Bagi pasangan yang ingin berkahwin, selain daripada persiapan barang hantaran, baju dan pelamin, bunga tangan antara yang sering dititik beratkan dalam acara pernikahan kerana tidak mahu mempelai tampil dengan gaya yang ‘kosong’.
Pemilihan bunga tangan juga adalah penting bagi menaikkan seri pasangan pengantin baru. Berikut ada beberapa tip dan idea yang korang boleh ikuti untuk memilihan rekaan bunga tangan yang menarik dan cantik untuk dipandang.
1. Pengantin boleh menggunakan bunga segar sebagai pilihan bunga tangan antaranya baby Breath, Carnation, Ros, Hydrange dan sebagainya.
2. Semasa memilih bunga tangan, pastikan bunga tersebut masih kembang dan daunnya berkilat.
3. Gunakan bunga yang tajam ketika memotong kuntuman bunga agar batang yang dipotong tidak hancur.
4. Ketika memilih bunga di kedai,pastikan bawah tangan bunga diikat kemas bersama plastik agar bunga tersebut masih baru dan segar.
5. Jangan letak bunga di bawah cahaya matahari secara langsung kerana ia akan menyebabkan bunga cepat kering dan layu.
Ads
6. Pemilihan bunga tangan haruslah dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung.
7. Jika korang ingin membeli bunga dengan lebih awal, pastikan korang menyembur bunga tersebut dengan air sekurang-kurangnya empat kali sehari. Selain itu, rendamkan batang bunga dengan air sejuk supaya bunga kekal segar.
8. Bunga tangan akan kelihatan lebih cantik jika anda menggunakan warna yang senada dengan busana yang digayakan.
9. Jangan memilih warna bunga yang terlalu kontra dengan busana kerana ia akan membuatkan penampilan korang kelihatan pelik.
Kalau nak lebih idea, boleh rujuk pada gambar dibawah:
Pada awalnya, REMAJA enggan menyentuh isu perhubungan tiga segi di antara finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil; rapperYonnyboii dan pempengaruh media sosial, Nik Nazira Narriman yang tular sejak hujung minggu lalu dengan terlalu mendalam.
Untuk korang yang ‘terlepas train’, jom kita recap.
Imran Aqil dan Nik Nazira pernah menjalin hubungan cinta selama hampir dua tahun. Namun dalam diam, mereka putus pada awal September lalu. Dalam masa yang sama, Yonny mengenali Nik Nazira sebagai kawan sebelum Imran dan Nik Nazira putus cinta lagi. Dalam masa kira-kira sebulan saja, Yonny dan Nik Nazira mengejutkan ramai pihak apabila terus mengikat tali pertunangan selepas tempoh pengenalan yang singkat.
Faham dah?
Bagi REMAJA, soal hubungan cinta tidak mengenal jarak tempoh pengenalan. Jika hati sudah suka dan ‘timing’ sempurna, mengapa perlu menunggu bertahun-tahun sebelum bertunang?
Cuma, REMAJA terpanggil untuk mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak agar tiada spekulasi tidak benar mengenai mereka bertiga ini yang timbul.
REMAJA jujurnya tidak terkejut apabila mendapat tahu Yonnyboii dan Nik Nazira sedang saling mengenali hati budi masing-masing. Ini kerana Imran sendiri mengakui telah putus cinta pada awal September lalu.
Tidak lama selepas itu, REMAJA perasan beberapa kali Yonny dan Nik Nazira pernah melakukan sesi Instagram Live bersama-sama pada awal pagi (mungkin sekitar jam 3 pagi) walaupun untuk tempoh sekejap dan tidak di-‘saved’ ke dalam feed Instagram mereka.
Namun, apabila Yonny mengumumkan pertunangannya dengan Nik Nazira Sabtu lalu, ramai terkejut dengan berita tersebut termasuklah REMAJA.
Tak tahulah pula mereka serius hingga ke tahap ini!
Meninjau sebentar ke arah rentetan ciapan yang dimuat naik oleh Imran pada bulan September lalu, nampak seperti penyampai radio Hot FM itu masih bersedih dengan kisah putus cintanya.
“I miss you”
“I blame myself”
“Ingat, menaruh harapan pada manusia adalah seni terbaik untuk menderita”
Fuhh.. tapi kesedihannya tidaklah berlarutan.
Sebaik saja mendapat tahu pertunangan bekas kekasihnya itu dengan Yonny, Imran enggan memandang perkhabaran itu secara negatif dan mendoakan agar urusan pasangan tersebut dipermudahkan Allah SWT.
“Saya tidak mahulah sesiapa bercakap buruk mengenai mereka berdua. Cukuplah sekadar menghormati (keputusan) mereka.”
Imran turut membuka mulut kepada sebuah portal media mengenai hal ini. Dia berharap agar dirinya juga diberikan masa dan ruang.
“Walaupun kami pernah bercinta selama hampir dua tahun, kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak lagi membuka kisah lalu dan fokus kepada apa yang menanti di depan saja,” jelas penyandang gelaran Hero Inspirasi 2020 itu.
Eloklah tu Imran! REMAJA gembira mendengar dirinya kuat berdepan soal cinta ini.
Cuma, yang sedikit kurang enak adalah apabila para peminat masih mengecam Yonny dan Nik Nazira dengan komen-komen pedas susulan pengumuman pertunangan itu. Imran dah boleh terima, korang pula masih tak boleh move on, ya?
Ada yang mendakwa Yonny merampas bekas kekasih Imran itu sehinggakan Yonny mara ke depan dan memperbetulkan keadaan.
Kata rapper berusia 23 tahun itu kepada sebuah lagi portal semalam, “Saya tidak kenal (Imran) secara peribadi, dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun, saya memang berkawan saja dengan Nina (panggilan untuk nik Nazira).
“Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini (adalah) urusan nak berkahwin saja,” kata Yonny yang juga berkongsi sedang merancang persiapan perkahwinan mereka pada 22 Januari 2022.
*
Kita dah dengarkan pendapat kedua-dua belah pihak. Harapnya tiada lagilah kecaman yang pasangan itu akan terima selepas ini. Doakan mereka agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Dan satu lagi perkara Imran memandangkan dia kini single..
Zendaya dan Tom Holland secara rasminya telah bertunang!
Peminat mula membuat spekulasi berkaitan status pasangan sama cantik sama padan itu setelah aktres berkenaan dilihat menyarungkan sebentuk cincin berlian jenis east-to-west cut semalam bersama persalinan gaun Louis Vuitton sewaktu berjalan di karpet merah Golden Globes Awards 2025.
Sehari selepas acara anugerah itu, TMZ melaporkan bahawa Tom secara rasminya telah melamar Zendaya sewaktu musim percutian di antara Hari Natal dan sambutan Tahun Baru 2025.
Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, Tom difahamkan telah melamar bintang filem Challengers itu di Amerika Syarikat tanpa kehadiran orang lain termasuklah ahli keluarga mahupun rakan terdekat mereka.
Hanya mereka berdua sahaja yang mempunyai memori romantik tersebut untuk dikenang sehingga bila-bila.
Sebagai rekod,Tom dan Zendaya mula berpacaran sejak tahun 2022 selepas bertemu di set penggambaran filem adiwira, Spider-Man: Homecoming di mana Tom memegang watak sebagai Peter Parker a.k.a Spider-Man manakala Zendaya sebagai rakan-bertukar-kekasih, MJ.
Normally, art does imitate reality but things can turn around.
Biarpun tidak menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan khalayak, Tom dan Zendaya memilih untuk membiarkan rahsia hubungan mereka tertutup rapat; terutamanya di platform media sosial kecuali pada tarikh istimewa seperti hari lahir dan kejayaan bidang kerjaya masing-masing.
Tahniah buat Tom Holland dan Zendaya! Masih terlalu awal untuk membayangkan gaun perkahwinan hasil sentuhan idea penata gayanya, Law Roach? We don’t think so!
Inikan pula hubungan rapat antara kawan, adik-beradik, saudara malah di antara pasangan.
Apabila kita yang berada di pihak yang salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf. It is the right thing to do! Namun, ego dan mungkin rasa takut akan di-reject membuatkan kita enggan ke hadapan. Why not, korang hadam 4 perkara penting ini sebelum meminta maaf.
01
Tak Pernah Terlambat Untuk Minta Maaf
Memanglah tiada masa tertentu yang ditetapkan untuk meminta maaf. Sebaiknya, lebih cepat lebih bagus.
Namun ada juga orang yang memakan masa berhari-hari malah seteruk bertahun-tahun untuknya meminta maaf disebabkan faktor ego yang tinggi. Semuanya bergantung kepada kamu sendiri, tak pernah ada istilah terlambat.
Paling penting, masa terbaik untuk meminta maaf adalah selepas kita mengkaji situasi yang tercetus, kita rasa gusar dengan situasi tersebut dan kita tahu bagaimana cara terbaik untuk membuat individu itu merasa lebih baik.
02
Rasa Empati
Apa yang dimaksudkan dengan empati?
Empati boleh jadi semudah ingin mendengar kata-kata seseorang dan ingin tahu perasaan mereka yang sebenar.
Elakkan mengguna perkataan ‘awak’ dan gunakan perkataan ‘kita’ agar dia tidak terasa seolah-olah ditunding jari dan kesalahan. Empati akan membuat korang sedar mengenai akibat daripada pergaduhan yang tercetus dan cepat-cepat menyedarkan diri untuk memohon maaf.
Ingat, ketepikan ego!
03
Dia Mungkin Tak Akan Menerima Kemaafan Korang..
and that is OKAY! Perkara paling penting adalah kamu telah menyatakan rasa bersalah kepadanya dan segala beban di atas bahu dapat dialihkan semudah memohon maaf.
Jika dia tak dapat menerima kemaafan itu, mungkin ada beberapa sebab di sebaliknya. Mungkin cara korang menyebabkan dia kurang selesa, mungkin dia masih marah dan sakit hati dan mungkin juga dia telah lama memendam perasaan.
Tapi kamu telah lakukan perkara yang betul dengan merendahkan ego. Now, the ball is in their court.
04
Jika DIA Yang Memohon Maaf
Dengarlah penjelasan si dia terlebih dahulu, dan tolong berlaku jujur kepada perasaan kamu mengenai isu ini. Ingat, komunikasi dua hala adalah kunci untuk meredakan pergaduhan.
Sekiranya korang menerima permohonan maaf tersebut, kamu boleh menerimanya dan berterima kasih kepadanya kerana dia berani untuk tampil ke depan. Namun, korang tak perlu tergesa-gesa berharap agar hubungan kalian akan kembali pulih serta-merta.
Korang mempunyai hak untuk menunggu tempoh tertentu untuk membiarkan rasa amarah hilang dari diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang anak muda Kelantan dipilih bagi menghasilkan sebuah lukisan emas Swarovski untuk Putera Mahkota Brunei menggunakan 1,000 kristal Swarovski dan wafer emas 999.