Isu papan iklan JenamaSendiri.com yang menggunakan nama selebriti Noor Neelofa sebagai publisiti murah dan mudah mendapat perhatian ramai minggu ini.

Bukan saja mereka mencerca isu pelancaran koleksi tudung dan turban di Zouk yang berlangsung pada Mac lalu, malah mereka secara terang-terangan menggunakan nama Neelofa pada bahagian atas papan iklan tersebut.

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini

Bukan saja isu mengaibkan timbul, malah isu penggunaan nama tanpa kebenaran juga mendesak Neelofa untuk khabarnya mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu.

Sebelum ini, sudah banyak “tagline” pelik yang muncul daripada papan iklan syarikat itu seperti “Ku Puteh? Ku Letihlah!”.

Dan bukan hanya JenamaSendiri.com yang berdepan dengan isu ‘papan iklan gila publisiti’, banyak lagi sebenarnya papan iklan di Malaysia yang pernah dikecam teruk.

 

Penanggal Bulu

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini

Tiada apa yang pelik mengenai iklan penanggal bulu.

Walaupun ia dikatakan sebagai subjek yang taboo di kalangan masyarakat kita kerana dianggap sebagai hal ‘dalam kain’, ia masih merupakan produk yang valid kerana kita semua boleh relate kepadanya.

Namun, apa yang pelik adalah cara posing model dalam papan iklan ini. Mengapa dia perlu membuat isyarat ‘shh..’ dengan jari telunjuk? Adakah perempuan terutamanya yang sudah berpunya tidak mahu boyfriend atau suami mereka tahu bahawa kulit betis kaki mereka tidaklah selicin yang disangka?

 

IKLAN

Iklan Terbalik

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini

Walaupun digelar pelik dan gilakan viraliti, strategi produk pemutih kulit ini boleh dikatakan berjaya kerana kita semua sedang bercakap tentangnya.

Pada mulanya, netizen sangkakan pekerja yang memasang papan iklan ini tersalah pasang. Ada juga yang mendakwa pekerja ini, “Mabuk ke apa?”

Namun, selepas iklan berposisi terbalik ini ditemui di beberapa lagi lokasi lain, terbongkarlah strategi syarikat pemasaran mereka yang sememangnya inginkan publisiti mudah. Kini, ia telah dibetulkan semula dalam posisi sebenar.

Penulis pun geleng kepala dengan strategi ini. Sudahlah susah nak baca apa yang ingin disampaikan, ia juga melibatkan kos ekstra untuk membetulkan dan memasangnya semula.

 

Orang Terkaya (Eh Silap, ‘Bakal’)

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini

Pada tahun 2014, papan iklan yang memaparkan ‘Bakal Orang Terkata Di Dunia – En Zhang Jian’ yang berkemungkinan besar berasal dari Hong Kong ini mencetuskan kontroversi di media sosial dan media massa.

Semua pengguna jalan raya seakan tertanya siapakah lelaki ini dan apakah motif dia menggelarkan dirinya kaya? Kedengaran seperti scam bukan?

IKLAN

Hasil siasatan, papan iklan ini sebenarnya milik sebuah grup jutawan yang menjanjikan pulangan harta lumayan. Persis sistem downline di mana orang di bawah dikerah bagai ‘nak mati’ agar golongan upline dapat menikmati peratusan lumayan.

Tak sangka, papan iklan sebegini pun boleh terlepas daripada KDN.

 

Hisap-Hisap

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini

Pengasas syarikat produk suplemen pun tak nak kalah mengejar publisiti murahan.

Di sepanjang laluan lebuh raya di seluruh negara, pasti korang pernah terlihat papan iklan Hisap-Hisap Terus Cantik ini. Bukan saja ia kedengaran ‘lucah’, persoalan yang lebih penting adalah, sudahkah produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Bagaimanakah pelanggan boleh mengukur sejauh mana mereka sudah berubah cantik, dan apakah definisi cantik itu sendiri untuk syarikat pengedar ini?

 

IKLAN

Ubat Kuat Lelaki

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini

Jika papan iklan keempat tadi boleh dikategorikan sebagai ‘lucah di atas pagar’ kerana strategi innuendo yang digunakan, papan iklan kelima ini memang sah mempromosikan tagline lucah.

Bukan saja menjijikkan pengguna jalan raya terutamanya yang mempunyai anak, malah ia juga menghadirkan rasa tidak senang. Dengan tagline “Subuh Baru Cabut”, papan iklan pada akhir tahun 2016 ini dikecam teruk oleh netizen yang merasakan ia tidak sensitif, hanya mengejar publisiti murahan dan hanya ingin melariskan produk.

 

* * * * *

Janganlah disebabkan oleh perniagaan, korang tak boleh fikirkan idea yang lebih kreatif dan bijak dalam memasarkan produk pada papan iklan. Cuba lihat contoh papan iklan di bawah. Kalau mereka boleh keluarkan idea catchy dan menarik, then so can you.

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Patrol Service di Colarado.

 

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Dairy Champ feat. Datuk Seri Vida.

 

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Pencukur Bulu Hidung Panasonic.

 

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Kolaborasi Coca Cola dan jenama kaca mata Parinne.

 

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Musim baru Law & Order.

 

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Ubat gigi Formula.

 

‘Zoo-Zouk’ Bukanlah Papan Iklan Pertama Yang Gilakan Publisiti, Lihat 4 Lagi Contoh Pelik Ini
Idea bijak IBM menyediakan kemudahan awam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI