Password atau kata laluan merupakan benda yang biasa dalam kehidupan seharian masa kini. Tapi jangan pandang remeh tentang perkara ini!
Sudah digunakan sejak dahulu, pakar-pakar teknologi sering mengingatkan pengguna dalam talian agar tidak menggunakan data peribadi sebagai kata laluan kerana ianya mudah ditembus oleh pihak tak bertanggungjawab.
Jika tahun lalu, SplashData satu badan yang menerajui aplikasi keselamatan dan perkhidmatan lebih dari 10 tahun memberitahu kata laluan yang sering digunakan adalah ‘123456’, bagaimana pula dengan tahun ini?
Ads
Lihat senarai top 10 kata laluan terburuk yang digunakan rakyat dunia:
Jadi, bagaimana untuk mengetahui kata laluan anda selamat ataupun tidak?
Ads
How Secure Your Password? merupakan satu perkhidmatan yang dapat menguji kata laluan anda dengan memaparkan kekuatan kata laluan anda dengan memaparkan berapa lama sesebuah komputer mengambil masa untuk ‘meneka’ kata laluan anda.
Ads
Kata laluan yang saya gunakan mengambil tempoh selama 552 quadrilion tahun untuk komputer memecah masuk. Perlu dingatkan angka ini bukanlah angka yang tepat. Ianya hanya pengiraan anggaran semata-mata dengan formula tertentu untuk tujuan pendidikan.
So pilih nak nombor yang mudah diingati, atau pertaruhkan data korang untuk ‘santapan’ hackers?
Nak kalahkan 10 pasukan pun susah, inikan lagi sehingga lebih 3,000 buah pasukan dari seluruh rantau Asia Pasifik. Mega!
TAHNIAH REMAJA ucapkan kepada dua buah pasukan gamers daripada Malaysia yang berjaya menamatkan saingan kejohanan Asia Pacific Predator League 2019 di tempat ketiga dan keempat dua hari lalu di Bangkok Thailand.
Setelah tiga hari bergelut dalam kejohanan sengitu itu, pasukan Geekfam yang disertai oleh telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD15,000 setelah mendapat tempat ketiga dalam kategori DOTA2. Sementara itu, sebuah lagi pasukan Malaysia iaitu Lotac berpuas hati di tempat keempat dalam kategori sama.
GeekFam
GeekFam dipaksa tunduk kepada pasukan Filipina, TNC Predator manakala Lotac pula tewas kepada pasukan Indonesi BOOM ID. Sekaligus, dua pasukan tersebut menyambar kedudukan pertama dan kedua.
Apapun, saingan yang diberikan cukup sengit sebelum keputusan akhir diterima kerana masing-masing tidak mahu mengalah di hadapan 10,000 orang penonton Stadium Nimibutr dan 4.3 juta lagi penonton online dari seluruh dunia!
Bercakap dengan wakil media, wakil penganjur Asia Pacific Predator League 2019 iaitu Acer berkata mereka mengharapkan lebih ramai lagi bakat remaja yang dicungkil melalui trend e-Sports di rantau ini dan agar mereka dapat menempah kejayaan sekali lagi pada acara seterusnya di Filipina pada tahun 2020.
Ni yang nak asah skil PUBG dan DOTA2, mana tahu boleh menang ribuan dollar! Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan kehadiran model-model terbaru daripada iPhone, korang yang masih lagi menggunakan model lama seperti iPhone 5s, 6 dan 6s pernah tak mengalami situasi dimana phone korang jadi slow? Nak buka apps pun jadi hang.
Menurut perkongsian daripada Afzan Abu Bakarr, salah satu cara korang boleh guna untuk atasi masalah ini adalah dengan restore iPhone korang dan masukkan software baru.
Korang perlukan:
• iPhone
• laptop yang ada iTunes
• Lighting Cable
1. Pastikan iTunes korang tu running software paling terkini. Tak kisahlah pakai Window atau Mac, sama je. Kalau tak ada, download dan install dulu link ini; apple.com/my/itunes/
2. Cucuk iPhone korang dekat laptop. Ikut arahan yang diberi. Pastikan korang allow/trust laptop korang. Masukkan passcode di iPhone untuk proses ini dibuat. Step ni sebenarnya mudah je. Untuk pertama kali memang agak pening sikit tapi kalau korang dah buat dua, tiga kali nanti senang dah. Lepas tu klik di restore iPhone
3. Sebelum tu, tolong tutup Find My atau lebih dikenali Find My iPhone dulu. Ini korang kena buat dekat iPhone korang.
4. Kalau korang sejenis yang sentiasa backup barang-barang dalam iPhone, korang boleh terus proceed. Tapi, disarankan supaya korang backup dulu. Takut nanti hilang pula.
5. Terus klik Restore dan Update. Nak buat step ni pastikan korang guna wifi yang kuat.
Cara ini yang paling mudah dan menggunakan software original Apple dan aksesori seperti iTunes dan lightening cable. Cara restore melalui iTunes ini lebih stabil, selamat dan dapat mengurangkan bugs.
Jadi, kalau korang berhadapan dengan masalah handphone slow, boleh la try tip-tip yang telah diberikan ini.
Korang boleh dapatkan gambar terbaik, jaringan terbaik dan carian ‘Petal Search’ untuk Android – semua itu dengan SATU TAP saja!
Sejak dilancarkan di Malaysia, model telefon HUAWEI P40 telah membuatkan ramai pengguna telefon pintar teruja dengan kehadirannya!
Iyalah, bukan selalu kita ditawarkan dengan pelbagai fungsi menarik dalam satu peranti pada HARGA yang berbaloi. Ramai yang memuji sisterm kamera Ultra Vision Penta-nya yang menghasilkan foto-foto menarik. Ia juga mempunyai prosesor terkini HUAWEI Kirin 990 5G yang boleh menampung teknologi 5G akan datang dengan pantas dan mudah.
Haa, senang cerita, jika korang dapatkan HUAWEI P40 sekarang, ia masih valid untuk digunakan bagi tempoh bertahun-tahun lagi.
Jom lihat di antara kelebihannya yang pasti membuatkan korang tak teragak-agak untuk beralih kepada HUAWEI.
Kamera Hebat Ultra Vision Leica Penta
Kehebatan lensa kamera yang dimiliki oleh HUAWEI P40 PRO+ ini diakui sendiri oleh jurugambar profesional yang beranggapan bahawa telefon pintar ini mampu menangkap foto dengan baik. All thanks to its Penta Camera setup.
Lensa pada bahagian belakang kamera ini mempunyai kelebihan depth sensor dan menghasilkan efek bokeh yang lebih baik berbanding telefon pintar HUAWEI terdahulu. Ia dilengkapi ultrawide shooter 50MP primary dan 40MP. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi zoom optikal 3 kali ganda dengan 8MP telephoto, selain fungsi zoom maksimum 100 kali ganda dengan lensa periskop.
Lensa kelimanya juga adalah dalam bentuk ToF yang bertujuan untuk fungsi autofocus, potret dan mod video yang lebih advance.
Bagi korang yang gemar mengambil video ala Vlog pula, pastinya korang akan appreciate kelebihan 4K video yang lancar dengan kadar frame 60fps. Selain itu, momen-momen menarik dan penting juga mudah dibidik kerana HUAWEI P40 ini didatangkan dengan AI Golden Snap yang membenarkan pergerakan subjek difokuskan.
Mudah Berkomunikasi Sesama Gajet
Dengan satu tap saja, telefon pintar HUAWEI P40 Pro+ korang boleh digabungkan dengan HUAWEI Matebook, semuanya kerana fungsi multi screen-nya.
Korang lebih mudah untuk ‘menarik’ foto dan fail dari satu gajet ke gajet yang lain. Ia juga berkesan pada HUAWEI Matepad Pro 5G.
Fungsi Multi-Device Control Panels ini juga akan mencadangkan kepada korang untuk menggunakan peranti HUAWEI lain bagi memperolehi pengalaman yang lebih baik sebagai seorang pengguna.
Contohnya semasa korang mendengar muzik, fungsu HUAWEI Music akan mudah disambungkan kepada HUAWEI Sound X demi menggunakan speaker pintar yang mempunyai kualiti bunyi yang lebih baik.
Sebagai pengguna telefon pintar HUAWEI juga, sudah tentu korang akan menikmati fungsi HUAWEI MeeTime bagi melakukan video call sesama pengguna HUAWEI dengan resolusi 1080p Full HD.
Carian ‘Petal Search’
HUAWEI P40 Pro+ didatangkan dengan kotak carian Petal Search – Find Apps. Ia merupakan kotak carian terbaru penguna HUAWEI untuk mencari aplikasi, kandungan dan berita yang mereka inginkan. Apa yang best tentang Petal Search ini? Jom tengok langkah-langkah ini:
Langkah 1 Setelah diset, klik saja pada Find Apps pada homescreen.
Langkah 2 Aplikasi Petal Search akan menunjukkan aplikasi popular untuk korang muat turun. Taipkan saja nama aplikasi yang dicari pada kotak carian.
Langkah 3
Petal Search – Find Apps akan menyenaraikan aplikasi terbaik mengikut citarasa korang. Terdapat juga cadangan aplikasi yang boleh dimuat turun daripada HUAWEI AppGallery (Link: https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/appgallery/).
*
So apa tunggu lagi? Mungkin telefon pintar HUAWEI P40 Pro+ adalah peranti yang korang cari-cari dan perlukan selama ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.