Malam tadi, bukan hanya vokal dan persembahan pelantun lagu Terus Hidup, Aina Abdul memukau mata semua orang di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) . Namun, penampilan fesyennya yang unik turut menjadi perhatian.
Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.
Untuk info, penampilan serba putih yang digayakannya semasa di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 yang membuatkan ramai terpegun itu merupakan busana rekaan pereka fesyen terkemuka Melinda Looi.
Aina Abdul dengan trofi kemenangan AJL 37
Selain menggayakan fesyen ala ‘angel’, penyanyi berbakat besar ini juga mempunyai citarasa unik dan tersendiri, dalam pemilihan fesyennya.
Berikut antara fesyen-fesyen yang cantik dan menarik, yang membuatkan ramai orang terpegun melihat.
Angel Versi Aina Abdul?
Foto Via Instagram Aina Abdul
2. Elegan Dengan Dress Mengilau
Ads
3. Persis Burung ‘Swan’
4. Terserlah Gaya Wanita Berkeyakinan
Ads
5. Elegant!
6. Bak Big Bird Dalam ‘Sesame Street’
7. Pastel Itu Tenang
8. Elegen Dengan Hijau Zamrud
9.]Valak Versi Aina Abdul?
10. Ala Bunga Raflesia!
Ads
Serius cantik-cantik dan menawan fesyen yang digayakan oleh Aina Abdul, memang terpukau mata melihat koleksi serta citarasa fesyen yang digayakan oleh Aina. Antara koleksi fesyen yang dinyatakan di atas, kamu terpikat dengan fesyen yang mana satu?
Untuk info, Aina Abdul dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) dan penerima kategeori Vokal Terbaik dengan mempertaruhkan lagu Terus Hidup. Malah, gadis manis ini turut membawa pulang trofi dan keseluruhan hadiah wang tunai RM112,000 selaku juara AJL37 kerana ia merupakan hasil ciptaan dan nyanyian solonya sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Macam-macam trend menjadi ikutan di laman TikTok ini. Jika sebelum ini, trend dan video tutorial yang menunjukkan bagaimana untuk mendapatkan efek selepas menangis tanpa – well – mengalirkan air mata menjadi kegilaan ramai.
Terbaru, pembedahan membuang lemak di kawasan pipi, atau istilah popular pembuangan lemak bukal, menjadi perhatian warga TikTok dan trend terkini dalam dunia kecantikan. Kini ramai wanita sanggup menahan kesakitan dengan menjalani pembedahan pipi kurus ini.
Malah, wajah bintang “Glee” iaitu Lea Michele turut menjadi perhatian apabila menayang wajah ‘baru’ nya yang kelihatan lebih runcing. Ramai yang membuat andaian Lea mungkin mengikuti trend semasa kecantikan iaitu pembuangan buccal fat. Ia sekaligus memberi efek muka lebih tampak tirus dan penonjolan tulang pipi yang tinggi.
Apa itu ‘Buccal Fat’?
Pembuangan Buccal fat atau Bichectomy (Buccal Lipektomi) dikenali dengan pembedahan plastik kecantikan bagi pengurangan pipi tembam. Ini dalah prosedur dan teknik menghilangkan kelebihan lemak pada bahagian pipi dan mengurangi volume pada wajah sehingga terlihat lebih tirus.
Foto Via CNN
Lemak bukal, atau buccal fat, terdapat di bahagian tengah pipi yang memberikan penampilan lebih kelantangan dan pipi tembam. Membuang lemak di kawasan tersebut boleh menjadikan wajah lebih kurus. Bahkan bentuk rahang ‘jawline’ akan lebih ketara bak wajah supermodel.
Kesan Dan Risiko
Cumanya ia tetap satu perkara yang boleh mendatangkan kesan yang tidak elok bukan? Iyalah..nama pun pembedahan plastik.
Namun ada perkara yang kita perlu sedar, pembuangan ‘lemak semulajadi’ ini boleh beri risiko baru pada perubahan wajah. Pertamanya, semasa prosedur boleh berlaku kecederaan pada kalenjar ludah atau saraf muka secara tidak sengaja. Ia mungkin jarang terjadi tapi boleh ambil sebagai satu amaran untuk tidak teruja untuk melakukannya.
Foto – Bella Vou
Kedua, kesan berpanjangan iaitu penyingkiran lemak pada wajah boleh membuat penampilan lebih nampak tua dari usia. Perasan tak, mereka yang memiliki pipi yang tembam dan sihat kelihatan seperti keanak-anakan berbanding pipi kurus.
Perlu ingat juga, secara semulajadi kita akan kehilangan lemak pipi seiring penambahan usia.
Sebelum ini, REMAJA juga ada berkongsi tip meruncingkan wajah dan timbulkan jawline korang dengan teknik urutan Gua Sha. Paling penting selamat dan semulajadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik pejam celik, minggu depan kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bersama yang tersayang. Maklumlah dah sebulan berpuasa, mestilah kita mahu meraikan hari istimewa ini dengan memasak juadah istimewa, memakai pakaian yang cantik belaka dan semestinya yang anak dara mahu bersolek sakan.
Bersolek di pagi raya semestinya aktiviti yang paling dinanti terutama jika anda mempunyai ramai sepupu dan saudara perempuan lain yang turut mahu kelihatan cantik berseri. Namun, lambakan alat solek dan kecantikan di luar sana merungsingkan anda? Tak tahu nak beli dan guna yang mana?
Jangan risau, Remaja kali ini akan berkongsi senarai produk mekap yang wajib dibeli untuk menjamin selfie raya yang berseri dan tahan lama.
Untuk dapatkan hasil mekap yang cantik, bukan sahaja kualiti produk perlu diutamakan namun anda juga perlu sentiasa berlatih untuk memantapkan lagi kemahiran bersolek yang ada. Jangan lupa juga untuk beli produk-produk ini di Watson dan Guardian berhampiran sebab selalunya bila nak dekat raya ni, mereka giat jalankan promosi pemotongan harga!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Saban tahun, jelitawan industri perfileman Bollywood tidak pernah terkecuali daripada menerima jemputan untuk memeriahkan acara karpet merah serta tayangan perdana di Festival Filem Cannes yang bertempat di Perancis.
Apa yang menjadikan bintang-bintang dari India ini lebih menonjol berbanding selebriti antarabangsa lain adalah disebabkan kemunculan mereka dalam persalinan tradisional. Bukanlah bermakna ada di antara mereka yang tidak pernah menggayakan gaun moden.
Ada.. cumanya apabila mereka menggayakan sari sama ada dengan sentuhan kontemporari ataupun memilih sari klasik, pastinya mata terus tertumpu kepada kecantikan mereka ini yang sukar untuk ditandingi.
Menyusuri tahun demi tahun, jom lihat 8 rekaan sari pilihan REMAJA yang pernah digayakan di karpet merah Cannes.
Deepika Padukone 2022
Boleh dianggap sebagai wajah sebati di Festival Filem Cannes waktu kini, Deepika Padukone jarang sekali menghampakan peminat fesyen. Kali ini, dia memilih sari rekaan pereka sari terkenal Sabyasachi Mukherjee. “Sari adalah cerita yang saya tidak akan berhenti ceritakan. Tak kira di mana saya berada, sari mempunyai ‘tempatnya’.”
Ia mendapat sentuhan moden dengan pilihan fabrik sekui berjalur emas dan hitam manakala aksesori headband pula menjentik nilai keremajaan bagi gaya Deepika ini.
Deepika Padukone 2022
Tidak cukup setakat itu, si cantik tinggi lampai Deepika kembali membuatkan negaranya berbangga dengan tradisi persalinan sari apabila tampil dalam gaun ruffle moden serba putih dengan perincian mutiara. Ia merupakan persalinan terakhirnya sebagai ahli juri Festival Filem Cannes pada tahun ini.
Gaun ini (serta aksesori rantainya itu) merupakan ciptaan khas Abu Jani Sandeep Khosla manakala anting-anting milik jenama Birdichand Ghanshyamdas. Bercakap pada majlis tersebut, Deepika berkongsi bakal terlibat dalam sebuah filem comeback bersama Shah Rukh Khan dan John Abraham berjudul Pathaan, filem remake The Intern versi Bollywood dan juga projek khas bersama Hrithik Roshan dalam Siddharth Anand’s Fighter. Bukan saja cantik, bergaya malah sibuk bekerja!
Aishwarya Rai 2002
Bagaimana kita dapat lupakan gaya Aishwarya Rai serba kuning keemasan bak puteri India ini.
Ini merupakan kali pertama seorang aktres Bollywood dijemput bertandang ke Festival Filem Cannes dan mewakili India. Siapa lagi yang lebih layak mendapat penghargaan itu melainkan Aiswarya. Dia tiba bersama Shah Rukh Khan dan penerbit Sanjay Leela Bhansali bersempena filem Devdas pada tahun 2002 dalam persalinan sari kuning rekaan Neeta Lulla. Sejak itu, Aishwarya telah menjadi jemputan tetap hampir setiap tahun ke Cannes disebabkan kontraknya bersama jenama kosmetik L’Oreal Paris.
Aishwarya Rai 2013
Dalam banyak-banyak kemunculan Aishwarya itu, gaun keemasan rekaan Tarun Tahiliani ini menjadi kegemaran REMAJA. Ini merupakan kemunculan penutupnya di karpet merah Cannes pada tahun 2013 dan diva ini memastikan semua orang mengingati busananya. Ibarat paduan dua budaya, ia mempunyai potongan Mandarin Collar ala Cheongsam yang jarang kita lihat digandingkan dengan kain sari.
Rasika Dugal 2018
Pelakon filem Manto ini bukan saja-saja ingin tampil glamor pada edisi 2018 ini. Sebaliknya, Rasika Dugal berjalan di karpet merah Cannes sebagai tanda protes terhadap isu ketidakadilan pembayaran gaji antara lelaki dan wanita dalam industri perfileman bersama 81 orang jemputan wanita lain.
Ia adalah sebagian daripada pergerakan #MeToo yang cukup prominen pada tahun tersebut dan Rasika ditemani bintang antarabangsa lain termasuklah Jane Fonda, Cate Blanchett dan Salma Hayek.
Bercakap mengenai gaya sari biru lautnya, Rasika memilih pendekatan less is more dalam persalinan Raw Mando dengan aksesori daripada JOOLRY by Karishma Mehra. Cantik kan!
Sonam Kapoor 2014
Ini merupakan titik tolak kepada ikon fesyen antarabangsa buat Sonam Kapoor apabila dia memilih gaun sari net rekaan Anamika Khanna sebagai duta jenama L’Oreal Paris. Dengan aksesori dempak Sunita Kapoor, sepatu Jimmy Choo dan clutch Ferragamo, Sonam merupakan ‘a breathe of fresh air’ di karpet merah tersebut biarpun bergandingan dengan bintang yang lebih senior seperti Eva Longoria dan Cheryl Cole.
Sonam Kapoor 2016
Ada beberapa momen lain yang menampakkan Sonam menggayakan sari di Festival Filem Cannes. Bagaimanapun, REMAJA amat menggemari gaya sari moden biru-hitam yang pernah disarungkannya pada tahun 2016 ini. Ia merupakan rekaan Rimzim Dadu dan menjadi ‘statement’ pada tahun ini dengan pilihan gincu merah jambu serta anting-anting mewah
Vidya Balan 2013
Pada tahun 2013, aktres Vidya Balan telah dijemput sebagai salah seorang ahli juri Festival Filem Cannes di samping nama besar lain seperti Steven Spielberg, Nicole Kidman, Ang Lee, Christoph Waltz dan beberapa figura lain.
Vidya yang terkenal dengan imej bersari mengambil peluang tersebut untuk menayangkan busana tradisi itu setiap kali dia membuat kemunculan di khalayak ramai. Namun, gaya pertama ini yang menjadi kegemaran kami disebabkan keunikan sarinya.
Sari ini direka oleh Sabyasachi (peraka sama dengan gaun sari Deepika tadi) dan ia telah menerima pujian ramai kerana kelihatan moden namun masih berpegang kepada budaya seorang jelitawan dari India.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!