kios sendiri mengikut saiz dan reka bentuk yang telah dipersetujui.
“Pembinaan kios kali ini mesti cantik sebagai tarikan kepada pelancong dan kita mahu ia tidak menghalang lalu lintas, tidak menimbulkan masalah kepada peniaga lain dan paling penting adalah aspek kebersihan yang mesti diutamakan,” katanya.
Ads
Annuar berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam mendapatkan modal perniagaan dan latihan-latihan berkaitan yang diperlukan.
Diharap inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini direbut oleh mereka yang mahu mulakan perniagaan tetapi tidak menjumpai platform yang sesuai terutamanya golongan remaja. Yelah sekarang ni memang struggle untuk mendapatkan pendapatan.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jeff Bezos pada ketika ini merupakan manusia kedua terkaya dunia di belakang Elon Musk. Dalam temuramah bersama CNN, Bezos berkata beliau ingin mendermakan majoriti kekayaan beliau untuk tujuan amal.
Tumpuan akan diberikan kepada tujuan menentang perubahan iklim dan menyokong individu yang akan menyatukan manusia dalam situasi sosial dan politik yang tegang sekarang.
Jeff Bezos, the founder of Amazon who is estimated to be worth $124 billion, said that he would give away most of his money to charity, making him the latest billionaire to pledge to donate his vast fortune during his lifetime.https://t.co/hqDG3WCbv6
Tidak seperti Bill Gates dan Warren Buffet, Bezos tidak menandatangani Giving Plegde yang merupakan ikrar untuk memberikan hampir kesemua harga untuk tujuan awal. Bezos juga menolak dalam temu bual untuk memperincikan peratusan tertentu kekayaannya atau mengenal pasti ke mana ia akan didermakan.
Berita mengenai keputusan Bezos datang selepas dia dan Sánchez menganugerahkan Dolly Parton dengan hadiah $100 juta untuk usaha dermawannya. Selepas tidak lagi menjadi CEO Amazon, Bezos menumpukan perhatian kepada badan amal dan pengembaraan ke angkasa lepas menerusi Blue Origin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh dunia automotif pada sejak 28 April lalu apabila Daihatsu Motor Co Ltd atau Daihatsu Jepun memaklumkan mengenai laporan pemalsuan ujian keselamatan oleh pihaknya.
Dedah Daihatsu, terdapat ‘ketidakaturan prosedur’ yang berlaku pada ujian yang dilakukan membabitkan empat buah model termasuklah Perodua Axia 2023.
Lantaran itu, Presiden dan ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) semalam telahpun membuka mulut untuk memberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diterima oleh Perodua Axia model 2023 adalah sah dan diperakui walaupun kenyataan Daihatsu mendakwa sebaliknya.
Perodua Axia 2023.
Katanya, Daihatsu telah dilantik dan dipertanggungjawab oleh PERODUA untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia Baharu di Jepun dan telah disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.
Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad menambah, pihaknya juga telah dihubungi oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berikutan pendedahan ini dan model Axia 2023 akan menjalani ujian penilaian ciri keselamatan oleh MIROS.
“Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai ‘ketidakaturan prosedur’ oleh Daihatsu, kami telah menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenalpasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya.
“Perodua Axia Baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh PERODUA.”
“Kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai,” ulasnya dalam kenyataan kepada pemberita kelmarin.
Reka bentuk dan ciri-ciri dalam Perodua Axia 2023.
Dalam pada itu, MIROS berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai tahap keselamatan model baharu Axia itu daripada mana-mana pemilik kenderaan. Begitupun demi memuaskan hati semua pihak, MIROS akan melihat dakwaan tersebut dengan lebih teliti.
Terdahulu, REMAJA telah melaporkan semula petikan artikel daripada Reuters berkenaan dakwaan kononnya Daihatsu yang merupakan sekutu Toyota Motor Corporation telah memalsukan sebahagian daripada ujian keselamatan pelanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk lebih 88,000 kereta bersaiz kecil.
Daripada jumlah tersebut, 11,800 buah merupakan daripada model Perodua Axia 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
i
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu kenaikan bil elektrik lebih mahal berbanding bulan-bulan sebelumnya yang menjadi punca kebanyakan orang ramai meluahkan kemarahan di media sosial nampaknya menjadi isu nasional.
Ini termasuklah ia telah dibawa ke mesyuarat kabinet oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam. Masa yang sama, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin turut mengambik kira isu yang menjadi bualan hangat rakyat.
Di sebalik isu yang tular, seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad, Fawwaz Johari berkongsi 9 cara untuk menjimatkan elektrik seperti yang keluarganya amalkan.
Mana tahu kalau yang baik kita ikutkan, mudah-mudahan bil tak adalah beratus lagi walaupun dah dipasang smart meter.
Fawwaz Johari berkongsi 9 tips untuk jimatkan bil elektrik yang mana rumahnya juga sudah dipasang smart meter
Bil Elektrik Tinggi? Rumah 2 tingkat berhawa dingin mempunyai bil kurang daripada RM40-70 sebulan, begini caranya…
Viral di media sosial mengenai bil elektrik yang tinggi setelah TNB menukarkan ‘Smart Meter’ yang baru menggantikan meter TNB yang lama.
Saya adalah salah seorang pekerja TNB. Posting saya ini bukanlah bertujuan untuk menjawab atau menjelaskan mengenai ura-ura bil elektrik yang dikatakan meningkat tersebut. Namun hanya untuk kongsikan kaedah dan cara yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda.
Ingin saya nyatakan disclaimer di sini bahawa kaedah dan cara ini bukanlah saranan daripada syarikat TNB, namun hanya sekadar perkongsian peribadi berdasarkan penggunaan elektrik di rumah kami di Melaka.
Sebelum saya mulakan, izinkan untuk saya kongsikan dahulu mengenai latar belakang kediaman kami di Melaka ini. Rumah yang kami duduki ini adalah rumah 2 tingkat. Ia ini mempunyai 4 bilik, dan setiap bilik dipasang dengan alat penghawa dingin. Di ruang tamu rumah pula dipasang dengan 2 set alat penghawa dingin.
Rumahnya terletak di Melaka dan empat bilik mempunyai penghawa dingin tapi bilnya sekitar RM40-RM70 sahaja
Rumah ini secara kebiasaannya di diami oleh ibu bapa saya, dan setiap malam mereka akan memasang alat penghawa dingin di bilik mereka. Manakala bilik-bilik lain pula akan dipenuhi dengan adik beradik saya yang lain pada setiap kali hujung minggu dan setiap kali musim cuti.
Rumah ini telah dipasang dengan ‘Smart Meter TNB’ pada bulan Februari 2019 yang lalu. Di sini saya sertakan gambar bil elektrik terkini rumah saya pada bulan lepas, iaitu HANYA SEBANYAK RM 62.30.
Bagaimanakah kami lakukannya?
Di bawah ini saya kongsikan tips dan gambar-gambar tentang bagaimana cara ia dapat dilakukan.
Gunakan teknologi inverter – Pertama sekali, bagi yang menggunakan alat penghawa dingin, pastikan anda menggunakan penghawa dingin yang mempunyai teknologi inverter. Kesemua penghawa dingin dan peti ais yang ada di rumah kami ini telah dilengkapi dengan teknologi inverter ini.
Harganya mungkin mahal sedikit berbanding dengan peralatan yang biasa, namun anda hanya perlu membayar harga tersebut sekali sewaktu pembelian, dan kemudian anda boleh dapat menikmati penjimatan elektrik yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Peralatan elektrik berstatus “5 bintang” – Apabila anda pergi ke kedai peralatan elektronik seperti One Living, Seng Heng, Home Pro, Courts Mammoth dan sebagainya, anda akan mendapati terdapat tanda 1-5 bintang pada setiap barangan elektronik yang dijual. Belilah barangan yang mempunyai 5 bintang. Bintang itu adalah Standard yang telah dikeluarkan oleh pihak Sirim untuk menyatakan “Energy Efficiency” peralatan tersebut. Peralatan yang efisien akan dapat lebih menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda.
Masak air guna kattle saja
Tidak menggunakan alat-alat pemanas elektrik – Di antara peralatan yang tidak digunakan di rumah kami di Melaka ini termasuklah, pemasak nasi elektrik, cerek air elektrik dan water dispenser.
Bagi tujuan memasak, kami menggunakan gas api. Kami menanak nasi di dalam periuk dan menggunakan cerek api untuk memanaskan air. Pemanas elektrik yang digunakan di rumah kami ini hanyalah seterika dan ‘water heater’ untuk mandi.
Menggunakan lampu LED –Kesemua lampu yang dipasang di rumah kami ini diperbuat dari LED. Penggunaan lampu LED ini dikatakan dapat mengurangkan 75% penggunaan elektrik berbanding dengan lampu-lampu biasa.
Mencabut plug selepas menggunakan alat elektrik – Selepas menonton TV, mengecas telefon bimbit, menggunakan seterika, atau menggunakan mesin basuh, tutup suis dan cabut sekali plug yang digunakan. Sekiranya extension wire digunakan, cabut sekali plug extension wire tersebut apabila ianya tidak digunakan.
Melalui pengalaman di rumah-rumah yang pernah melakukan cara ini, kadar elektrik adakalanya dapat dikurangkan sebanyak RM15-RM50. Kadar penjimatan bergantung kepada jenis rumah dan jenis peralatan elektrik yang digunapakai.
Untuk mendapatkan penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh mencabut plug ‘wifi’ di rumah anda pada waktu malam apabila semua orang tidur dan tidak menggunakannya.
Menggunakan ‘Turbine Ventilator’ di bumbung –Untuk memastikan rumah berada di dalam keadaan sejuk, Turbine Ventilator telah dipasang di atap rumah ini. Turbine ventilator ini berfungsi untuk membenarkan udara-udara panas yang terperangkap di dalam bumbung untuk keluar. Kekosongan udara di bahagian bumbung itu pula akan menyebabkan udara panas lain yang ada di dalam rumah ditarik pergi ke bahagian atas bumbung tersebut. Dengan menggunakan Turbine Ventilator ini, suhu rumah dapat diturunkan.
Banyak tanaman hijau ditanam sekaligus menghasilkan karbon monoksida sendiri
Di laluan tangga turut ada pokok-pokok hijau
Memanam pokok di dalam dan luar rumah – Antara hobi ibu saya adalah menanam pokok. Ibu saya telah menanam pelbagai jenis pokok dan tumbuhan di sekeliling dan juga di dalam rumah kami. Bapa saya pula akan membantunya untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada setiap hari.
Pokok diketahui dapat mengurangkan suhu udara. Dengan adanya pokok-pokok ini, udara di rumah kami biasanya berada pada suhu yang rendah. Oleh itu, kami jarang perlu membuka penghawa dingin di waktu tengahhari, melainkan pada hari yang benar-benar panas ataupun ketika tetamu datang ke rumah.
Di samping itu, pokok juga berfungsi untuk mengeluarkan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Dengan mempunyai pelbagai jenis pokok di sekeliling rumah kami, kami sekeluarga dapat menikmati udara yang segar dan pemandangan yang indah pada setiap hari.
Penggunaan elektrik penghawa dingin dapat dikurangkan dengan suhu sekeliling yang rendah –Apabila sekeliling rumah bersuhu rendah, penghawa dingin tidak perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk menurunkan suhu kepada suhu yang dikehendaki.
Sebagai contoh, jika suhu sekeliling adalah 30°C, manakala suhu yang dikehendaki pula adalah 23°C. Maka perbezaan suhu adalah sebanyak 7°C, ini menyebabkan penghawa dingin perlu bekerja keras untuk menurunkan 7°C tersebut.
Bayangkan jika suhu sekeliling rumah hanya 25°C, penghawa dingin cuma perlu menurunkan suhu sebanyak 2°C untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki. Maka dengan adanya pohon-pohon tanaman berserta dengan Turbine Ventilator, tenaga elektrik dapat dijimatkan dengan lebih banyak.
Kredit kepada ibu bapa saya iaitu Johari Judan& Dr Zorina Khalid kerana telah berusaha untuk menjaga alam sekitar. Dengan semangat mereka, kami dapat menikmati pemandangan yang indah, udara yang nyaman dan sejuk apabila pulang ke rumah di melaka, di samping ia dapat menjimatkan bil elektrik rumah kami.
[Nota tambahan: perkongsian ini mungkin tidak relevan bagi mereka yang tidak menggunakan alat penghawa dingin di rumah mereka]
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua untuk menjimatkan bil elektrik di rumah anda. Kongsikan kaedah-kaedah ini kepada rakan lain yang mempunyai masalah bil elektrik yang tinggi, dan selamat mencuba.
Sumber : FB FAWWAZ JOHARI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!