
Kalau anda rasa perjalanan pergi kerja 1–2 jam dah penat, cuba fikir macam lelaki ini.
Niatnya nak minta pendapat netizen, tapi kisah ulang-alik Perlis–Kuala Lumpur setiap hari menaiki Honda EX5 tiba-tiba jadi tular!

Menerusi satu hantaran di Threads, lelaki yang dikenali sebagai @bayhaki.sdp pada mulanya cuma nak tahu pendapat orang ramai tentang tindakannya.
“Normal ke kerja KL tapi ulang alik ke Perlis setiap hari? (Bergerak menggunakan) Honda EX5 Dream modified engine. Mohon nasihat otai-otai yang kerja KL,” tulisnya.
Dalam perkongsiannya, dia dedahkan hampir 10 jam setiap hari dihabiskan semata-mata untuk perjalanan pergi dan balik.

Dia akan mula bergerak dari Perlis seawal jam 4 pagi, berhenti di R&R Tapah sekitar jam 6.45 pagi untuk solat Subuh, dan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi. Lepas kerja pula, dia terus bergerak pulang dan sampai rumah sekitar jam 9 malam.
Perkongsian lelaki ini terus mendapat perhatian netizen. Ada yang kagum, ada yang tak percaya, dan tak kurang juga yang berseloroh.
Selain itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka sendiri merentas negeri untuk kerja, sambil menasihati supaya lelaki ini pertimbangkan alternatif lain demi keselamatan dan keselesaan jangka panjang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hukum Wanita Haid Lebih 15 Hari Di Bulan Ramadan, Boleh Puasa Atau Tidak? – PU Amin

Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.

Sebagai seorang muslim, meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.
Wanita antara golongan yang berdepan tempoh waktu uzur ketika bulan puasa kerana kedatangan haid. Oleh itu, terdapat keraguan mengenai uzur dan puasa.

#RemajaDengarKata bersama PU Amin baru-baru ini ada mendapat persoalan yang sering membayangi segelintir gadis atau wanita. Iaitu bagaimana niat sebulan puasa jika period dan apa hukum puasa bagi yang uzur lebih 15 hari dan terbatalkah niat sebulan jika korang didatangi darah haid.
Menjawap persoalan ini secara live di Instagram majalah Remaja , PU Amin menjelaskan bahawa wajib membaca niat semula jika datang haid atau keuzuran walaupun sudah membaca niat puasa untuk sebulan. Namun, lebih afdal jika mampu lafaz niat setiap malam dan pagi itu adalah lebih baik.
Manakala untuk soalan kedua pula, PU Amin menjelaskan mengikut daripada keadaan orang yang normal darah haid hanya 7 hingga 15 hari sahaja. Lebih dari 15 hari digelar sebagai darah penyakit iaitu darah istihadah. Istihadah ini tidak sama dengan hadi jadi dia boleh melakukan puasa dengan mencuci bahagian kemaluan, dan juga melakukan solat dan sebagainya. Jadi hanya perlu mencuci kemaluan dan bahagian badan lain sahaja supaya tiada kekotoran yang melekat.
Jadi diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua dan marilah berdoa agar kita diberikan kefahaman yang baik dalam beragama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rumah Korang Rasa Panas? Ini 3 Sebab Utama & Cara Atasinya

Ramai yang mengeluh dengan cuaca panas hari ini. Mana tidaknya, kalau tidur waktu malam pun boleh berpeluh-peluh, ini kan pula pada waktu tengah hari. Memang basah lencun la baju macam dalam saun
Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian kami apabila page Root of Science telah menyentuh secara ringkas tentang sains bangunan dan pengkhususan di dalam bidang seni bina yang menjadi punca kenapa rumah kita berasa panas.
Berikut merupakan tiga sebab utama pemanasan rumah dan strategi untuk mengatasinya, nak-nak time cuaca panas sekarang ni.

1. Dilanda sinaran matahari secara langsung
Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Sinaran matahari yang terkena pada dinding rumah, lantai dan ruang dalaman rumah akan menyebabkan peningkatan suhu mendadak.
Strategi terbaik untuk mengelakkan sinaran matahari daripada memancar secara langsung di bahagian-bahagian rumah anda adalah seperti yang berikut:
• Gunakan awning
Penggunaan awning akan meredupkan bukaan tingkap atau pintu. Ia juga dapat melindungi dinding daripada menyerap haba.
• Tanam pokok sebagai teduhan
Daun yang merimbun dapat menghalang sinaran matahari dan menyejukkan persekitaran luar rumah.
• Gunakan penebat haba di bumbung
Ini kerana bumbung akan menerima sebahagian besar haba dari matahari dan akan memanaskan udara di antara bumbung dan siling rumah. Penebat haba mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.
• Melapisi dinding dengan lapisan tambahan
Penggunaan material seperti lapisan komposit aluminium, veneer atau lapisan bata perhiasan.

• Cat dinding dengan warna yang cerah
Warna yang cerah akan memantulkan cahaya, sementara warna yang gelap pula akan menyerap cahaya. Apabila cahaya diserap, tenaga itu bertukar menjadi haba.
• Guna langsir, tirai atau skrin
Sama seperti awning dan teduhan pokok, langsir, tirai atau skrin juga dapat melindungi bahagian dalam rumah dan membenarkan aliran angin yang bebas.

• Menghalang bukaan yang menghadap matahari terbenam
Suhu paling panas adalah pada waktu petang antara 2pm hingga 4pm. Jadi sebaiknya, bukaan yang menghadap matahari petang dihadang bagi mengurangkan rasa rimas dan tidak selesa.
2. Tidak mempunyai pengudaraan yang baik
Untuk menangani masalah panas di dalam rumah adalah dengan memastikan semua udara panas yang terkumpul tersebar keluar dan digantikan dengan udara sejuk.
Tanpa pengaliran udara yang baik, haba ini akan terkumpul di waktu siang dan boleh berpanjangan sehingga waktu malam dan ini menyebabkan rasa tidak selesa.
Bagi mengatasi masalah ini, rumah anda patut mempunyai bukaan yang menggalakkan aliran udara masuk dan keluar seperti:
• Bukaan tingkap yang luas bagi memastikan kadar ACH (Air Changes per Hour) yang efisien.
• Aliran udara yang tidak terhad. Perabot, dinding dan langsir tebal yang merintangi penggerakan udara boleh menyekat dan membataskan pergerakan udara.

• Gunakan air well iaitu ruang vertikal yang terbuka di bahagian tengah rumah, kebiasaannya di bahagian tangga.
Ia direka bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan seterusnya keluar melalui bukaan tingkap berdekatan siling rumah.
Apabila ini berlaku, udara sejuk bergerak masuk menggantikan ruang tekanan rendah yang ditinggalkan oleh udara panas.

• Gunakan kipas ekstrak di aras yang tinggi (berdekatan dengan siling) bagi membolehkan udara panas dikeluarkan dengan cepat.
• Menyeragamkan hala kipas angin berdiri. Sekiranya laluan angin datang dari hadapan rumah, maka digalakkan untuk menggunakan kipas berdiri (atau kipas meja) dan menyeragamkan hala kipas itu agar bertiup ke belakang rumah.
• Gunakan kipas siling menghala ke atas di bahagian air well. Kipas ini akan berfungsi sebagai kipas pengekstrak. Namun, kaedah ini belum terbukti sekiranya diambil kira kos elektrik yang terlibat.
3. Kesan Urban Heat Island (UHI)
UHI adalah situasi di mana sesuatu kawasan bandar mengalami taburan suhu yang lebih tinggi dari persekitaran luar bandar. Perbezaan suhu ini terjadi apabila kawasan bandar yang dibangunkan mempunyai elemen-elemen yang memerangkap atau menjana haba yang berterusan.
Contohnya, permukaan berwarna gelap seperti jalan raya menyerap lebih banyak radiasi matahari. Oleh kerana kawasan bandar mempunyai lebih banyak rangkaian jalan raya yang berselirat, ini menyebabkan luas kawasan yang akan menyerap haba lebih besar.

Masalah ini ditambah dengan kurangnya tanaman pokok-pokok di dalam kawasan bandar dan menyebabkan kurang tempat berteduh dan kesan penyejukan pokok-pokok tersebut.
Haba yang terbuang hasil daripada penggunaan kenderaan, pendingin hawa dan industri secara umumnya juga menyumbang kepada peningkatan UHI.
Diharap dengan sedikit perkongsian yang dibuat ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ruang dalaman rumah yang panas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jual Motorsikal Ayah Demi Beli Tiket Pesawat Untuk Berjumpa Kekasih, Akhirnya Remaja Ini Kecewa

Memang ekstrem sungguh anak muda sekarang bila bercinta. Umur masih lagi sehijau pucuk daun sudah pandai memadu asmara dengan orang yang tidak dikenali. Kes yang berlaku di Jambi, Indonesia ini melibatkan seorang gadis berusia 15 tahun yang dikenali dengan nama Indri.
Ketika berada di lapangan terbang Sultan Thaha Jambi, remaja tersebut membeli tiket pesawat Citilink dengan tujuan untuk ke Jakarta.
Pelik dengan keberadaan remaja tersebut dari pagi sehingga petang mundar-mandir di lapangan terbang. Akhirnya seorang jurujual farmasi di lapangan terbang yang dikenali dengan nama Viktor mendekati remaja itu dan bertanya jika dia memerlukan pertolongan.
Ekoran itu, niat Indri diketahui oleh jurujual itu yang juga terkejut apabila melihat sejumlah wang bernilai IDR20 juta atau kira-kira RM5800 di dalam beg yang dibawanya.
Prihatin dengan situasi yang berlaku, jurujual farmasi itu terus menghubungi pihak lapangan terbang untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam satu kenyataan, pengurus besar lapangan terbang itu, Agus Supriyanto segera melakukan pemeriksaan dan terus membatalkan penerbangan remaja tersebut.

Setelah disiasat, rupa-rupanya wang berjumlah lebih IDR20 juta yang dibawa bersamanya adalah hasil dia menjual motorsikal jenis Yamaha N-Mex milik ayahnya. Dia yang kelihatan bingung tetap tekad mahu terbang juga ke Jakarta namun dihalang. Seorang lagi jurujual wanita yang dikenali dengan nama Monica kelihatan cuba menenangkan remaja berkenaan.
Menurut Monica, setelah berbual dengan remaja itu, teman lelaki yang diperkatakan olehnya sudah dikenali selama tiga tahun menerusi permainan game online Free Fire, namun mereka tidak pernah bertemu. Ujarnya lagi, apabila sampai sahaja di Jakarta, teman lelaki remaja tersebut akan memegang duit yang dibawa.
Niat remaja tersebut walau bagaimanapun terbantut dan dia akhirnya dijemput oleh keluarganya pada hari yang sama untuk pulang ke rumah.
***P/S – Nasib baik staf di lapangan terbang peka dengan apa yang terjadi setelah curiga melihat remaja tersebut. Untuk adik-adik yang masih muda, jangan terlalu ikutkan perasaan. Takut nanti bahaya yang menanti.
Sumber: Tribun Lampung
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

