
Kalau anda rasa perjalanan pergi kerja 1–2 jam dah penat, cuba fikir macam lelaki ini.
Niatnya nak minta pendapat netizen, tapi kisah ulang-alik Perlis–Kuala Lumpur setiap hari menaiki Honda EX5 tiba-tiba jadi tular!
Menerusi satu hantaran di Threads, lelaki yang dikenali sebagai @bayhaki.sdp pada mulanya cuma nak tahu pendapat orang ramai tentang tindakannya.
Dalam perkongsiannya, dia dedahkan hampir 10 jam setiap hari dihabiskan semata-mata untuk perjalanan pergi dan balik.
Perkongsian lelaki ini terus mendapat perhatian netizen. Ada yang kagum, ada yang tak percaya, dan tak kurang juga yang berseloroh.
Selain itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka sendiri merentas negeri untuk kerja, sambil menasihati supaya lelaki ini pertimbangkan alternatif lain demi
keselamatan dan keselesaan jangka panjang.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.