Jika diimbau kembali zaman kanak-kanak awal 90-an dan akhir 80-an, kita akan berkumpul setiap petang di padang, berseronok mengeluarkan peluh tanpa takut untuk kulit bertukar gelap, yang penting hati seronok.
Berbeza dengan budak-budak sekarang, mereka lebih memilih bermain telefon pintar ditambahan lagi dengan pandemik sekarang yang melanda. Kebanyakannya menekuni telefon bimbit yang disebut perkara terpenting dalam kehidupan.
Ketika itu, tiada siapa kisahkan Mobile Lagends, PUBG dan tak kisah pun tentang telefon bimbit malah tak kisah pun kena sebat dengan ranting kayu atau getah paip sebab balik lambat.
TINGKATKAN KEMAHIRAN SAMBIL BERMAIN
Tanpa kita sedar, permainan tradisi yang kita mainkan pada zaman dahulu melibatkan anggota badan yang besar iaitu tangan, kaki dan keseluruhan anggota badan. Ianya termasuklah merangkak, berjalan, berlari, melompat, memanjat, membaling, menangkap, mengejar, menarik, menolak dan sebagainya. Kesemua pergerakan ini mengukuhkan lagi kestabilan serta keseimbangan seluruh anggota badan kita sekaligus meningkatkan kemahiran motor kasar atau lebih dikenali sebagai ‘gross motor skills’.
Sesetengah permainan pula memerlukan pergerakan anggota badan yang kecil seperti pergelangan tangan dan jari jemari tangan ketika bermain. Melalui permainan tersebut, kemahiran motor halus atau ‘fine motor skills’ dapat diasah dan ditingkatkan.
Mari tengok 10 permainan rare zaman dulu-dulu yang budak-budak sekarang tak kenal pun.
Galah Panjang
Foto Kredit : Tonton
Zaman dulu, kalau tak buat guna kapur sekolah, guna arang yang mak-mak bakar sampah untuk buat petak. Paling best guna khemah orang kahwin yang dipasang sehari sebelum perkahwinan sebab lebih panjang petaknya. Memang bergegarlah kampung dengan gelak ketawa ketika itu. Sekarang, orang pergi majlis kahwin, dapat bungkusan, makan dan balik. Tak rasa pun seronok macam nie.
Baling tin
Dulu bukan ada duit nak beli-beli pun. Kutip saja tin susu, tin sardin dan air tin gas sama ada dalam tong sampah atau selongkar longokan tin yang mak-mak selalu simpan nak jual. Tak ada modal langsung pun, janji kreatif. Tin disusun secara piramid. Paling rare kalau dapat baling tin paling atas atau jatuhkan satu sahaja. Sebabnya selepas jatuh korang kena susun balik piramid itu. Main baling tin ini boleh menangis wei sebab sakit kena chop dengan bola rounders semasa cubaan nak menyusun tin tu. Memang berdartlah badan.Tapi tetap seronok biarpun menangis.
Ads
Konda-kondi
Korek je tanah sedikit dan cari kayu terutama kayu rambutan. Biasa selepas kayu dijongkitkan, pasukan lawan akan cuba menangkapnya. Kalau dia dapat tangkap, korang kalahlah. Cuba korang tengok, orang dulu-dulu tak kisah pun dengan penampilan, comot pun tak apa. Janji best.
Gasing
Dulu, laman bertanah macam nie akan jadi port main gasing. Siapa paling banyak “pakuk” atau lubangkan gasing kawan, memang dikira lagend. Pendek kata, tak ada nak nangis-nangis pun time main nie. Mak panggil balik makan pun tak kisah. Tahu-tahu dah kena libas dengan ranting kayu sebab balik lambat, hahahaha.
Inilah gasing zaman dulu-dulu, tapi dulu lagi kecil. Sekarang permainan gasing sudah jadi persembahan mewakili kebudayaan Malaysia
Main getah
Ads
Permainan ini biasa dimainkan oleh budak perempuan.Sebab agak sopan. Biasanya getah akan dibuat seperti tali skipping. Bermula dari paras pinggang, semakin lama kedudukan tali getah ini akan dinaikkan dan pemainnya perlu melompat melepasi paras ditetapkan dan kemudian baru dikira sebagai pemenang.
Guli
Ini permainan budak lelaki zaman dulu. Biasanya setiap pemain akan memasukkan guli milik mereka ke dalam bulatan berdasarkan jumlah dipersetujui. kalau seorang lima biji maka setiap pemain perlu letak jumlah dimaksudkan. Siapa paling terrer membaling, yakni membawa guli keluar dari bulatan itu, memang penuhlah kocek dengan guli selepas itu. Kira jaguh kampunglah nie.
Tarik upih
Ads
Siapa pernah main. Memang seronok wei lawan tarik upih ini. Biasanya yang jadi tukang tarik ialah budak badan gempal sebab dia makan banyak. Tapi kalau yang kurus jadi tukang tarik kawan gempal, memang menangislahkan.
Police Entry
Nak main permainan ini senang jer. Lelaki dan perempuan pun boleh. Permainan ini mengira kepantasan larian individu. Biasanya seorang akan tutup mata dan kemudian dia mula mengira sampai 10. Biasanya semasa mengira itu, kawan-kawan dah cabut dulu takut ditangkap. Masa ini bermulalah adegan kejar mengejar. Seronok habis. Hah, macam-macamkan permainan orang dulu-dulu. Banyak keluar peluh, tak adalah memerap dalam rumah saja.
Teng-Teng
Okay, ini memang permainan orang perempuan. Selalu pasir depan rumahlah jadi mangsa sebab nak lukis gambaran teng-teng ini.
Roundas
Biasanya kayu pemukul roundas ini dibuat dari ranting dahan yang agak besar seperti rambutan dan sebagainya. Ada juga yang pakai papan tetapi menggergajinya sendiri bagi mendapatkan bentuk kayu. Memang bestlah siapa yang boleh pukul jauh sebab confirm kawan tak dapat tangkap dan mereka boleh buat satu pusingan.
Hah, inilah antara 10 jenis permainan zaman dulu-dulu. Kalau nak dikira zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan. Siapa yang lahir zaman ini, mesti tahu permainan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya tak mahu dikasihani, sebaliknya saya mahu dihormati kerana usaha dan pencapaian sendiri.”
Begitulah kata-kata penuh semangat daripada Zulfaqar Aslam Zulkefli, 24, pemuda orang kurang upaya (OKU) kategori cerebral palsy yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu ini bukan nama asing bagi warga kampus. Zulfaqar sering berkongsi kisah kehidupannya sebagai pelajar OKU di TikTok, di mana dia berkongsi cabaran, kisah harian, dan semangat untuk terus berdikari.
“Melalui media sosial, saya mahu tunjuk kepada masyarakat bahawa OKU juga mampu hidup berdikari, belajar dan berjaya seperti orang lain.
“Saya mahu menjadi inspirasi kepada insan senasib agar tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berhenti berusaha,” katanya ketika ditemui selepas majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-17 baru-baru ini.
Menariknya, kedua ibu bapanya iaitu Zulkefli Mamat dan Rohana Sulong, kedua-duanya bekas guru yang menjadi sumber kekuatan utama buat dirinya sejak kecil. Mereka sentiasa menanam keyakinan bahawa pendidikan adalah kunci untuk membuka peluang dan mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan OKU.
Sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah, Zulfaqar tidak menafikan ada cabaran yang harus dihadapinya sepanjang pengajian. Namun, dia memilih untuk membuktikan kemampuan melalui kerja keras dan semangat yang tinggi.
“Kadang-kadang orang rasa kasihan apabila tengok fizikal saya tapi saya tidak mahu dikasihani. Sebaliknya saya mahu dihormati kerana usaha dan pencapaian sendiri,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, nama Zulfaqar kembali tular selepas video di majlis konvokesyennya mendapat perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut, para hadirin memberikan tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’sebagai tanda penghormatan terhadap semangat luar biasa pemuda ini.
Di sebalik senyumannya yang tenang, tersimpan kisah perjuangan yang menjadi inspirasi ramai. Zulfaqar membuktikan bahawa kejayaan bukan milik mereka yang sempurna, tetapi milik mereka yang tidak pernah berputus asa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Kosmo! & TikTok Unisza
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“to verify that you are not a robot, please check the box next to the left of the statement ‘im not a robot'”
Korang kalau tengok perkataan ni mesti rasa macam nak mengamuk kan? Sebab kadang-kadang website tak betul la, reCaptcha buat hal lah, apa lah.. tapi sebenarnya, korang tahu tak kenapa sistem ‘Captcha’ ni penting untuk website selain daripada hanya untuk meningkatkan ‘sekuriti’ sesebuah laman web tersebut?
Sumber: myitside.com
Kalau korang nak tahu apa kegunaan Captcha ni dan sejarah disebaliknya, secara akronimnya, Captcha sebenarnya membawa maksud:
C- Completely
A- Automated
P- Public
T- Turing test to tell
C- Computers and
H- Humans
A- Apart
Tu dia.. kemain susah nak sebutkan sebenarnya? Okay korang tak payah pening-pening, ringkasannya disini, sebenarnya Captcha ini tujuannya adalah untuk mengelakkan bot menceroboh masuk laman web tersebut.
Pencipta asal Captcha ini bernama Luis Von Ahn yang merupakan seorang consulting professor di jabatan Sains Komputer, Universiti Carnegie Mellon di Pennsylvania, dan pada tahun 2000, beliau telah menghadiri sebuah talk yang diadakan oleh Chief Scientist of Yahoo dan dimana ketika ianya berlangsung, beliau menceritakan tentang 10 masalah yang Yahoo tak boleh selesai.
Setelah itu, Luis dan team design beliau telah mencuba untuk mencari jalan keluar daripada masalah tersebut, lalu mereka mencipta ‘Captcha’.
Gambar hiasan
Luis telah mengambil beberapa perkataan yang komputer sendiri tak boleh baca. Caranya mudah sahaja, beliau mengambil satu perkataan contohnya ‘photo‘ tetapi ianya di ‘warp’ kan sehingga manusia sahaja yang boleh membacanya dan komputer sendiri tak dapat nak detect.
Contoh seperti gambar dibawah:
Sumber: dummies.com
Setelah selesai, mereka telah menghantarnya ke Yahoo. Pada waktu itu, carian enjin Yahoo merupakan antara carian enjin yang terkenal, namun, setelah beberapa lama, makin ramai orang yang mengguna Captcha, banyak bot dah mula tahu macam mana text ini ditulis. Ye lah.. teknologi pun makin berkembang kan?
Luis dan teamnya pula membuat keputuusan untuk membuat ReCaptcha V2. Haa ni sebenarnya adalah versi kedua daripada Captcha tadi tu, tapi lebih complicated dan upgradedversion lah kononnya.
Sumber: Online learning tuts
Apa perbezaan yang ada pula pada ReCaptcha V2 ni? Kali ini Luis mencipta 2 jenis perkataan, 1 perkataan yang komputer sendiri tahu, lagi 1 ianya dipetik daripada mana-mana artikel lama, mereka digitalize, dan jadikan gambar tu sebagai teks, yang bot tak tahu.
Sumber: mentalfloss.com
Pada tahun 2009, Google pula telah mengambil reCaptcha dan juga menggunakannya untuk carian enjinnya. Mereka pula scan artikel-artikel lama dan masukkanya kedalam Google Archive.
Namun, lama-kelamaan, teknologi makin berkembang, dan akibat terlalu ramai yang dah menggunakannya, bot pun dah mula boleh kesan teks tersebut.
Pada tahun 2014 pula, Google telah mencipta reCaptcha V2 dengan cara meletakan gambar-gambar seperti trafficlight, bumbung rumah, bas, dan banyak lagi lah. Namun, ini pun sebenarnya bot boleh kesan dan masih tahu.
Sumber: Kaspersky.com
Pada akhirnya, mereka mencipta reCaptcha V3 pula, dan dengan cara ini mereka menggunakan pengesanan melalui behavior si pengguna dan juga melalui IP address mereka.
Captcha sebenarnya boleh bantu website untuk mengelak para scammer diluar sana untuk buat bot dan scam orang lain.
Mudah je sebenarnya korang tinggal tick saja kotak reCaptcha semua tu, bukannya hentak sampai nak pecah skrin telefon korang waktu nak daftar vaksin hari tu.. eleh.. ingat penulis tak tahu ke..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, nama usahawan terkenal, Hafiz Mahamad kembali menjadi sebutan orang ramai selepas video lamanya tular semula di media sosial.
Menerusi aplikasi X, seorang individu yang dipercayai berasal dari luar negara telah memuat naik kembali video Hafiz Mahamad ketika berada di depan Kaabah semasa mengerjakan umrah beberapa bulan lalu.
Video tersebut memaparkan Hafiz sedang berhimpit dan berebut untuk membantu pasukannya mencium Hajarul Aswad.
Dalam ciapan tersebut, Individu berkenaan berkata seolah-olah mempersoal dan mempertikaikan agama Islam dan keselamatan wanita ketika berada di sana.
Susulan video yang kembali tular itu, Hafiz mendapat kecaman warganet dan rakyat Malaysia di laman X.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story miliknya, Hafiz Mahamad telah memberi respon dan menyedari kesilapannya sebelum ini. Kemudian, dia juga memastikan bahawa kejadian seperti itu tidak akan berlaku di masa akan datang.
“Hari ini ramai sahabat yang update tentang ini. Terima kasih sahabat kerana maklumkan kepada saya”
“Ada yang nasihat untuk saya diam tapi saya mahu bertanggungjawab kerana agama atas kenyataan/tanggapan dari ciapan ini”
“Beri saya masa untuk kukuhkan input dan minta pandangan dari yang pakar supaya kesilapan lama tidak akan berulang”
Malah, dia turut mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku sehinggakan ada yang mempertikaikan dia menjadi punca agama Islam difitnah.
Melihat kepada perkembangan setakat ini, Hafiz dikatakan sudah menyiapkan beberapa hal sebagai tanda tanggungjawab atas kesalah fahaman yang berlaku.
Jelasnya, ia bukan untuk membersihkan namanya secara peribadi tetapi lebih kepada mahu memperbetulkan kenyataan dari video yang tular semula.
“Saya akan bertanggungjawab dan ambil risiko. Setiap kelemahan adalah dari saya, bukan keluarga atau pasukan saya”
“InshaAllah usaha ini juga akan saya minta nasihat pakar. Harap ia berjaya dengan izin Allah”
Dia juga turut memohon doa daripada orang ramai, agar hal ini dapat diselesaikan dengan baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...