Aplikasi WhatsApp pada hari ini tidak lagi seperti WhatsApp 3 tahun lalu. Pelbagai pembaharuan dan updates telah berlaku kepadanya sehinggakan kadangkala kita sebagai pengguna pun terlepas pandang akan fungsi yang baru diperkenalkan oleh WhatsApp.
Antara fungsi yang hangat diperkatakan minggu ini adalah fungsi menghantar GIF melalui mesej. Mudah saja untuk menghantar GIF sebenarnya, hanya klik saja di butang photo sharing.
Di bahagian bawah smartphone korang akan tertera butang seperti kanta besar berserta logo GIF. Tekan di situ dan tadaa, beribu-ribu GIF tersedia di dalamnya untuk kamu pilih dan hantar.
Memang mudah kerana korang tak perlu lagi Ctrl C – Ctrl V dari laman web seperti Giphy.com. Namun apa yang tak enak didengar adalah apabila ada pertikaian yang berlaku di antara kerajaan Indonesia dan WhatsApp berkenaan fungsi GIF ini.
Ads
Fungsi tersebut kini didapati penuh dengan lambakan GIF yang berbaur lucah dan disebabkan isu tersebut, kerajaan Indonesia telah memberi amaran kepada syarikat Facebook Inc yang memiliki WhatsApp Messenger untuk mengharamkan aplikasi itu dalam masa 48 jam jika GIF lucah itu tidak dibuang.
Whoa, talk about immediate action!
Jujurnya, ia bukanlah langkah yang mengejutkan masyarakat dunia kerana Indonesia sekian lama telah dikenali sebagai sebuah negara yang dimonopoli oleh masyarakat Islam. Sebelum ini pun, Indonesia telah mengawasi Internet negara tersebut dan telah mengharamkan akses kepada banyak laman web yang menawarkan agenda anti-Islam, servis dating dan pendidikan seks.
Dan kini, Indonesia ingin WhatsApp untuk bebas daripada unsur-unsur lucah setelah kementerian negara itu menghantar 3 surat amaran kepada pihak Facebook Inc.
Pihak WhatsApp telah memberi jawapan kepada kerajaan Indonesia. Dalam jawapan balas tersebut, mereka menyuruh kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan susulan terhadap laman web yang menawarkan GIF tersebut kerana WhatsApp tidak mengawal inti pati GIF yang ada. Apa yang mereka tawarkan hanyalah akses kepada GIF.
Bagaimana Pula Dengan WhatsApp Malaysia?
Buat masa ini, tiada aduan telah dibuat oleh mana-mana individu berkenaan fungsi GIF tersebut di negara kita. Penulis, secara peribadi pula berpendapat tindakan mengharamkan WhatsApp itu tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
Ads
First of all, jika WhatsApp ingin diharamkan hanya sebab GIF yang berbaur lucah, mungkin kerajaan Indonesia juga boleh ambil tindakan 360 dengan mengharamkan aplikasi Twitter, Instagram, Pinterest, WeChat, YouTube, Vimeo malah Facebook. Ini kerana lebih banyak bahan-bahan atau posting yang berbaur lucah di sana.
Secondly, jika korang pernah terbaca terma penggunaan WhatsApp ( yang perlu korang baca ) sebelum bersetuju untuk menggunakan WhatsApp, sudah tercatat di situ bahawa pengguna WhatsApp perlulah berusia 13 tahun ke atas. Ini bermakna rata-rata para penggunanya secara logik sudah tahun membezakan antara perkara yang baik dan buruk. What do you think?
Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Untuk makluman, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak.
Pihak awatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berusia 18 tahun dan ke atas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) telah mencadangkan agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer perlu mengambil dos penggalak.
Hal ini bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19-Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.
Oleh yang demikian, jika korang berada dalam kumpulan yang dinyatakan di atas iaitu semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas, korang perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022.
Jangan berlengah ya kalau tak mahu aktiviti korang terbatas selepas ini. Hiks!
Bagi individu yang ingin mengambil lesen memandu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau e-Testing di seluruh negara bermula April depan.
Sistem e-testing ini mengukur prestasi calon melalui ujian memandu secara elektronik dan menjana keputusan ujian memandu secara terus.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata sistem bilangan pegawai penguji akan berkurangan apabila sistem ini dilaksanakan kerana ia hanya memerlukan dua penguji sahaja berbanding tujuh ketika ini memandangkan proses itu akan dibantu oleh gajet teknologi.
Menerusi e-testing, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan dan calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta. Walau bagaimanapun, sistem ini masih melibatkan pembelajaran dalam kelas, litar dan jalan raya.
Sistem seumpama ini juga sudah dipraktikkan di negara seperti Korea dan Jepun, manakala negara kita sedang menuju ke arah tersebut bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu.
Setakat ini, terdapat 232 institut memandu di seluruh negara dan korang boleh mendapatkan aplikasi e-testing ini di pusat penyedia yang dilantik oleh JPJ.
Hm, korang rasa adakah ini satu kelebihan untuk calon kerana dapat mengurangkan gementar ketika melakukan ujian nanti?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di kediamannya di Halaman Meru Impian, Meru Raya, petang tadi.
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa, berusia dua tahun tiga bulan bermain seorang diri di bahagian ruang tamu rumah.
Ketika kejadian, anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu tiri, bapanya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pensyarah keluar atas urusan kerja sementara anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak itu ada meminta makanan dan ibu tiri berusia 30 tahun memberikannya biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak.
“Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.
“Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Beliau berkata, wanita itu cuba menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan, namun denyutan nadi mangsa begitu lemah.
Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh disahkan meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati, mangsa berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan,” katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang tadi mendapati, kematian mangsa akibat tergantung.