
Jarang sekali kita dapat lihat selebriti yang kumpulkan adik-beradik mereka untuk bergambar bersama. Selalu kalau di timeline Instagram tu hanya dipenuhi gambar-gambar photoshoot atau sekadar update aktiviti sendiri di laman sosial saja.
Tapi, bila sesekali bergambar dengan kaum keluarga, barulah kita sedar yang rupa-rupanya bukan si artis tu je yang cantik, malah adik-beradik yang lain pun turut sama menawan. Pendek kata, kalau lelaki lihat kecantikan mereka ni confirm bergetar la tulang rusuk. Hiks!
Ada juga di kalangan mereka yang memang berdarah seni sebab rata-rata daripada kaum keluarga mereka juga bergelar selebriti.
Berikut merupakan senarai artis perempuan di Malaysia bersama adik-beradik mereka. Cun-cun semuanya uolls.
1. Anzalna

2. Mira Filzah

3. Elfira Loy

4. Fathia Latiff

5. Sharifah Amani

6. Nelydia Senrose

7. Emma Maembong

8. Rozita Che Wan

9. Neelofa

10. Sharifah Sakinah

Dalam ramai-ramai ni korang rasa adik siapa paling cun? Ok simpan je la jawapan tu dalam hati ya. Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Cara Paling Rare Hilangkan Bau Durian Pada Kereta, Tak Ada Bau Langsung

Sekarang musim duriankan. Jika tahun-tahun sebelum ini raja durian ini agak mahal harganya namun lambakan buah musim ini mengakibatkan banyak buah jenis mahal seperti IOI, Musang King, D24, Udang Merah dan lain-lain jatuh harga.
Kalau lihat di posting-posting pun, ramai yang menunjukkan warna buah yang kekuningan, rasa yang enak sehinggakan mereka yang menyukai durian akan sentiasa membelinya.
Dalam pada enak makan, tapi saat bawa balik dan masukkan ke dalam kereta, ramai yang mengadu baunya tidak akan hilang dalam tempoh beberapa hari sehingga perlu membuka tingkap untuk menghilangkan bau yang menyengat apabila sudah bercampur dengan pengudaraan hawa dingin.


Remaja kongsikan 6 cara paling rare untuk hilangkan bau durian pada kereta. Lepas try ini, tak ada masalah pun kalau nak bawak banyak-banyak dalam kereta selepas ini. Petua ini pun dikongsikan oleh kaki-kaki durian selain petua orang lama dulu-dulu.

Gunakan daun pandan – Sedap wei buat kuih kelempung atau dipanggil buah Melaka kalau guna daun pandan segar. Rupanya pandan ini memang banyak khasiat kerana kandungannya mengandungi saponin, polifeno, alkaloida, tanin dan zat warna. Ia juga baik untuk perubatan seprti atriatis, sakit sendi, sakit saraf dan darah tinggi. Yang penting kalau nak hilangkan bau durian dalam kereta yang pasti, ambil saja daun pandan simpulkan dan letak dalam kereta. Pasti bau durian hilang.

Letak kepingan roti – Okay, roti bukan saja enak dimakan begitu saja tapi korang boleh letak dalam kereta kerana ia bertindak sebagai bahan penyerap bau durian. Biarkan kering dalam kereta. Kalau terlupa dan dah beberapa hari bolehlah buat roti bakar (gurau jek).

Letak arang – Kali ini, korang boleh gunakan arang sebagai bahan penyerap bau. Letak je kepingan arang dalam kereta dan insya Allah, bau menyengat durian akan hilang.

Potong tangkai durian dan belah dua (jangan putus) – Petua ini diajar oleh seorang penggemar durian. Setiap kali korang beli durian, minta tokey tu potong sikit tangkainya. Buang kulitnya dan kemudian belah dua. Jangan sampai putus. Selitkan di tempat aircon kereta. Comfirm bau durian hilang.
Pusing & tekan aircon kereta hala ke luar – Okay, ini satu lagi cara boleh lakukan. Selalunya punat penghawa dingin kita menghala ke dalamkan. Kali ini korang tukar switch ke luar pula dan sekaligus udara dan bau durian tu tak akan masuk ke dalam kereta.

Letak kain basah atas guni durian – Salah satu petua lagi yang berkesan ialah dengan meletakkan kain basah di permukaan guni durian. Bermakna kain basah ini akan menghalang pengudaraan keluar. Trylah, ianya berkesan.


Last sekali, kalau tak nak bau langsung. Boleh makan durian tapi makan kat kedai tu saja atau buat macam nie. Ikat buah di luar tapi pastikan tak cicir. Memang rarelahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JBL Rising Star Singing Competition 2018 Berjaya Cungkil Bakat Baru!

Selain program realiti TV, pertandingan nyanyian masih lagi menjadi natara platform mencungkil bakat baru nyanyian yang tetap popular. Malah, ramai penyanyi-penyanyi yang sudah mencipta nama kini memulakan karier muzik mereka dengan pertandingan nyanyian.
Melihatkan potensi besar bakat-bakat nyanyian di Malaysia, pengedar dan jenama audio terkenal iaitu Hot Gadgets Distributions Sdn. Bhd. bersama JBL Malaysia dan Sunway Velocity Mall telah menganjurkan pertandingan nyanyian JBL Rising Star Singing Competition 2018.

Pertandingan ini sebenarnya telah bermula sejak bulan Mac yang lalu di mana peserta-peserta dipilih menerusi uji bakat secara online. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan menyaksikan lebih 800 orang peserta daripada usia 16 sehingga 30 tahun mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.
Selepas dipilih seramai 18 orang perserta telah layak ke peringkat separuh akhir.Dan daripada jumlah 18 orang ini seramai 10 orang finalis telah terpilih dan layak ke pertandingan akhir yang diadakan pada 23 Jun 2018 yang lalu di Sunway Velocity Mall.

Selain bertanding untuk merebut hadiah keseluruhan yang bernilai RM100,000 dalam bentuk barangan dan wang tunai, peserta-peserta juga berentap bagi membawa pulang beberapa kategori istimewa yang lain seperti nugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular dan Anugerah Persembahan Terbaik.
Sepuluh finalis JBL Rising Star yang terpilih adalah Charlotte Ardelle Felix, Faysal Bin Md Saad, Lee Kar Yee, Vishal A/L Gopinathan, IIham Mudzaffar bin Abd Mutek, Karyn Ong Kai Lin, Vanessa Van Huizen, Clinton Chua Han Yong, Nurul Ashikin Binti Rosnan, dan Dennis Ooi Wen Xian.
Dan selepas kesemua peserta mempersembahkan persembahan masing-masing, pihak juri yang terdiri daripada juri professional penyanyi terkenal, penulis lagu dan penerbit muzik, Hanz Guo Wen Han, penyanyi, pencipta lagu dan YouTuber, Jenn Chia dan penyanyi lagu ‘Jampi’, Hael Husaini telah memilih Clinton Chua Han Yong sebagai Juara JBL Rising Star Singing Competition 2018. Clinton membawa pulang hadiah berupa RM50,300 dalam bentuk wang tunai dan hadiah.

Manakala tempat kedua pula digonggol oleh Charlotte Ardelle Felix dan tempat ketiga oleh Nurul Ashikin Binti Roslan. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan barangan bernilai RM18,400 dan RM9,800. Anugerah Persembahan Terbaik juga diraih oleh Clinton Han Yong dan Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular pula dimenangi oleh Vanessa Van Huizen.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua pemenang. Semoga suatu hari nanti kita dapat melihat mereka bakal menjadi penyanyi popular tanah air yang mewarnai industri seni negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelas Sekejap, Inisiatif Aplikasi AI Khairy Jamaluddin & Shahril Hamdan Untuk Tingkatkan Keyakinan Bahasa Inggeris

Ramai rakyat Malaysia sebenarnya memahami Bahasa Inggeris, tetapi masih berdepan kesukaran untuk menggunakannya dengan yakin dalam perbualan harian.
Rasa malu, takut membuat kesilapan dan ketiadaan ruang latihan yang selamat sering menjadi penghalang utama.
Melihat realiti ini, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tampil melancarkan Kelas Sekejap, sebuah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang memberi fokus kepada pembinaan keyakinan melalui percakapan, bukan sekadar hafalan atau latihan bertulis.
Belajar Bahasa Inggeris Dengan Bertutur, Bukan Sekadar Faham

Kelas Sekejap merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan “Learn by Talking”, di mana pengguna belajar Bahasa Inggeris melalui perbualan sebenar. Pendekatan ini direka untuk membantu pengguna membiasakan diri bertutur tanpa rasa takut atau tertekan.
Ramai boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris, tetapi gagal menggunakannya dalam situasi sebenar. Kelas Sekejap diwujudkan untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan ruang latihan yang lebih praktikal dan realistik.
Setiap latihan dalam Kelas Sekejap dijana menggunakan teknologi AI yang diperibadikan.
Aplikasi ini turut menggunakan suara Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan sendiri untuk membacakan teks pembelajaran.
Pembelajaran disesuaikan mengikut tahap, minat dan keperluan pengguna, sama ada pelajar, individu bekerja atau sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Pendekatan ini memastikan pembelajaran lebih inklusif dan fleksibel, di mana pengguna boleh bermula dari tahap masing-masing tanpa tekanan untuk ‘mengejar’ orang lain.
Membina Keyakinan, Sedikit Demi Sedikit

Menurut visi yang dibawa oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, penguasaan Bahasa Inggeris bukan sekadar tentang kefasihan, tetapi keyakinan untuk berani bercakap. Kesilapan dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.
Kelas Sekejap menekankan bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris seharusnya boleh diakses oleh semua, tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap permulaan.
Dengan misi untuk membantu rakyat Malaysia bertutur dengan lebih yakin, Kelas Sekejap membawa mesej bahawa Bahasa Inggeris ialah kemahiran praktikal yang relevan dalam kehidupan seharian, pendidikan dan kerjaya.
Buat masa ini, Kelas Sekejap ditawarkan secara percuma dan pengguna boleh memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing.
Sumber : Instagram kelas_sekejap
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

