Siapa kata kalau perempuan berhijab itu terkongkong daripada berfesyen?
Bertempat di Gasket Alley Petaling Jaya, penulis telah dijemput oleh jenama kecantikan yang diminati ramai, Rimmel London untuk bersama-sama mereka meraikan kehadiran jenama tersebut di Malaysia.
Turut dijemput adalah selebriti Insta Famous Malaysia yang rata-rata memang familiar dengan produk kecantikan. Mereka sememangnya gemar untuk bereksperimentasi dengan produk kecantikan terbaru menerusi video tutorial di YouTube, video tutorial di Instagram dan macam-macam platform lagi.
Jadi, apabila penulis berkesempatan untuk berjumpa mereka secara face to face, terserlahlah kreativiti masing-masing apabila mereka semua ‘tak nak kalah’ dengan teknik solekan pada wajah dan stail berfesyen.
Status sebagai hijabis itu tidak sesekali mereka jadikan halangan daripada mencuba sesuatu yang baru dan untuk berpakaian mengikut tema #LiveTheLondonLook pada malam tersebut. Ini 10 hijabis PILIHAN REMAJA bersama Rimmel London.
Begitu mengasyikkan dan penuh memukau Begitulah di antara reaksi penonton yang hadir ketika berlangsungnya konsert istimewa oleh dua bintang terkemuka dari Indonesia, ‘ADA Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ di Megastar Arena, KL, anjuran oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM).
Malam konsert ADA dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll yang menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.
Kemudian, konsert ADA bertambah hangat dengan kemunculan duo paling ditunggu-tunggu, Afgan dan Lyodra, tampil dengan persembahan yang luar biasa dan penuh memukau, memikat hati peminat yang hadir.
Konsert ADA menawarkan pengalaman muzik yang tidak terlupakan, dengan gabungan lagu-lagu popular dari kedua-dua penyanyi tersebut.
Afgan, dengan suaranya yang mengasyikkan, mempersembahkan lagu-lagu hits seperti ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Bawalah Cintaku’, dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’.
Manakala Lyodra memukau penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Sang Dewi’, ‘Tak Dianggap’, ‘Menyesal’, lagu wajib ‘Ada’ dan banyak lagi.
“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa, saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” kata Afgan selepas konsert.
Konsert ADA dihadiri ole ribuan peminat dari seluruh Malaysia, menjadikan suasana malam berkenaan penuh dengan kegembiraan dan sorakan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pentas Big Stage Rocketfuel minggu kelima menyaksikan lapan peserta berjaya meneruskan saingan selepas tiada penyingkiran diumumkan, sekaligus memberi peluang kepada semua bintang yang beraksi untuk kembali memperlihatkan kemampuan masing-masing dalam pertandingan tersebut. Keputusan itu menyaksikan Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z terselamat walaupun berada dalam kelompok tiga peserta dengan markah terendah daripada juri.
Dalam pada itu, Adam Nazmie mencuri perhatian apabila berjaya menduduki kedudukan pertama pada minggu ini menerusi persembahan lagu ‘Da Bomb’ duet bersama Sarah Suhairi yang menerima pujian daripada barisan juri. Duo berkenaan mencatatkan markah sebanyak 79.50 peratus, serta mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara peserta yang semakin menyerlah dalam saingan Big Stage Rocketfuel.
Tempat kedua pula menjadi milik Ranisha yang memperoleh markah 78.50 peratus hasil persembahan bertenaga bersama Danial Chuer menerusi lagu ‘Kamu’, membuktikan peningkatan konsisten penyanyi berkenaan sepanjang pertandingan, selain berjaya mengekalkan saingan sengit bersama peserta lain.
Yad-z, Danny & Aliff Kimiey merupakan peserta dengan markah terendah pada minggu 5
Sementara itu, Hussain melengkapkan kedudukan tiga teratas apabila meraih 73.75 peratus daripada juri. Pencapaian tersebut menunjukkan kemampuan Hussain untuk terus memberikan saingan meskipun berdepan persaingan yang semakin mencabar apabila peserta kini menghampiri fasa akhir pertandingan.
Bagi minggu kelima, Danny, Aliff Kimiey dan Yad-Z pada awalnya berada dalam zon penyingkiran selepas menerima markah terendah daripada juri. Namun, pengumuman tiada penyingkiran memberikan kelegaan buat ketiga-tiga peserta berkenaan untuk meneruskan perjuangan dalam pentas Big Stage Rocketfuel.
Memasuki minggu keenam atau pentas suku akhir, seramai lapan peserta masih meneruskan saingan iaitu Hussain, Qilo, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli serta satu-satunya peserta berkumpulan, Adam & Nazmie. Kesemua peserta kini perlu memberikan persembahan terbaik bagi merebut peluang mara ke peringkat seterusnya.
Juri tetap Hael Husaini, Aisha Retno & Akim Ahmad bersama juri jemputan Ajai.
Big Stage Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang bersaing sepanjang lapan minggu pertandingan dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Difahamkan, kontrak tersebut merangkumi pelbagai aspek pembangunan artis termasuk penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Program Big Stage Rocketfuel yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria. Persaingan dijangka semakin sengit apabila setiap peserta bakal berdepan cabaran baharu dalam usaha membuktikan kemampuan masing-masing untuk melangkah ke pentas akhir pertandingan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan program realiti nyanyian, Big Stage musim kelima yang berpihak kepada penyanyi bersuara lantang, Nadeera Zaini semalam sememangnya telahpun diramalkan oleh ramai pihak.
Bak kata juri tetap program iaitu Ajai sendiri, kekuatan Nadeera terletak pada konsistensi dalam persembahan dan ternyata, semalam beliau telah melakukan yang terbaik bagi meletakkan dirinya di kedudukan ranking teratas.
Bagaimanapun, kejayaan tersebut tidak datang bergolek apabila Nadeera terpaksa berdepan banyak dugaan sepanjang 10 minggu pertandingan termasuklah isu diherdik kerana paras rupanya. Nadeera tidak terlepas daripada menjadi mangsa face shaming dan menurutnya, isu tersebut bertambah perit apabila memasuki minggu ketiga.
“Ia terjadi bila saya sedang melihat handphone. Saya memang tidak mahu baca komen selepas saya dikecam teruk (mengenai imej) pada minggu ketiga, ketika persembahan Rahmatulil Al Amin. Balik ke rumah pada minggu itu, saya hanya lihat gambar-gambar saya saja tanpa melihat bahagian komen.
“Sekali, notifikasi saya terkeluar dan ia berbunyi, ‘Muka itu macam b*b*.” Mak ayah saya adalah info pertama saya setiap kali perkara sebegini terjadi. Ia hanya akan membuatkan saya sedih dan down; oleh itu saya enggan membaca komen,” katanya dalam nada kesal.
“Mak ayah saya menangis. Makcik saya pun menangis dan menelefon. Katanya, ‘Kenapa ramai saya orang menghina kau sampai macam ini’. Memang sedih bila mereka adalah individu paling terkesan, tetapi saya cuba tabahkan mereka kerana ini adalah asam garam perjalanan saya sebagai seorang anak seni.
“Saya pantang kalau orang bergurau mengenai soal rupa kerana bagi saya itu Allah SWT yang cipta. Jadi saya ingin bertanya semula kepada anda semua yang berkata begitu kepada saya, kalaulah ia terjadi kepada ahli keluarga anda atau diri anda sendiri, macam mana perasaan anda?” ulasnya.
Bercakap lanjut mengenai persembahan mantapnya menerusi lagu Never Enough dan persembahan duet bersama Waode menerusi mesh-up lagu Gundah dan Semalam; Nadeera mengakui dirinya dilanda sedikit emosi ketika persembahan solo. Namun dia bangkit semula untuk ‘bertarung’ dengan Waode lantas membuktikan dirinya layak bergelar juara.
“Saya sebenarnya hampir menangis juga. Lagu Never Enough ini adalah tentang diri dan perjuangan saya. Saya tidak pernah puas menyanyi dan sentiasa ingin menonjolkan bakat yang Allah SWT telah berikan pada saya.”
Nadeera turut sempat menghubungi keluarganya sejurus Big Stage musim kelima melabuhkan tirai semalam. Ujarnya, mereka cukup berbangga dengan kejayaan ini. Hanya mereka yang tahu tentang kesusahan dan struggle Nadeera sepanjang bergelar anak seni..
“Selama ini orang tindas, orang tipu, ada masalah kewangan pula, bekerja pun di lounge hotel untuk mencari duit makan. Ini adalah hasil titik peluh saya selama ini. Tangisan saya, marah saya telah menghasilkan trofi kemenangan ini,” simpulnya.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini!
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!