Mendapat biasiswa penuh semasa pengajian di universiti antara harapan kebanyakan pelajar. Tak perlu berfikir bagaimana perlu membayarnya semula ketika mula bekerja. Berbanding dengan PTPTN, peminjamnya perlu membayar semua hutang termasuk kadar faedahnya kecuali mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama Atas dan barulah pinjaman itu diberi percuma.
Namun bukan mudah untuk mendapat biasiswa kerana pemilihan pelajar sangat terhad. Bukan saja perlu bijak dan cemerlang dalam pendidikan, aktif dalam kokurikulum tetapi menjadi seorang anak muda yang penuh inspirasi kepada individu lain.
Sebab itulah banyak biasiswa yang ditawarkan dalam negara ini sangat terhad dan hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja akan terpilih. Untuk korang yang nak memohon biasiswa, berikut kami senaraikan beberapa biasiswa yang telah dibuka bagi lepasan SPM 2021.
Biasiswa Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
Good luck semua! Mohon share juga info ini kepada rakan-rakan dan saudara mara kita yang baru sahaja mendapat keputusan SPM dan yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran dan ingin memohon biasiswa..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktiviti bertukang sinonim sebagai pekerjaan yang dilakukan oleh kaum lelaki sama ada sebagai sumber mencari rezeki ataupun sekadar hobi.
Tidak pelik jika kita melihat lelaki melakukan kerja-kerja bertukang kerana lazimnya masyarakat kita menganggapnya suatu pekerjaan biasa bagi kaum Adam.
Namun, bukan hanya lelaki sahaja yang mampu melakukan kerja-kerja bertukang ini tau. Gadis bernama Auni Hazwani membuktikan bahawa dia juga mampu melakukannya. Buktinya, gadis yang berasal dari Kuantan ini telah mengubah suai sendiri dapur kediaman ibunya.
“Sebelum ini ayah pernah renovate bahagian dapur rumah kami. Tapi pada masa itu ia dilakukan dengan agak berterabur dan catnya pula bercampur-campur warna. Saya tidak selesa melihat keadaan itu dan memberi idea kepada mak untuk mengubah suai semula dapur tersebut.”
Dapur asal
“Mak saya seorang peniaga dan dia sering menggunakan dapur untuk membuat kuih. Dia juga suka menyimpan barang-barang lama. Oleh kerana itu saya berhajat mengubah suai dapur baru untuk mak supaya dia lebih selesa bekerja di situ.
“Setelah mak bersetuju, dengan bantuan ayah juga, kami berjaya renovate dapur dengan kos hanya RM1,500. Jika mengambil upah orang luar, harganya mungkin cecah hingga belasan ribu. Jadi, bila buat sendiri ia dapat menjimatkan wang dan lebih puas hati,” jelas Auni.
Ditanya bagaimana dia boleh melakukan kerja-kerja bertukang ini, Auni berkata dia memang mempunyai minat dengan kerja seni dan hanya belajar sendiri.
“Saya tidak melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan pun, sebaliknya saya mengambil jurusan dakwah semasa di universiti. Tetapi, disebabkan minat mendalam kepada bidang seni, saya mengambil inisiatif belajar sendiri. Pada mulanya hanya minat kepada bidang lukisan, lama-kelamaan minat itu menjurus kepada buat kerja-kerja kayu pula.
“Sekarang ni pun, saya mengambil upah membuat almari, perabot dan kerusi meja pada waktu siang. Pada sebelah petang pula, saya pergi mengajar kelas Fardhu Ain,” katanya lagi.
Auni turut berkongsi cerita bagaimana dirimahir melakukan kerja-kerja kayu. Semuanya atas inisiatif sendiri ketika dia bertemu dengan penjual kayu dan sempat menimba ilmu daripadanya. Selain itu juga, dia banyak mencari rujukan dengan menonton video tutorial di YouTube.
Lihat sahaja bagaimana hasilnya. Memang menakjubkan!
Kerja ubah suai di bawah ini dilakukan Auni dalam tempoh masa lebih kurang dua bulan sahaja.
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada Auni Hazwani kerana telah berjaya membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu melakukan kerja-kerja bertukang yang lazimnya dipelopori oleh kaum lelaki.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertama sekali REMAJA ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Al-Faiz Mohamed Ahmed Hafez, 26, meraih anugerah Kecemerlangan UMW Holdings Berhad dan Verein Deutscher Ingeniure Award Association of German Engineers (VDI) pada Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP), baru-baru ini.
Untuk pengetahuan korang, siswazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Automotif – (Program Kerjasama UMP dengan University of Applied Sciences, Jerman) ini menyimpan minat dalam bidang robotik sejak kecil ketika di zaman sekolah rendah.
Lebih mesra disapa Hussein, penganugerahan itu disifatkan sebagai pendorong kepada dirinya untuk terus mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Menurutnya, pada waktu itu universiti ditutup akibat ‘lockdown’ dan kesemua kelas dijalankan secara dalam talian. Lebih sukar apabila kelas yang dijalankan oleh pensyarah mata pelajaran yang bertugas dalam Bahasa Jerman.
“Disebabkan itu saya perlu membuat persiapan yang proaktif dan intensif kerana cuma ada peperiksaan akhir sahaja di mana 100 peratus markah adalah bergantung kepada penilaian tersebut dan berbahasa Jerman.
“Apa yang saya lakukan adalah mengulangi semula rakaman video pensyarah dan melakukan terjemahan terhadap input yang disampaikan semasa di dalam kelas,” ujarnya yang turut belajar berkumpulan bersama kawan baiknya, Alyxie Anthony, selain cuba menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.
Akhir sekali, Hussein turut berharap UMP akan meneruskan program dwi ijazah dan memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian di luar negara.
Selain Hussein, seorang lagi penerima VDI Award Association of German Engineers dianugerahkan kepada Ng Jin Yun yang kini sedang melanjutkan pengajian di Jerman.
Jadi minat atau hobi dalam sesuatu perkara bukan jadi alasan untuk seseorang mengabaikan pelajaran kan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Foto :Unit Komunikasi Korporat UMP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bijirin merupakan makanan yang membekalkan antara 55 hingga 65% daripada keperluan tenaga. Bijirin penuh adalah sumber makanan yang baik dan kaya dengan vitamin B iaitu B1, B2 dan B3, vitamin #, zat galian seperti magnesium, zink dan selemium serta kaya dengan serat makanan.
Quaker Oat antara jenama terkenal yang menghasilkan produk bijirin untuk membantu mereka yang inginkan makanan sihat. Ramai yang menganggap oat adalah makan sihat yang tidak menarik dan sedap, namun sebenarnya ada banyak menu berdasarkan oat yang korang boleh buat.
Tambah pula dah nak masuk bulan Ramadan ini, oat antara sajian popular tatkala waktu sahur. Walau bagaimanapun, oat bukan sahaja boleh dibuat sebagai dessert, tapi juga savory.
Berikut kami senaraikan antara resipi berdasarkan oats yang korang boleh buat sepanjang Ramadan ini.
A. Oats & Veggie Omelette
Bahan-bahan:
– 2 biji telur yang dipukul rata
– 4 biji putih telur yang dipukul rata
– 1 cawan Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal
– 1 sudu besar garam
– 1 sudu besar lada hitam
– 2 sudu besar non-fat milk/low-fat milk
– 2 sudu besar minyak masak tidak tepu
– Tomato ceri yang dibelah dua
– 1 biji bawang yang dipotong
– 2 biji cendawan yang telah dipotong
– 2 biji capsicum hijau
Cara menyediakan:
1. Kacaukan telur, oat, garam, lada hitam dan susu dalam mangkuk besar
2. Panaskan 1 sudu minyak masak dan letakkan setengah daripada bancuhan telur tadi ke dalam kuali
3. Ratakan telur di atas kuali
4. Tabur bawang, capsicum, tomato ceri dan cendawan yang telah dipotong ke atas telur tersebut
5. Masak selama 1 hingga 2 minit
6. Terbalikkan telur tersebut di dalam kuali
7. Tunggu sehingga masak dan siap!
B. Bubur Tuna
Bahan-bahan:
– 8 sudu besar Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal
– 2 ¼ cawan air
– 4 sudu besar tuna yang telah digaul rata
– 4 sudu besar butir jagung yang telah direbus
– 4 sudu besar lobak merah dipotong dadu
– ½ cawan bayam yang dicelur
– 10 helai daun basil
– 1 sudu besar garam
– Bawang yang dihiris
Cara menyediakan:
1. Masak Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal dengan air panas sehingga bubur menjadi pekat dan masak
2. Kemudian, letakkan tuna, jagung, lobak merah, bayam, daun basil dan garam. Masak lebih kurang dalam 5 minit
3. Akhir sekali, taburkan hirisan bawang di atas bubur tersebut. siap!
C. Blueberry Banana Overnight Oats
Bahan-bahan:
– 8 sudu besar Quaker Whole Rolled Oats
– ½ cawan susu rendah lemak
– 1 sudu besar vanilla
– ½ cawan blueberry
– Pisang yang telah dihiris
– 1 sudu besar chia seeds (jika mahu)
Cara menyediakan:
1. Letakkan Quaker Oats ke dalam mangkuk dan tuangkan susu serta vanilla
2. Layerkan dengan blurberry dan hirisan pisang
3. Kemudian, letakkan madu dan chia seeds jika mahu
4. Masukkan ke dalam peti ais selama beberapa jam, atau boleh dimakan pada keesokan harinya
5. Biarkan sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti ais. Nak lagi sedap, 24 jam
D. Rich Mango Oats Shake
Bahan-bahan:
– 8 sudu besar Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal dan kisarkan
– 1 biji mangga yang dipotong dadu
– 1 ½ cawan susu rendah lemak yang disejukkan
– 1 sudu besar sugar/pemanis rendah kalori
– Ais
Cara menyediakan:
1. Letakkan Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal yang telah dikisar, kemudian isikan mangga, susu, gula serta ais ke dalam mesin mengisar
2. Kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam gelas. Minuman ini sangat sesuai untuk diminum sejuk
E. 3 Minute No-Bake Cookies
Bahan-bahan:
– 2 cawan gula pasir
– 8 sudu besar majerin atau butter
– ½ cawan susu rendah lemak
– Baking cocoa
– 3 cawan Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal
Cara menyediakan:
1. Masukkan gula, majerin, susu dan cocoa ke dalam kuali
2. Biarkan sehingga mendidih dan kacau sehingga lebih kurang 3 minit, secara kerap
3. Angkat dari kuali dan taburkan di atas oat
4. Gunakan sudu besar untuk acuan dan letakkan di atas waxed paper
5. Tunggu sehingga sejuk, kemudian simpan di dalam bekas
F. Oats Yoghurt with Dates
Bahan-bahan:
– 8 sudu Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal
– ½ cawan walnuts/almonds
– 1 ½ cawan yogurt (ikut pilihan korang)
– 1 sudu besar jus lemon
– 2 sudu besar jus oren
– 1 sudu besar madu
– Epal/pisang yang dipotong
– ½ cawan kurma
Cara menyediakan:
1. Campurkan buah-buahan dengan jus lemon
2. Tambah jus oren ke dalam yogurt
3. Ambil bekas dan layerkan Quaker Oats, kacang, kurma, selang-selikan bersama yogurt
4. Di bahagian atas sajian, letakkan kacang can Quaker Oats dan tambahkan madu secukup rasa
G. Fish & Veggie Patties
Bahan-bahan:
– 500g white fish yang telah dibuang tulangnya, serta dihancurkan
– 9 sudu besar Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal
– 2 biji telur putih dipukul rata
– 1 cawan mix veggie
– 1 sudu besar garam
– ¼ sudu besar serbuk lada hitam
– 2 sudu besar minyak tidak tepu
Cara menyediakan:
1. Masukkan ikan bersama Quaker Instant/Quick Cook Oatmeal, telur, sayuran, garam dan serbuk lada pepper ke dalam mesin pengisar. Kisar kesemua bahan tapi jangan terlalu hancur
2. Kemudian, letakkan bahan tersebut ke dalam manguk dan tutup sebentar masukkan ke dalam peti ais sehingga 1 jam
3. Selepas 1 jam, keluarkan bahan tersebut dan ambil acuan tersebut dan uli seperti bebola, kemudian lenyekkan menjadi bentuk patty
4. Oleskan sedikit minyak di atas bekas, dan masak di dalam oven dengan suhu 200 darjah Celsius selama 15-20 minit
Hm, menyelerakan kan? Selain daripada mencuba menu sihat Quaker Oat ini, korang juga boleh menonton web series yang bakal ditayangkan sepanjang Ramadan ini bersama chef Anis Nabilah. Dengan barisan tetamu undangan seperti Sazzy Falak, Nana al-Haled, Atita Haris dan Elcah Hashah, mereka bakal berkongsi resipi sihat menggunakan oats untuk menu Ramadan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!