Selepas pengumuman Bantuan Nasional Prihatin yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, sebanyak hampir 250 billion telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia meneruskan kehidupan sewaktu negara menghadapi situasi COVID-19.
Jumlah wang yang dikeluarkan bukan sedikit ya, jadi untuk membantu menaikkan lagi ekonomi negara selepas ini, ada beberapa inisiatif yang korang boleh buat daripada hasil perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, Naim Mustafa.
Bangunkan ekonomi setempat dahulu
1. Makan di gerai/restoran di kawasan rumah kita
2. Belanja di gerai runcit kawasan rumah kita
3. Gunakan servis yang ditawarkan di kawasan rumah kita
4. Sokong penjaja tepi jalan di kawasan rumah kita
5. Bercuti di dalam Malaysia

Dengan usaha korang melakukan perkara-perkara tersebut, ekonomi setempat akan berkitar. Bila orang mula membeli di kawasan itu, pekedai akan restock barang dari supplier dan mereka akan gunakan logistic chain untuk hantar barang. Kitaran ini sahaja dah melibatkan 4 pihak, iaitu pembeli, pekedai, supplier dan logistik.
Maka, duit akan berputar kepada:
1. Pembeli bagi duit dekat kedai
2. Kedai bayar barang dekat supplier
3. Supplier bayar postage dekat logistik
4. Logistik akan gajikan driver
5. Kemungkinan driver tersebut adalah pembeli di kedai runcit tersebut
Apa kebaikan sekiranya korang membangunkan ekonomi setempat? Secara tidak langsung ia akan membawa kepada pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Jika kita tidak boleh support banyak, dapat support sikit pun jadilah.
Anda mungkin berminat dengan
Sekiranya ekonomi gagal berpusing dengan baik, misalnya:
– Jika orang kurang berbelanja
– Demand terhadap barang runcit menurun
– Supplier tak untung, terpaksa buang pekerja
– Bila tak ada demand juga, logistik terpaksa downsizing, buang lagi pekerja
So, ini adalah kitaran ekonomi yang kurang sihat. Maka disebabkan itu kita sebagai rakyat yang prihatan perlu memberi sokongan dan bantuan semula untuk terus berbelanja di kawasan setempat bagi meningkatkan semula ekonomi negara.
∞
Satu pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia!
Atlet negara, Soh Wai Ching berjaya untuk menyelesaikan percubaannya mengatasi rekod semasa Guinness World Records bagi cabaran pendakian tangga menegak terhebat dalam satu jam (Greatest Vertical Height Stair Climbing In One Hour) semalam.

Bertempat di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, Wai Ching telah menamatkan lariannya pada jam 10 malam dengan jarak larian menegak sejauh 1.295 kilometer, bersamaan 66 tingkat.
Atlet berusia 26 itu sekaligus telah memecahkan rekod terdahulu yang dipegang oleh atlet dari Sepanyol, David Robles yang memanjat menara setinggi pada jarak 1.277 kilometer dalam masa sejam.
Catatan masa dan jarak Wai Ching itu kini sedang dalam proses diteliti oleh pegawai Guinness World Records.
Jelas pihak mereka melalui panggilan video kepada Wai Ching, mereka memerlukan masa sehingga dua hari sebelum keputusan rasmi dapat dikeluarkan.
“Saya gembira kerana berjaya mencatat masa yang baik tetapi sedikit kecewa kerana tidak dapat mencapai sasaran jarak peribadi saya pada 1.3 km dalam satu jam…”
Tahniah REMAJA ucapkan kepada atlet ini kerana berusaha untuk memajukan diri dan membanggakan nama Malaysia ke mata dunia. Bukan itu saja, usaha Wai Ching ini juga bertambah bermakna kerana dia melakukannya sebagai usaha mengutip dana untuk Persatuan Larian-Menara Malaysia.
Sebelum ini, Wai Ching pernah menyertai cabaran seakan sama di menara Eiffle di Paris pada tahun 2018. Cabaran tersebut merupakan salah satu larian paling berprestij bagi kategori larian menegak dan Wai Cing merupakan wakil Asia pertamanya yang terpilih untuk menyertainya.
Menariknya pada waktu itu, dia berjaya bertahan untuk berada pada kedudukan 10 teratas daripada 130 orang pelari!
Kalau penulis jangan cakap 66 tingkat, 6 tingkat pun tak tahu la mampu ke tidak.. Hehe!
∞
Bila menonton filem mat salleh di kaca TV kadang-kadang timbul tanda tanya apabila melihat mereka selamba je minum air paip.
Tak sakit perut ke dorang minum air tak masak?
Ha, jangan terkejut. Ini semua adalah kerana terdapat negara-negara yang kualiti airnya memang tip top sehingga korang boleh minum terus dari paip tanpa perlu rasa was-was.
Sudah terbiasa dengan budaya di negara mereka, maka tidak hairanlah jika pelancong asing yang ingin berkunjung ke Malaysia bertanya terlebih dahulu sama ada air di negara ini boleh diminum terus dari paip atau tidak.
REMAJA ingin berkongsi info tentang 10 negara yang korang boleh lawati tanpa perlu membawa botol air ketika bersiar-siar kerana air paipnya selamat diminum dan pastinya tidak mengundang sebarang wabak penyakit.
10. Singapura

Negara ini terkenal dengan persekitaran yang bersih dan kehijauan alam semesta yang sering menambat hati pelancong luar. Singapura antara negara Asia yang mempunyai kualiti air terbaik dan pihak kerajaannya juga telah menegaskan bahawa air paip mereka boleh diminum tanpa perlu ditapis.
9. Jerman

Bekalan air di Jerman tidak pernah terganggu dan ini memudahkan rakyat mereka melakukan kerja-kerja harian seperti memasak, membersihkan rumah dan berkebun. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, seramai 92 peratus daripada rakyat Jerman berpuas hati dengan kualiti air minuman mereka.
8. Kanada

Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk memastikan air minuman mereka selamat diminum dan digunakan oleh rakyat tempatan. Negara ini juga menyediakan garis panduan yang agak strict dengan menubuhkan stesen air bagi semua syarikat swasta dan komersial.
7. Sweden

Di Sweden, terdapat dua loji rawatan air yang membekalkan air minuman tulen kepada 1.3 juta penduduk negara tersebut. Mereka menggunakan teknologi terkini untuk rawatan air.
6. United Kingdom

Negara ini hanya melaksanakan pengeluaran air mengikut piawaian berdasarkan arahan European Drinking Water Direcive (DWD) dan atas nasihat World Health Organization. Mereka sentiasa memastikan standard sistem air paip berada dalam keadaan yang baik.
5. Itali

Tidak hairanlah makanan Itali sungguh menyelerakan kerana ia disediakan menggunakan air yang paling tulen. Jika anda melawati air terjun di sana, hilangkan rasa dahaga dengan hanya menikmati kesegaran air terjun mereka. Jadi, anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli air mineral.
4. Austria

Selain menjadi antara negara yang paling cantik di dunia, Austria juga tersenarai sebagai salah satu daripada negara-negara yang mempunyai kualiti air paling bersih di dunia. Pihak kerajaan melindungi sumber air dan wajib bagi mereka untuk membekalkan air minuman yang berkualiti.
3. Perancis

Tahap bakteria dalam air paip di negara ini adalah pada kadar rendah,malah air sungainya juga bersih dan segar.
2. Luxemburg

Negara ini mempunyai banyak sumber mata air dan dirawat di loji-loji yang sangat canggih demi menjamin keselamatan dan kebersihannya.
1. Switzerland

Switzerland telah mendapat jolokan sebagai “Water Tower of Europe” dan tidak hairanlah jika negara ini mempunyai sumber air paip bersih yang terbaik di bumi.
Sumber: triphobo.com
∞
Begitu mengasyikkan dan penuh memukau Begitulah di antara reaksi penonton yang hadir ketika berlangsungnya konsert istimewa oleh dua bintang terkemuka dari Indonesia, ‘ADA Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’ di Megastar Arena, KL, anjuran oleh syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music (KM).
Malam konsert ADA dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh pendatang baharu berbakat besar, Ash Fasryll yang menyanyikan lagu ‘Nyaman’ oleh penyanyi hebat Indonesia, Andmesh Kamaleng.
ARTIKEL BERKAITAN: Govinda Bakal Gegarkan Zepp KL 31 Oktober Ini! Turut Tampilkan Penyanyi Hebat Ernie Zakri, Aina Abdul, Elica Paujin & Fadly Padi

Kemudian, konsert ADA bertambah hangat dengan kemunculan duo paling ditunggu-tunggu, Afgan dan Lyodra, tampil dengan persembahan yang luar biasa dan penuh memukau, memikat hati peminat yang hadir.
Konsert ADA menawarkan pengalaman muzik yang tidak terlupakan, dengan gabungan lagu-lagu popular dari kedua-dua penyanyi tersebut.

Afgan, dengan suaranya yang mengasyikkan, mempersembahkan lagu-lagu hits seperti ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Bawalah Cintaku’, dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’.
Manakala Lyodra memukau penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Sang Dewi’, ‘Tak Dianggap’, ‘Menyesal’, lagu wajib ‘Ada’ dan banyak lagi.

“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa, saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” kata Afgan selepas konsert.
Konsert ADA dihadiri ole ribuan peminat dari seluruh Malaysia, menjadikan suasana malam berkenaan penuh dengan kegembiraan dan sorakan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞