Cepatnya masa berlalu, rasanya baru je kita melangkah ke tahun 2021, tup..tup… dah sampai bulan ke dua dalam tahun ini.
Bagi peminat K-Drama pastinya korang akan menantikan senarai drama-drama terbaru yang akan ditayangkan setiap bulan. Jadi Remaja listkan 10 drama Korea untuk bulan Februari ini untuk korang tonton.
1. L.U.C.A: The Beginning
Tarikh : 1 Februari 2021 setiap hari Isnin dan Selasa di tvN
Drama genre thriller fantasi yang dibintangi oleh Kim Rae Won dan Lee Da Hee ini mengisahkan Ji Oh, seorang lelaki yang mempunyai kebolehan istimewa sehingga dia terus dikejar oleh makhluk misteri. Kemudian dia bertemu dengan seorang detektif bernama Goo Reum yang sedang mencari fakta dan keadilan atas kehilangan ibu bapanya.
2. River Where The Moon Rises
Tarikh : 15 Februari 9.30 malam waktu Korea Selatan di KBS2
Drama Korea terbaru ini yang dibintangi oleh Kim So Hyun dan Ji Soo mempunyai latar belakang sejarah dan merupakan genre melodrama tradisional. River Where The Moon Rises menceritakan tentang kehidupan Puteri Pyong Gang dan On Dal di era Goguryeo.
3. Hello? It’s Me!
Ads
Tarikh : 17 Februari 2021 di KBS2
Diadaptasi dari novel berjudul ‘Fantastic Girl’, drama Korea ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita bujang berusia 37 tahun yang mempunyai watak pemalu dan pekerjaan yang tidak stabil. Suatu hari dia bertemu dengan dirinya pada usia 17 tahun yang mempunyai watak yang berbeza dari sekarang. Drama genre fantasi romantis ini akan membawa penonton ke kisah cinta dan perjalanan masa.
4. Sisyphus: The Myth
Tarikh : 17 Februari setiap hari Rabu dan Khamis di JTBC
Gandingan watak utama lakonan Park Shin Hye dan Cho Seung Woo ini bergenre fiksyen sains. Mempunyai latar belakang dalam dunia pekerjaan, Sisyphus: The Myth menceritakan kisah seorang saintis dan jurutera genius bernama Han Tae Sul. Dia berjuang mencari kebenaran mengenai kematian saudaranya sepuluh tahun yang lalu yang kemudiannya meneruskan perjalanan berbahaya di mana dia bertemu dengan askar elit Kang So-Hae.
5. Beyond Evil
Ads
Tarikh : 19 Februari 2021
6. The Penthouse 2
Tarikh : 19 Februari 2021
Berita gembira buat peminat drama Korea ‘The Penthouse’, pada 19 Februari 2021, The Penthouse musim 2 akan ditayangkan. Tentunya dengan drama yang penuh dengan rollercoaster. ‘Penthouse: War in Life’ musim 2 akan membintangi orang yang sama seperti Lee Ji-Ah, Kim So-Yeon, dan Eugene dan akan ditayangkan di SBS.
7. Times
Tarikh : 20 Februari 2021 setiap hari Sabtu dan Ahad di OCN
Ads
Seperti tajuknya, drama Korea ini akan membawa korang pada pengembaraan masa yang mengembalikan masa lalu. Kisah kali mengenai seorang wartawan bernama Lee Jin Woo dari tahun 2015 dan seorang wartawan dari tahun 2020 bernama Soo Jung In. Mereka berdua bekerjasama untuk mencegah kematian Presiden Korea Selatan, Seo Ki Tae. Drama Korea terbaru yang dibintangi oleh Lee Seo Jin, Lee Joo Young dan Kim Young Chul.
Tarikh : 20 Februari dan boleh ditonton di Netflix.
Vincenzo menceritakan kisah bekas peguam mafia yang kembali ke Korea kerana konflik dalam organisasinya. Setelah tiba di negara asalnya, peguam itu mendapati ada penjahat yang kejam, yang melanggar undang-undang dan melakukan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
9. Mouse
Tarikh : 24 Februari setiap hari Rabu dan Khamis di tvN
Mouse menceritakan kisah seorang pegawai polis junior bernama Jung Ba Reum. Dia berhadapan dengan kes berbahaya untuk mengejar pembunuh psikopat. Drama Mouse yang akan menggantikan drama Korea ‘True Beauty’ ini dibintangi oleh Lee Seung-Gi.
10. Dear M
Dibintangi pelakon berbakat seperti Park Hye-Soo, Jaehyun, Roh Heong-Eui, dan Bae Hyun-Sung, drama Korea Dear M mempunyai kisah ringan dan romantis tetapi masih menarik. ‘Dear M’ adalah mengenai kehidupan seorang pelajar yang mencari persona misteri yang dipanggil ‘M’. Persona misteri ini menulis sesuatu di papan komuniti sekolah yang mengubah semua perkara. Drama Korea Dear M tayang perdana pada 26 Februari 2021 setiap hari Jumaat di KBS2.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, ternyata pengacara dan pelakon berusia 26 tahun ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, Bahkan punya latar belakang pendidikan yang boleh dibanggakan
Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad ada berkongsi foto di laman Instagram miliknya memaparkan keputusan peperiksaan yang cemerlang ketika mengikuti pengajian Asasi Undang-undang di UiTM.
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, Uyaina merupakan pelajar yang pintar.
Melihat keputusan cemerlang Uyaina, ramai yang berasa kagum dengan kebijaksaan yang dimiliki pengacara tersebut, disifatkan sebagai ‘beauty with brain’. Antara rakan artis yang komen termasuklah penyanyi remaja, Wani Kayrie.
Sebagaimana kita tahu, Wani Kayrie bukan sahaja mempunyai bakat suara yang merdu, malah cemerlang dalam bidang akademik juga dan juga kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang juga di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam.
Sepatutnya Bergelar Lawyer Namun…
Bagaimanapun, Uyaina mengakui bahawa rezekinya lebih terarah kepada bidang hiburan dan pengacaraan meskipun mempunyai kelulusan undang-undang dan sepatutnya bergelar peguam.
“Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer, Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas…”
Selain itu ada ramai juga rakan-rakan selebriti lain yang turut berbangga dengan Uyaina.
Untuk info sebenarnya ramai juga selebriti di Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan jurusan undang-undang, antaranya Yuna, Datuk Aznil Haji Nawawi, Azwan Ali dan Lisa Surihani.
Memang ‘beauty with brain’ la Uyaina ni, bukan senang ye nak dapat CGPA 4 flat tiap sem lagi-lagi jurusan law. fuh…
Sumber : Instagram Uyaina
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat tegar animasi Sonic, selepas lebih kurang dua tahun siri ini sekali lagi bakal menemui semula peminat di layar perak. Sonic The Hedgehog 2 akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 21 April 2022.
Sonic kembali lagi bagi pengembaraan seterusnya. Selepas menetap di Green Hills, Sonic tidak sabar untuk membuktikan bahawa dia mempunyai kelebihan menjadi wira sejati. Dalam siri kali ini juga menyaksikan kehadiran Dr. Robotnik bersama sekutu baharunya, Knuckles untuk mencari zamrud yang mempunyai kuasa memusnahkan dunia. Sonic bekerjasama dengan Tails dan memulakan perjalanan mereka menjelajah dunia untuk mencari zamrud sebelum jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab.
Sonic the Hedgehog 2 akan menyaksikan kepulangan sebilangan besar pelakon utama filem asal termasuklah Ben Schwartz sebagai suara Sonic, James Marsden sebagai Tom Wachowski, Tika Sumpter sebagai Maddie Wachowski dan Jim Carrey sebagai saingan Sonic, Doctor Robotnik/Eggman bersama Adam Pally dan Natasha Rothwell.
Nah, seperti biasa Remaja ingin memberikan korang dua tiket percuma ke tayangan perdana Sonic the Hedgehog 2.
Tarikh: 13 April 2022 Masa: 8.30 malam Lokasi: GSC Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi 4 tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres jelita, Siti Khadijah Halim mengakui bahawa dia seorang yang ‘membosankan’ kerana tidak mempunyai cerita sensasi seperti anak seni yang lain.
Katanya kepada Remaja, pelakon drama popular From Saga With Love itu memaklumkan, dia sering kali menjadi pilihan terakhir untuk ditemubual, kerana tidak mempunyai cerita yang menarik perhatian ramai.
“Kalau berlakon, saya selalu berasakan pelakon lain lebih popular daripada saya.
“Bukan nak merendah diri, tetapi biasanya kalau ada sidang media, sayalah pelakon paling akhir ditemubual.
“Mungkin kerana jawapan yang saya berikan membosankan,” luah pemenang Pelakon Wanita Komedi Terbaik, Asian Academy Creative Awards 2024 itu.
Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu tidak berkecil hati dengan situasi tersebut. Sebaliknya, dia menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan terus fokus pada kerjayanya dalam bidang lakonan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!