Penulis masih ingat kata-kata Hero Remaja 2011/2012 iaitu Fattah Amin. Katanya, tak ada apa yang mudah tentang industri seni. Walaupun nampak glamor, hanya yang ‘kentang’ je mampu bertahan lama.
Punca kepada kebanyakan isu murung dan rasa ingin berputus asa di kalangan ramai selebriti bukan saja berpunca daripada beban kerja. Tapi banyak lagi faktor lain seperti komen negatif netizen, kecelaruan rutin seharian seseorang itu, rasa tak puas hati dan macam-macam lagi lah.
Terbaru, penyanyi dan pencipta lagu berbakat besar, Haqiem Rusli telah meluahkan yang mungkin, dia tidak akan bertahan lama lagi dalam industri seni. Mungkin sehingga penghujung awal Julai saja.
Dalam satu posting di Instagram yang sudah lama ‘diperam’, Haqiem berkata banyak perkara yang berlaku semasa dia di dalam industri ini.
Ads
“Mereka yang bercakap senang, tapi saya yang rasa sakit dan perit. Buat masa sekarang, saya mahu berehat (dari) social media,”
Peminat Haqiem sememangnya sudah mengetahui mengenai isu depresi yang dihadapinya sejak awal tahun lalu. Dan menurutnya, dia masih belum pulih daripadanya sehinggalah ke hari ini.
Ads
“Saya masih akan jayakan show di Ipoh pada 24 Jun. Mungkin ini adalah show terakhir saya sebagai seorang penyanyi kerana 70% diri saya sudah mengatakan ia ( untuk berhenti ). Tapi apa-apa saja boleh berlaku.
“Tunggu pengumuman saya awal Julai nanti,” terangnya panjang lebar dalam posting tersebut. Gambar di Instagram itu juga kini menjadi gambar tunggal di akaun Haqiem setelah dia memadam ( atau archive ) koleksi gambar lamanya.
Ads
Bagi kami di REMAJA, memanglah keputusan peribadi seperti ini harus dihormati. Haqiem lebih tahu apa yang mengganggu emosinya sepanjang berada dalam industri seni.
Namun kami juga telah melihat banyak kes di mana selebriti semudanya berehat sebentar ( bukan berhenti serta-merta ) dari profesion atas sebab tertekan. Kemudian setelah stabil, mereka akan kembali semula because this is what they do best – creating masterpieces.
Apa-apa pun, REMAJA harapkan Haqiem Rusli akan berfikir masak-masak. Sayang untuk kamu lepaskan kebolehan pada usia semuda 20 tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Haha, mesti ramaikan keliru parking dekat mana terutama di pusat beli belah yang luas kawasan parking seperti Mid Valley, Sunway Pyramid, KLCC dan banyak lagi.
Nah, lepas nie kalau rasa korang asyik terlupa park di mana, gunalah aplikasi Google Map ini ya. Bagi pengguna Android dan iOS semuanya boleh gunakan aplikasi ini dengan mudah.
Peningkan cari parking terutama yang luas kawasannya. Kena pandu pada warna tiang dan sebagainya untuk mudah mencari. Gambar hiasan.
Langkah yang korang perlu buat, on kan GPS.
Kemudian langkah seterusnya untuk aktivate klik pada save your parking.
Buka saja Google Maps itu dan korang cuma perlu tekan pada “blue dot” saja. Akan keluar beberapa senarai tapi korang cuma perlu klik di “Save your parking”. Pada peta itu menunjukkan yang korang parking di mana. Yang bestnya korang boleh tulis nota dan arah menuju ke kereta. Nak savekan image pun boleh. Itu lagi selamatkan.
Tekan seperti arahan, letak blue dot nanti akan nampak tulisan set as parking. Jangan lupa tulis some thing dan letak gambar. Lagi mudah korang nak jumpa kereta nanti.
Bagi pengguna iOS, buat yang sama juga di mana arahannya adalah sama seperti android.
Jadi tak adalah masalah korang terlupa parking di mana dan perlu berpusing-pusing mencari pekerjaan. Nanti tolong ajarkan pada mak-mak korang yang mungkin sesekali terlupa dia parking di mana ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan bekas peserta program realiti Mentor musim pertama, Nabil Bin Zamanhuri telah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad 26 Mei 2024.
Nabil yang mula dikenali setelah menamatkan saingan sebagai Naib Juara program tersebut meninggal dunia pada usia 37 tahun ketika berada di Hospital Ampang, Selangor. Buat masa ini, punca pemergian Allahyarham masih belum diketahui.
Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah mengesahkan perkhabaran yang diterima itu.
“Anak lelaki saya, Nabil sudah kembali ke rahmatullah. Mohon ampuni dan halalkan makan minum dia dan doa agar dia ditempatkan bersama mereka yang beriman.
“Urusan jenazahnya akan diberitahu. Gone too soon… Semoga bertemu di syurga Allah, Amin,” catatnya.
Biarpun tidak lagi begitu aktif di pentas nyanyian, Allahyarham masih terlibat dalam bidang produksi kreatif di Unit Pembangunan Kandungan bagi Astro Malaysia dan pernah bertugas sebagai seorang Digital Strategist di syarikat sama.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Sissy Imann mengumumkan di laman Instagramnya bahawa dia akan ditidurkan hari ini. Prosedur tersebut perlu dilaluinya demi menjalani pembedahan yang memerlukan dia tidak sedarkan diri.
Gadis manis berusia 27 tahun ini yang popular dengan lagu Bebas menyatakan perkara tersebut dan hantarannya itu menerima lebih 2700 tanda suka.
“Assalamualaikum semua, pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, Sissy nak mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan Sissy yang pernah menyakiti korang.
“Doakan urusan Sissy harini dipermudahkan ya. Hari ini sangat penting buat saya. Saya akan menjalani satu pembedahan yang memerlukan saya ditidurkan buat seketika waktu,” tulisnya.
Menurutnya lagi, dia memohon jasa baik orang ramai agar tidak bertanyakan kepada ahli keluarganya mengenai perkara ini.
“Saya minta jasa baik supaya tidak bertanyakan ahli keluarga saya tentang perkara ini. Terima kasih kerana memahami. Semoga Allah merahmati anda semua. Jumpa lagi, InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Kami dari editorial REMAJA mendoakan semoga Sissy selamat menjalani pembedahan tersebut dan pulih seperti sedia kala hendaknya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.