Setiap tahun, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei dan kebiasaannya di sekolah, para pelajar akan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan.
Besar pengorbanan seorang guru sehingga ada perumpamaan yang menjelaskan bahawa ‘Guru umpama lilin yang membakar diri’. Segala jasa dan bakti seorang guru tidak mampu kita membayarnya, namun kejayaan yang dicapai oleh kita pastinya memberi seribu makna buat mereka.
Sempena Hari Guru, kami ingin kongsikan beberapa filem yang mengupas isu tentang pendidikan dan guru yang menarik untuk korang tonton.
Banyak pengajaran yang boleh diperoleh menerusi filem-filem tersebut. Selamat menonton!
1. Guru-guru Gokil
Filem dari Indonesia ini mengisahkan tentang seorang guru bernama Taat Pribadi yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya walaupun terpaksa berhadapan dengan kegagalan.
Ads
2. Tare Zameen Par
Ishaan Nandkishore Awasthi digelar sebagai anak yang tidak pandai dan malas oleh kedua ibu bapa dan gurunya. Sehinggalah ibu bapanya memindahkan Ishaan ke sebuah asrama. Kedatangan seorang guru seni bernama Ram Shankar Nikumbh yang dilakonkan oleh Aamir Khan mengubah kehidupan anak muda itu.
3. Aishah: Biarkan Kami Bersaudara
Filem dengan tema keagamaan ini mengisahkan seorang guru di Indonesia yang mengajar di sebuah sekolah jauh dari desanya, di komuniti yang jauh berbeza darinya.
4. Teacher’s Diary
Filem Thai ini mengisahkan tentang seorang guru lelaki yang baru ditugaskan untuk berkhidmat di sebuah sekolah jauh di pedalaman. Penuh dengan kebosanan, satu-satunya peneman guru ini adalah sebuah diari tinggalan seorang cikgu perempuan yang juga pernah bertugas di sekolah
ini.
Ads
5. Great Teacher Onizuka (GTO)
Siri yang pernah popular di Malaysia satu ketika dahulu, GTO berkisarkan tentang kisah seorang cikgu dengan niat pelik, tapi akhirnya menjadi guru yang lucu dan juga berjaya memberi inspirasi kepada anak muridnya.
6. Adiwiraku
Negara kita juga turut menghasilkan filem yang mengangkat tema pendidikan dalam Adiwiraku. Mengisahkan mengenai cikgu muda, Cheryl Ann Fernando dengan cabarannya di sebuah sekolah kampung di Kedah. Cabaran dan kejayaan anak-anak di SMK Pinang Tunggal ini menjuarai pertandingan Choral Speaking digarap dengan baik dan penuh penghayatan.
7. Raatchasi
Filem yang pernah menjadi viral di Malaysia, Raatchasi mengisahkan seorang guru besar menabur bakti seluruhnya demi memberikan peluang pendidikan yang baik kepada anak muridnya walaupun terdapat banyak tentangan daripada pihak luar.
Ads
8. The Glove
Filem Korea ini mengisahkan tentang bagaimana sekumpulan pelajar pekak dan bisu yang struggle untuk berlatih dan menyertai pertandingan besbol untuk daerah mereka. Sekalipun penuh dengan kekurangan, semangat mereka akhirnya menyentuh hati coach mereka yang pada mulanya langsung melihat sebelah mata.
9. The Ron Clark Story
Merupakan kisah benar yang diadaptasi menjadi sebuah filem, Ron Clark merupakan seorang guru di kampung yang ditukar ke sebuah sekolah dengan cabaran terbesar, disiplin paling teruk.
10. Laskar Pelangi
Mengisahkan perjuangan 10 murid di sekolah kawasan pedalaman yang jauh dari kota, dengan dua orang guru yang sangat menginspirasikan.
Kalau ada pembaca yang membesar dengan komik Ujang, pasti anda akan kenal dengan watak Sahak dalam siri ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ hasil karya kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Kartun bersiri ini mula diterbitkan padapertengahan tahun 90-an lantas menjadi satu karya yang sangat popular biarpun ia tidak bertunjangkan genre komedi seperi kebiasaan siri-siri kartun yang lain.
Dalam satu hantaran di laman facebook kartunis terkenal, Ujang, allahyarham Aie meninggal kira-kira jam 4 pagi di rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Allahyarham dikatakan menderita sakit buah pinggang sejak sekian lama dan meninggal dunia kerana komplikasi penyakit tersebut.’
.
Mengimbau kembali populariti karya ‘Blues’ ini, karakter Sahak direka kerana ketika itu budaya grunge sangat menebal dalam kalangan remaja di Malaysia. Bermula dengan karya dengan nama ‘Aku Hidup Dalam Blues’. Karya ini merupakan hasil kolaborasi Aie dengan penulis Toyon. Namun, siri tersebut tergantung dan tidak memiliki kesudahan. Menurut sumber, allahyarham Aie tidak dapat meneruskan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ kerana isu hakcipta yang mana penerbit merupakan pemegang hak cipta kartun terbabit.
Selain siri ‘Blues’ ini, allahyarham juga terkenal dengan karakter Abe yang menjadi watak ikonik dunia kartun ketika itu kerana menggambarkan watak kanak-kanak lelaki terencat akal yang menghadapi liku-liku hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung
Kerjaya awal allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja kami excited nak menunggu kedatangan bulan April kerana tidak sabar untuk menonton filem James Bond, No Time To Die, namun akhirnya sudah tular perkhabaran bahawa tayangan filem ini akan ditangguhkan ke bulan November.
Menerusi email yang diterima daripada Universal International Pictures, pihak produksi dan seluruh warga kerja filem tersebut telah membuat pertimbangan yang teliti dan penilaian menyeluruh tentang pasaran global, tayangan No Time To Die akan ditangguhkan pada November tahun ini.
Berita ini juga telah diumumkan di laman twitter rasmi rasmi James Bond semalam.
MGM, Universal and Bond producers, Michael G. Wilson and Barbara Broccoli, announced today that after careful consideration and thorough evaluation of the global theatrical marketplace, the release of NO TIME TO DIE will be postponed until November 2020. pic.twitter.com/a9h1RP5OKd
Pihak penerbit nampaknya tidak mahu menanggung sebarang risiko setelah beberapa pihak mendakwa kutipan filem berkenaan mungkin akan terjejas akibat kebimbangan wabak COVID-19.
Filem ini akan ditayangkan pada 12 November di United Kingdom, manakala tarikh tayangan di seluruh dunia akan ditentukan kemudian.
Okay sabar guys. Demi keselamatan dan kesihatan diri tak salah sekiranya korang bersabar sikit kan? Hiks! Ada baiknya juga filem ini ditangguhkan kerana beberapa buah negara yang lain mengalami tamparan hebat akibat koronavirus yang semakin serius.
Kita di Malaysia ni pun nak keluar rumah ada juga perasaan risau. Jadi tak mengapalah peminat James Bond semua, kita tunggu kemunculan filem tersebut pada akhir tahun ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau hendak diikutkan dengan peredaran zaman kini, memang banyak haiwan peliharaan menjadi popular dengan memiliki akaun Instagram sendiri. Pastinya pemilik mereka adalah ‘mastermind’ di sebalik akaun itu.
Berbeza dengan kucing yang seekor ini, Gli, yang popular dek kecomelannya dan merupakan residen tetap bangunan bersejarah di dunia, Hagia Sophia yang terletak di Turki.
Meski pun tidak bertuan namun Gli cukup popular media sosial, kucing tidak bertuan ini popular di kalangan pelancong asing dan tempatan yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. Namun kini kelibatnya tiada lagi.
Mati pada usia 16 tahun kerana tua, kehilangan Gli pasti menjadi kesedihan dan kenangan buat semua penduduk serta pelancing yang pernah mengunjungi Hagia Sophia sementelah lokasi itu kini telah dibuka untuk tujuan menunaikan solat bagi umat Islam.
Berita kematian kucing ikonik Turki ini disampaikan sendiri oleh gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi kicauan di laman Twitter beliau. Menurutnya di dalam kicauan itu, “Kucing Hagia Sophia, Gli yang telah dirawat di klinik veterinar daerah Levent sejak 24 September lalu mati kerana usianya yang tua. Kami tidak akan pernah melupakanmu Gli.”
Seperti yang kita tahu, Istanbul adalah antara bandar yang sangat mesra haiwan terutamanya kucing dan juga anjing. Setiap haiwan yang tidak bertuan dijaga dengan baik bahkan mereka menerima rawatan dari semasa ke semasa oleh jabatan veterinar.
Sumber : Twitter Ali Yerlikaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!