10 Kostum Halloween Selebriti Paling Vass Tahun 2018!

Share

Kostum Halloween Selebriti Paling Vass 2018!

Sambutan Hari Halloween merupakan satu sambutan yang cukup dinantikan oleh ramai selebriti-selebriti di Hollywood. Pada ketika inilah mereka akan menonjolkan kreativiti dan sisi mereka yang berbeza berbanding hari-hari biasa.

Dan hampir setiap tahun nama-nama seperti Heidi Klum dan Neil Patrick Harris sentiasa mencuri perhatian ramai kerana telatah mereka yang mencuit hati dan tampil dengan kostum yang cukup luar biasa.

Jadi bagaimana pula dengan tahun ini? Nampaknya sejak beberapa hari selebriti-selebriti Hollywood sudah mula menggayakan kostum masing-masing di pelbagai acara parti Hari Halloween yang dihadiri oleh mereka.

Siapakah yang mempunyai kostum paling hebat dan vass setakat ini? Adakah nama-nama seperti Kendall Jenner, Kylie Jenner dan Harry Styles mencuri perhatian ramai?

Let’s check it out!

KENDALL JENNER

Kendal Jenner sebagai fembot dari filem ‘Austin Powers: International Man of Mystery’.

G-EAZY

Rapper, G-Eazy memilih untuk menjadi Two-Face dari komik Batman.

JOE JONAS

Ayu ke tu? Joe Jonas memilih karakter Sansa Stark dari siri TV, ‘Game of Thrones’.

BACA: Perkenalkan TOP 20 Pencarian DEWI REMAJA 2000!

HARRY STYLES

Harry Styles memilih penyanyi idolanya, Elton John.

RITA ORA

OMG! Memang tak cam langsung. Rita Ora bertukar menjadi rapper Post Malone! LOL

PARIS HILTON

Tampil unik, Paris Hilton memilih watak mainan Furby sebagai kostumnya.

ZOE KRAVITZ

Zoe Kravitz bertukar menjadi puntianak baru bangun tidur pun masih kekal cantik!

AUSTIN BUTLER & NOAH CENTINEO

Seorang jadi Gaston dari ‘Beuaty & The Best’ dan seorang lagi menjadi Wolverine.

KYLIE JENNER

Jadi hantu tengkorak pun masih lagi vass Kylie Jenner.

OLIVIA MUNN

Olivia Munn menjiwai watak Goh Peik Lin (Crazy Rich Asians).
IKLAN