Setiap negara di dunia memiliki bentuk dan juga permukaan yang berbeza-beza mengikut benua. Empat negara terbesar di dunia seperti Rusia, Kanada, China dan Amerika Syarikat pasti anda semua kenali.
Namun pernahkah anda mendengar nama negara seperti Saint Kitts and Nevis, Nauru dan Tuvalu? Di manakah agaknya kedudukan negara-negara ini ya? Jom ikuti trivia tentang 10 negara terkecil di dunia ini.
Dengan keluasan hanya 122 batu persegi, Malta merupakan sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Terletak di antara Itali dan Libya, ia dianggap sebagai sebahagian daripada negara Eropah Selatan dengan kepadatan penduduk seramai kira-kira 516 ribu penduduk.
Terkenal sebagai destinasi pelancongan, Maldives merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi. Keluasan negara ini hanyalah 115 batu persegi dengan 557,751 penduduk.
Nama rasmi negara ini ialah Persekutuan Saint Christopher dan Nevis. Merupakan sebuah negara pulau dan negeri mikro yang terdiri daripada dua pulau iaitu Saint Kitts dan Nevis, kedua-duanya terletak di Hindia Barat. Keluasan negara ini hanyalah 101 batu persegi dengan hanya 50 ribu penduduk.
Kepulauan Marshall merupakan sebuah negara mikro yang terletak berhampiran garis khatulistiwa di Lautan Pasifik. Negara ini memiliki lebih kurang 58 ribu penduduk dengan keluasan hanya 70 batu persegi. Ibu negaranya dikenali sebagai Majuro.
Liechtenstein merupakan sebuah negara mikro yang terletak berdekatanpergunungan Alps antara Austria dan Switzerland. Negara yang hanya berkeluasan 62 batu persegi ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem separuh raja berpelembagaan yang diketuai oleh Prince of Liechtenstein.
Republik San Marino hanya berkeluasan 24 batu persegi, walaupun kecil ia merupakan sebuah negara terkaya di dunia dengan nilai keluaran alam negara kasar sebanyak $1.7 bilion. Negara ini merupakans ebuah negara di kawasan Selatan Eropah yang dikelilingi oleh negara Itali.
Ads
Tuvalu mengali ancaman kenaikan paras air laut. Kredit foto: Pacific News Service
TUVALU
Tuvalu ialah sebuah negara kepulauan dan negara mikro dalam kawasan Polynesia di Lautan Pasifik. Negara dengan keluasan darat hanya 10 batu persegi ini terdiri daripada tiga pulau terumbu dan tiga pulau cincin. Setakat 2021, negara ini memiliki kira-kira 11 ribu penduduk.
Nauru merupakan sebuah negara kaya sebelum menjadi miskin kerana tadbir urus sumber semulajadi yang tidak sistematik. Negara yang berkeluasan hanya 8.1 batu persegi ini terletak di kawasan Oceania, Lautan Pasifik dan memiliki lebih kurang 10 ribu penduduk sahaja.
Monaco sangat terkenal dengan aktiviti kapal layar mewah. Kredit foto: Britannica
MONACO
Negara kecil ini rupakan sebuah negara monarki yang terletak di pesisir French Riviera. Dengan keluasan hanya 0.81 batu persegi, Monaco memiliki 38 ribu penduduk dan daripada jumlah tersebut hanya lebih kurang 9800 warganegara. Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa perancis.
Juga dikenali sebagai The Vatican, negara itu menjadi merdeka daripada Itali pada tahun 1929 dengan Perjanjian Lateran. Negara mikro dengan hanya berkeluasan 0.19 batu persegi ini memiliki populasi seramai 453 orang sahaja. Ia mengandungi tapak keagamaan dan kebudayaan seperti Basilika St. Peter, Gereja Kecil Sistina dan Muzium Vatican.
Pernahkah anda sampai ke salah satu negara ini? Mungkin boleh masukkan dalam list kalau nak ke tempat yang a little bit rare. Why not kan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak suka melihat kediaman mereka cantik tersusun rapi dengan kemasan perabot dan hiasan dalaman yang menarik. Tidak perlu tunggu nak duduk rumah mewah dahulu baru nak cantikkan rumah, seorang pengguna di laman Facebook membuktikan bahawa dia mampu mengubahsuai rumah sewanya untuk kelihatan lebih menarik.
Walaupun tinggal di rumah flat dan hanya menyewa, ia tidak menjadi alasan bagi Siti Mariam Kamsan untuk mengubah suai interior rumahnya itu. Kos keseluruhan untuk make over ruang tamu ini adalah hanya dalam RM1,300 termasuklah kabinet televisyen, chest drawer, sofa bed, tikar getah yang dibeli sedikit demi sedikit pada PKP tahun lalu.
Kebanyakan perabot dibeli dari Shopee dan Lazada. Korang boleh lihat sendiri keadaan ruang tamu sebelum dan selepas makeover.
Sebelum
Selepas
Sofa dibeli dari Lazada. Lampu dari Shopee
Sofa bed – RM199
Bench stool – RM84
Frame – RM70
Bantal cloud – RM25
Lampu Nordic – RM74
Frame – RM70
Meja makan, kerusi – Tuan rumah punya
Tikar getah – RM115
Stool untuk pokok pisang – RM35
Kabinet TV – RM 165
Frame – RM 50
Ruang dapur Rak Ikea Hylis- RM 59
Ha, cantik kan? Kalau tak mahu rasa terbeban dengan kos yang besar, korang boleh beli sedikit demi sedikit terlebih dahulu. Sempatlah nak kumpul duit. Hiks!
Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk korang yang nak makeover kediaman. Selamat mencuba!
Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana kehidupan sebenar di istana, mesti kita terfikir betapa mewahnya jika dapat tinggal di istana kan?
Baru-baru ini, seorang remaja berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Ludovica Sannazzaro menjadi viral di TikTok apabila dia membuat perkongsian kehidupannya di Istana Itali abad ke-12. Segala persoalan korang mungkin terjawab apabila menonton video-video perkongsian daripada Ludo ini.
Ludovica tinggal bersama keluarganya di istana warisan Castello Sannazaro di wilayah Piedmont barat laut Itali. Mereka sekeluarga berpindah ke istana tersebut pada tahun 2006. Istana yang berkeluasan 10,000 meter persegi dan mempunyai taman seluas 24,000 meter persegi ini mempunyai 45 taman besar dan kecil di perkarangan istana, serta 15 bilik tidur utama.
Apa yang menariknya, perkongsian Ludo itu menceritakan kehidupan sebenar di istana tidaklah seperti yang disangka oleh kebanyakan masyarakat di luar sana. Mereka juga sebenarnya melalui kehidupan biasa seperti orang lain, tetapi jelasnya di dalam satu video, tinggal di istana besar ini sebenarnya memenatkan jika perlu bergerak ke satu tempat yang lain.
Selain itu, jaringan WiFi yang lemah juga memerlukan dia berjalan jauh untuk mendapatkan isyarat internet.
Hm, selama ini kalau korang bayangkan kehidupan di istana bak puteri dalam filem, sebenarnya ia tidaklah seperti yang disangka. Mereka juga hidup seperti orang biasa.
Namun, tidak pula kita tahu bagaimana kehidupan bangsawan di negara lain pula kan?
Polemik #Undi18 yang masih diperkatakan sekarang nampaknya masih tidak menampakkan jalan penyelesaian.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), penangguhan Undi 18 kepada Septemmber 2022 adalah disebabkan oleh beberapa proses yang perlu mereka laksanakan secara berperingkat.
SPR dalam pada itu didesak untuk mengeluarkan laporan perkembangan perlaksaan pemilih automatik ini bagi membuktikan bahawa usaha itu berjalan secara sistematik di mata rakyat yang menilai.
Apapun, isu ini masih berterusan dan nasib pengundi berusia 18 tahun hingga 21 tahun masih samar sekiranya benar Pilihan Raya Umum (PRU) akan dijalankan pada tahun ini. Ia bermakna mereka akan terlepas peluang untuk mengundi buat kali pertama.
Namun begitu, untuk korang yang telahpun berusia 21 tahun ke atas dab masih belum mendaftar sebagai pengundi, lakukan tanggungjawab masing-masing dengan mendaftar pada hari ini!
Ini kerana nama calon pemilih yang didaftarkan dalam suku pertama tahun ini hanya boleh diluluskan pada bulan Julai kelak. Seandainya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PRU ke-15 pada bulan Ogos ini (seperti spekulasi yang kian kencang diperkatakan), korang masih sempat untuk bergelar pengundi.
Caranya mudah saja, daftarkan akaun dan isi borang A sebagai pengundi baharu. Jangan sesekali lupa untuk mengisi borang A tersebut kerana seseorang tidak akan didaftarkan sebagai pengundi tanpanya.
Semasa mengisi borang, pendaftar akan diminta untuk mengisi penuh, mengambil foto kad pengenalan dan berswafoto bersama kad pengenalan sebagai bukti pengesahan identiti.
Bagi mereka yang berkesempatan untuk singgah ke pejabat pos pada hari ini, proses pendaftaran amatlah mudah. Korang hanya perlu ke sana dan katakan ingin mendaftar sebagai pengundi. Pegawai akan meminta Kad Pengenalan dan siap!
Jangan menunggu hingga tarikh 1 April esok kerana nama pemilih akan secara automatiknya dimasukkan ke dalam pendaftaran suku kedua 2021. Paling awal, pendaftaran tersebut akan lulus pada awal bulan September.
*
Untuk pengetahuan, mereka yang pernah mendaftar sebelum ini tidak dikehendaki untuk mendaftar semula.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!