10 Artis Popular Bollywood Terima Bayaran Tertinggi, Berapa Gaji Shah Rukh Khan?

Share

 

Industri filem Bollywood sudah setaraf  industri Hollywood.

Ramai nama-nama besar seperti Deepika Padukone yang sudah diangkat pelakon bertaraf A di Barat selepas kemunculannya dalam filem XXX: The Return of The Xander Cage.

Begitu juga dengan Priyanka Chopra yang popular menerusi Baywatch dan drama bersiri Quantico.

Tapi di mata ramai penonton, tiada siapa masih dapat menyaingi Shah Rukh Khan.

Ada desas desus mengatakan kalau kita ke India, jangan sesekali memburukkan nama SRK di khalayak ramai. Silap hari bukan tak balik Malaysia jadinya kerana SRK ialah nama yang cukup besar di sana.

Di sebalik semua populariti yang diraih oleh para pelakon terkenal ini, agak-agak berapa pendapatan tahunan mereka ya? Cer tengok..

Shah Rukh Khan – USD 38 juta

Shah Rukh Khan menduduki carta artis paling in-demand apabila pendapatannya mencecah USD 38 juta. Namun tak semua bayarannya datang daripada pembikinan filem tapi juga beberapa pekerjaan lain.

SRK juga merupakan penerbit filem dan pengarah. Tidak hairanlah dia mendapat jolokan King Of Bollywood.

 

Salman Khan – USD 37 juta

Pelakon bernama Abdul Rashid Salim Salman Khan merupakan antara aktor yang pandai ‘menjaga’ jutaan peminatnya dari dulu hingga sekarang. Bertubuh badan sado, kacak tapi masih menyendiri.

Pendapatan tahunannya adalah kira-kira USD37 juta, hampir menyamai SRK. Bukan saja berlakon tetapi Salman memiliki perniagaan lain seperti menjual pakaian dan barang perhiasan.

 

Akshay Kumar – USD 35.5 juta

Dalam diam, Akshay Kumar menduduki carta ketiga dengan pendapatan USD35.5 juta. Banyak filem lakonannya yang memecah panggung. Sudah 25 tahun Akshay berada dalam industri dan lebih 100 filem lakonannya.

Aktor berdarah campuran India-Kanada juga mempelajari ilmu seni mempertahankan diri dan merupakan seorang aksi lagak ngeri terkenal.

 

Aamir Khan – USD12.5 juta

Jurang pendapatan antara top three dan ranking ke 4 agak ketara. Selain berlakon, Aamir juga merupakan seorang pengarah, penyanyi, penulis karya dan banyak menceburi bidang kreatif lain.

 

Hrithik Roshan – USD 11.5 Juta

Siapa pernah tengok filem Dhoom 2, Kaabil, Mohenjo Daro, tentu tahu betapa kacaknya Hrithik Roshan. Bukan saja sado, lakonannya juga sangat mantap.

 

Deepika Padukone – USD11 Juta

Aktres ini semakin giat mencipta nama di Hollywood. Dilahirkan di Copenhagen, Denmark, Deepika mampu meraih pendapatan bukan saja dari lakonan tetapi sebagai model iklan untuk Nike dan Oppo.

Lakonannya dalam filem Om Shanti Om dan Bajirao Mastani telah meletakkan dirinya tersenarai sebagai wanita tercantik dunia.

 

Ranveer Singh – USD 10 juta

Wajah kacak ini adalah antara pelakon dan model iklan paling disenangi. Ranveer banyak muncul dalam iklan Kellogg’s Oat dan Durex. Filem lakonannnya seperti Padmavati antara yang meletup dan dia sendiri menerima anugerah di Filemfare Awards.

Priyanka Chopra – USD 10 juta

Priyanka antara pelakon yang membanggakan India setelah m mencipta nama di Hollywood. Sekalipun filem Baywatch gagal capai box office tetapi pendapatannya tetap tinggi pada USD10 juta setahun.

 

Amitabh Bachchan – USD9 juta

Sekalipun usianya semakin lanjut tetapi Amitabh Bachchan masih mengekalkan populariti. Dia sememangnya satu nama besar dalam industri dan akan kekal menjadi pilihan pengarah.

 

Ranbir Kapoor – USD 8.5 juta

Pendapatan Ranbir tahun lalu mencecah USD8.5 juta dan melayakkan dirinya tersenarai. Lahir dalam keluarga seni Raj Kapoor (datuk), Ranbir juga merupakan model untuk sebuah jenama pakaian lelaki, Macroman.

 

IKLAN