10 Selebriti Indonesia Cantik Berkebaya Sempena Hari Pahlawan

Share

Minggu lalu Piala Citra Festival Filem Indonesia 2021 telah berlangsung dalam suasana penuh prestij. Menarik tentang acara itu tahun ini, hari penganugerahan itu telah jatuh pada Hari Pahlawan Indonesia, yang mana ia merupakan hari peristiwa memperingati pejuang negara yang berusaha memerdekakan negara itu.

Seiring dengan peristiwa bersejarah tersebut, selebriti wanita yang hadir ke acara itu mengenakan busana kebaya yang melambangkan jati diri sebagai wanita Indonesia. Setiap seorang hadir begitu anggun dalam rekaan kebaya yang cukup unik dan mewah namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional.

Perincian dan juga rekaan pelbagai jenis kebaya dengan rona dan pilihan fabrik mengundang rasa mewah nan eksklusif. Jom kita intai 10 stail yang dibawakan oleh wanita Indonesia ini.

Marsha Timothy

Marsha cantik dalam persalinan rekaan Biyan.

.

Dian Sastrowardoyo

Dian tampil ringkas dalam kebaya rekaan jenama Sejauh Mata Memandang.

.

Hana Masalan

Hana menggayakan kebaya jenama Biyan

.

Wulan Guritno

Pelakon dan model senior ini menggayakan busana rekaan Eddy Betty.

Beby Tsabina


.

Syifa Hadju

Tampil klasik dalam kebaya labuh tradisi hasil sentuhan jenama Fadlan Indonesia.

.

Prilly Latunconsina

Prilly bagaikan bangsawan dalam rekaan kebaya oleh Intan Avantie.

.

Aghniny Haque


.

Arawinda Kirana

Pemenang pelakon wanita tebaik ini memakaikebaya olahan moden yang dipadankan dari gabungan beberapa jenama.  Dia menggayakan kebaya dari fabrik telus jenama ANW dan dipadankan bersama top rekaan Hian Tjen. Kemudian skirt labuh pula merupakan songket tenun baron milik peribadi ibunya sendiri.

Tissa Biani

Cantikkan penggayaan kebaya oleh selebriti Indonesia ini? Setiap seorang hadir dengan citarasa tersendiri, ada yang menyerlahkan garapan asli tradisi dan ada yang memasukkan elemen sentuhan moden di dalam penggayaan.

Matlamat untuk mengangkat busana itu sebagai satu khazanah seni budaya dan warisan tercapai. Membuatkan rasa cinta terhadap busana tradisi lebih menebal.

IKLAN