10 Filem Indonesia Paling Dicari Di Google, ‘Dilan 1991’ Nombor 1!

Share

Semakin dekat tayangan filem Dilan 1991 di pawagam Malaysia iaitu bermula minggu hadapan (11 Julai), carian Google untuk filem-filem Indonesia juga semakin galak.

 

Google Indonesia baru-baru ini mengeluarkan senarai 10 filem negara jiran itu yang paling dicari pengguna browser mereka pada bulan Julai. Seperti diduga, Dilan 1991 berada pada tangga pertama.

Cer tengok 9 lagi filem yang tersenarai. Mana tahu ada yang korang belum sempat tonton lagi, boleh masukkan ke dalam senarai wishlist

movies bagi bulan ini.

 

01

Dilan 1991

Merupakan sekuel kepada filem Dilan 1990 dan diadaptasi daripada novel Dilan Bagian Kedua: Dia Adalah Dilanku Tahun 1991 karya Pidi Baiq.

Milea risau jika Dilan akan dibuang sekolah dan hubungan mereka akan berakhir Dilan didapati bergaduh dengan seorang pelajar, Anhar.

MENANGI: #WayangRemaja Tiket Tayangan Filem Romantik Popular Indonesia, Dilan 1991

 

02

Preman Pensiun

Selepas 3 tahun, ketua penyangak terkenal iaitu Muslihat (duh) mula alami masalah apabila perniagaan semakin merosot, orang bawahan selalu bergaduh dan anaknya Sofia (Tya Arifin) mula didekati remaja lelaki yang meminatinya.

 

03

Keluarga Cemara

Seluruh keluarga dari Jakarta terpaksa berpindah ke Bogor selepas ditipu oleh keluarga besar mereka. Dalam keadaan tanpa harta mewah, Abah dan ahli keluarga lain terpaksa membiasakan diri dengan keadaan di kampung.

 

04

Asal Kau Bahagia

Mengambil judul sama dengan lagu popular nyanyian Armada, Ali terlantar koma di hospital selepas dilanggar sebuah trak. Namun rohnya boleh berkeliaran seperti biasa dan dia melihat kekasihnya, Aurora sudah move on dengan lelaki lain selepas kemalangannya.

 

05

Yowis Ben 2

Keempat-empat ahli kumpulan Yowis Ben mengalami masalah peribadi masing-masing. Vokalisnya, Bayu perlu mendapatkan duit untuk membayar hutang lalu berpindah dari Malang ke Bandung dengan ahli grup lain untuk diuruskan oleh manager

selebriti terkenal, Cak Jim.

*

Lima lagi buah filem yang tersenarai ialah:

 

06

Orang Kaya Baru

 

07

Foxtrot Six

 

08

Antologi Rasa

 

09

Calon Bini

 

10

Tabu

 

 

IKLAN