
Satu lagi berita bahagia dari industri hiburan Korea Selatan yang pastinya membuat peminat K-Drama tersenyum. Pasangan pelakon popular, Yoon Sun-woo dan Kim Ga-eun, khabarnya bakal melangsungkan perkahwinan selepas hampir sedekad menjalinkan hubungan cinta secara tertutup.
Menurut laporan media Korea, pasangan ini dijangka berkahwin pada bulan Oktober tahun ini, sekali gus mengakhiri spekulasi dan tanda tanya peminat mengenai status hubungan mereka.
Yoon Sun-woo dan Kim Ga-eun mula berkenalan ketika sama-sama membintangi drama “Loyal Dandelion” pada tahun 2015. Ketika itu, hubungan mereka hanya sekadar rakan seindustri, namun lama-kelamaan, bibit cinta mula mekar di hati masing-masing.
Seorang kenalan rapat pasangan ini turut berkongsi,
“Yoon Sun-woo dan Kim Ga-eun kedua-duanya mempunyai keperibadian yang sangat baik. Mereka saling mempercayai dan menghargai antara satu sama lain sepanjang masa itu, dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. Mereka benar-benar pasangan yang menyenangkan untuk dilihat.”
Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana mereka berjaya menjaga hubungan peribadi ini selama hampir 10 tahun tanpa sebarang gosip panas atau kontroversi. Dalam dunia hiburan yang serba pantas, penuh tumpuan dan spekulasi, menjaga hubungan selama sedekad dalam diam bukan sesuatu yang mudah.
Kini, apabila mereka bersedia untuk berkongsi berita bahagia ini dengan umum, rata-rata peminat memberi sokongan penuh dan mendoakan kebahagiaan mereka.
Yoon Sun-woo, yang berusia 38 tahun, dikenali menerusi pelbagai drama popular seperti:
“Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo” (2016)
“Reunited Worlds” (2017)
“Still 17” (2018)
“Liver or Die” (2019)
“Stove League” (2019)
“Awaken” (2020)
“Good Job” (2022)
“The Third Marriage”
(2023)Manakala Kim Ga-eun, 35, juga tidak kurang hebatnya dengan rekod drama popular seperti:
“Giant” (2010)
“Doctor Champ” (2010)
“Scent of a Woman” (2011)
“Brain” (2011)
“Gap Dong” (2014)
“Gunman in Joseon” (2014)
“Loyal Dandelion” (2014)
“Because This is My First Life” (2017)
“The Light in Your Eyes” (2019)
“Under the Queen’s Umbrella”
(2022)“King the Land” (2023)
“Potato Research Institute” (2025)
Kedua-duanya mempunyai reputasi cemerlang dalam dunia lakonan, menjadikan mereka antara pasangan selebriti yang disegani ramai.
Ramai peminat yang percaya kisah cinta mereka menjadi inspirasi bahawa cinta sejati boleh bermula dari set penggambaran. Daripada sekadar rakan sekerja, mereka membina kepercayaan, memahami antara satu sama lain dan akhirnya memilih untuk berkongsi hidup sebagai suami isteri.
Majlis perkahwinan mereka dijangka berlangsung secara tertutup dengan kehadiran keluarga terdekat serta kenalan rapat sahaja.
Tahniah buat Yoon Sun-woo dan Kim Ga-eun! Semoga hubungan yang dibina atas dasar kepercayaan dan persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.
BACA LAGI : Han So Hee Buat Kejutan, Hadiahkan Laptop Kepada 43 Pelajar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.