Korang mesti boleh cam dialog ikonik itu. Ia disebut oleh Heath Ledger semasa mendiang membawakan watak Joker dalam filem The Dark Knight (2008).
Ia sangat popular sehingga menjadi meme di merata tempat dan juga menjadi sebahagian daripada lirik lagu Crayon nyanyian G-Dragon.
Begitulah penangan watak Joker yang selalunya bersifat sarkastik, gila-gila dan kejam.
Namun di sebalik perwatakan antagonis itu, sebenanrnya Joker adalah antara karakter yang mempunyai BANYAK layers dan ramai orang boleh relate kepadanya.
Kita tak semestinya gembira sepanjang waktu. Ada masanya kita dibelengu rasa sunyi, menyesal, marah dan ‘deep‘.
Sempena filem Joker yang baru ditayangkan bermula semalam di semua pawagam di Malaysia, REMAJA ingin throwback 10 dialog Joker (daripada filem dan drama) yang paling relatable – it almost spooked us.
Malah ada beberapa di antaranya juga memberikan motivasi!
01
“I used to think my life was a tragedy, but now I realize it is a comedy.” – Joker (2019)
Kepayahan adalah sebahagian daripada ‘perisa’ kehidupan semua orang. Tanpanya, kita tak tahu untuk menghargai kesenangan.
Joaquin Phoenix dalam Joker (2019).
02
“I’m only laughing on the outside. If you could see inside I’m really crying.” – Batman (1989)
Ads
Kadangkala, kita sanggup untuk berpura-pura demi menjaga perasaan orang di sekeliling.
03
“They laugh at me because I’m different. I laugh at them because they’re all the same.” – The Dark Knight (2008)
Koranglah yang istimewa, bukannya mereka. Abaikan pendapat negatif.
Keinginan boleh menjurus ke arah motivasi ATAU obsesi. Dan apabila seseorang itu obses untuk memperolehi impiannya, dia sanggup melakukan apa saja termasuklah menggunakan ‘jalan belakang’.
Jared Leto dalam Suicide Squad (2016).
05
As my plastic surgeon always says. If you gotta go, go with a smile. – Batman (1989)
Ads
Walau apa pun cercaan dan perbuatan buruk yang orang lain lakukan kepada kita, keluarkan diri daripada situasi negatif itu dengan rasa positif.
06
We stopped checking for monsters under our bed, when we realized they were inside us. – The Dark Knight (2008)
Kita sering cuba menjauhkan diri dari kejahatan dan keburukan. Tetapi kadangkala kita tidak sedar, cara kita ‘menyucikan diri’ dengan memburukkan dan mencalarkan air muka orang terutama di media sosial itu sebenarnya menjadikan seorang yang bersalah.
Nak nampak ‘angelic‘ tapi kitalah sebenarnya devil itu.
Heath Ledger dalam The Dark Knight (2008).
07
“Madness, as you know, is like gravity. All it takes is a little push.” – The Dark Knight (2008)
Walaupun kita habiskan bertahun-tahun untuk membina kepercayaan, kejayaan dan kesetiaan, jika berdepan dengan SATU ketidak jujuran, segala yang terbina itu boleh musnah begitu saja.
08
“The pen, is truly mightier than the sword!” – Batman (1989)
Ads
Ramai yang katakan perbuatan itu lebih menyakitkan daripada kata-kata seseorang. Tapi mereka silap. Apa yang diluahkan oleh orang yang kita sayangi itu boleh membuatkan kita disayangi atau meruntuhkan emosi.
Jack Nicholson dalam Batman (1989)
09
“They need you right now. But when they don’t they will cast you out like a leper.” – The Dark Knight (2008)
Bila diperlukan, semua benda pun BOLEH. Bila tak diperlukan lagi, semua panggilan telefon pun tidak dilayan.
10
“If you’re good at something, never do it for free.” – The Dark Knight (2008)
Dah buat kerja sebaik mungkin, kenalah dibayar setimpal. Jangan biarkan orang memijak kepala kita.
*
Joker kini berada di pawagam seluruh Malaysia. Selamat menonton!
HEY GIRLS WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan skor 344.40 poin, Dhabitah Sabri sekali lagi melakar kejayaan di podium dengan menamatkan saingan di belakang Maddison Kenney (Australia) dan Jennifer Abel (Kanada).
Namun pada kali ini, bukan saja atlet berusia 19 tahun ini mengenggam sebutir pingat gangsa untuk Malaysia tetapi juga mencatat rekod tersendiri.
Ini kerana sejak kejohanan Diving World Series diperkenalkan pada tahun 2007, atlet terjun negara belum pernah menghabiskan saingan secara perseorangan di atas podium tersebut.
Maka, pingat gangsa yang dimenangi oleh Bitah semalam menjadikannya sebagai atlet solo pertama yang melangkah naik ke podium untuk acara 3m papan anjal wanita.
Sebelum ini, atlet terjun negara yang pernah menghadiahkan pingat untuk negara di DWS adalah menerusi acara 3m papan anjal seirama (Cheong Jun Hoong – Wendy Ng Yan Yee) dari tahun 2013 ke 2014.
Sudah tentu, Bitah bersyukur dengan kejayaannya itu. Menerusi sebuah posting di Instagram hari ini, Dhabitah berkata, “Alhamdulillah, saya tidak pernah terfikir saya akan memperolehi pingat dalam acara individu dan bertanding bersama penerjun berkelas dunia.
“Saya tak boleh lakukannya tanpa sokongan keluarga, rakan sepasukan dan penyokong Malaysia. Saya juga berbangga dengan rakan saya Syafiq dan Wendy Ng yang sama-sama berjuang bersama saya sehingga ke penghujung,” katanya lagi.
Congrats again Bitah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem ketiga daripada siri Jurassic World, Jurassic World: Dominion telah pun menemui penonton di pawagam bermula hari ini. Bagi peminat siri dinosaur, sudah tentu mereka sudah tidak sabar dan teruja untuk menantikan filem terakhir daripada franchise Jurassic ini.
Sumber: United International Pictures
Jurassic World: Dominion mengisahkan kesinambungan daripada filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang mana manusia dan dinosaur hidup bersama. Konfliknya berlaku apabila pewaris Jurassic Park, Maisie Lockwood mula diburu oleh syarikat Biosyn Genetics kerana genetiknya yang dikatakan mampu membantu syarikat mereka bersaing dengan pesaingnya.
Sumber: United International Pictures
Antara konflik lain yang berlaku apabila berlakunya serangan belalang juta (locust) yang memusnahkan tanaman sumber makanan dan mengancam bekalan makanan di seluruh dunia. Ha, pelik sedikit kali ini bila mana kisah belalang juta turut menjadi antara keutamaan dalam filem Jurassic yang terbaharu ini.
Siri ini juga mendapat kritikan daripada peminat filem kerana menyifatkan pengisian dan jalan ceritanya yang lemah dan tidak menarik. Sepertinya ada yang tidak kena dengan siri kali ini tetapi bagi kami, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam.
Sumber: United International PicturesSumber: United International Pictures
Bagi yang tidak mengikuti siri Jurassic ini juga korang tidak perlu risau kerana di permulaan cerita banyak menerangkan apa yang berlaku terhadap spesies dinosaur bagi memberi gambaran jelas buat penonton, khususnya mereka yang tidak pernah mengikuti filem ini. Jalan cerita yang mudah difahami juga membuatkan penonton tidak mudah keliru.
Penampilan barisan pelakon dari trilogi filem asal Jurassic Park seperti Sam Neill (sebagai Alan Grant), Laura Dern (sebagai Dr. Ellie Sattler) dan Jeff Goldblum (sebagai Dr. Ian Malcom) juga menjadi tarikan buat peminat siri Jurassic untuk menonton filem ini.
Sumber: United International Pictures
Apa yang boleh kami katakan secara keseluruhan, Jurassic World: Dominion masih lagi menghiburkan lebih-lebih lagi untuk tontonan kanak-kanak semasa cuti sekolah. Sebelum mula sesi persekolahan minggu hadapan, bolehlah bawa adik-adik korang ke pawagam menonton filem ini. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelantun lagu PadaMu Ku Bersujud, Afgan menyifatkan pengalamannya menunaikan ibadah hajipada usia 35 tahun sebagai sesuatu yang luar biasa.
Tiga hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya pada 27 Mei lalu, penyanyi Indonesia itu telah berlepas ke tanah suci Madinah sebelum ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.
Menariknya, perjalanan pada kali ini disempurnakan Afgan tanpa terlalu banyak berkongsikan momen-momen harian di sana.
Sebaliknya, hanya bingkisan ringkas di Instagram Story yang menjadi sumber tontonan peminatnya yang tertanya-tanya khabarnya di sana.
Hanya setelah menyambut Hari Arafah pada Khamis minggu lalu sebelum meraikan perayaan Aidiladha di sana, barulah kelibat hantaran di Instagram Afgan muncul dengan lebih kerap.
Mungkin sekali penyanyi tersebut ingin mengabadikan momen indah di sana untuk mendekatkan dirinya dengan Ilahi di luar pandangan ribuan peminatnya.
Usai selamat menyempurnakan ibadah haji, Afgan berkongsi perasaannya setelah rasmi menjadi ‘Pak Haji’.
“Sempurna sudah ibadah haji pertama saya. Ini adalah perjalanan rohani yang sangat indah ditambah pula saya berangkat sendiri dengan bermodalkan rasa nekad sahaja.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup dan rasa sangat bersyukur kerana boleh menjadi tetamu Allah tahun ini,” titipnya menerusi Instagram.
Dalam pada peminat menzahirkan rasa syukur melihat penyanyi kegemaran mereka ini berjaya memperolehi peluang menunaikan haji pada usia muda, Afgan sempat mengingatkan mereka mengenai makna di sebalik pengalaman berada di tanah suci.
“Ibadah haji adalah perjalanan antara anda dan Tuhan. Satu ibadah yang mengingatkan agar sentiasa merendah diri dan sentiasa ingat bahawa anda tidak akan sesekali keseorang selagi ada Tuhan bersama.
“Terima kasih atas doa kalian,” kata pemilik nama penuh Afgansyah Reza itu lagi.
Selain Afgan, antara selebriti lain yang turun terpilih dijemput ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini ialah pelakon, Bella Dally.