Awal pagi ini, sesi penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 telah berlangsung sebelum jam 10 pagi.
Menariknya, tumpuan tidak hanya terarah kepada perletakan calon senior dan ‘matang’ di kawasan masing-masing.
Namun, ramai juga yang tertarik dengan keputusan parti politik untuk memberikan peluang kepada calon muda di bawah usia 35 tahun untuk bertanding pada kali ini.
Sama ada ini merupakan taktik untuk menarik pengundi muda atau mereka sememangnya melihat kuasa calon muda ada potensi untuk pergi jauh, itu terpulang kepada parti.
Apa yang lebih utama adalah calon muda semakin mendapat tempat (selayaknya) dan pandangan mereka akan diambil lebih serius selepas ini.
Jom lihat siapakah 8 calon muda lagi ‘helok’ yamg bakal bertanding.
01
Chrisnadia Sinam (PKR), 35
Bekas jurutera Sabah di Jabatan Kerja Raya (JKR) ini akan bertanding di kerusi Parlimen P170 Tuaran.
Ads
02
Mordi Bimol (PKR – DAP), 35
Beliau pernah bertanding untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun 2016 untuk kawasan Tasik Biru tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional, Henry Jinep dengan majoriti 1,288 undi.
Kali ini, beliau akan bertanding untuk kerusi Parlimen P192 Mas Gading pula.
03
Shahril Sufian Hamdan (BN – UMNO), 32
Tak sangka rakan Instagram kami ini tercalon di kerusi Parlimen P112 Kuala Langat!
Ads
Sebelum berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat minyak dan gas, Shahril pernah bertindak sebagai pegawai polisi kepada YB Khairy Jamaluddin.
04
Ho Kwok Xheng (BN – MCA), 30
Mirip kepada perjalanan cerita Speaker DUN Selangor, Hannah Yoeh dari DAP, Kwok Xheng juga merupakan calon yang betul-betul berasal, membesar dan tinggal di kawasannya iaitu di kerusi Parlimen P106 Damansara.
05
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PKR), 26
Ads
Ketua Pemuda Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini pernah menolak tawaran untuk menyambung pengajian di Universiti Oxford, UK untuk menumpukan kepada bidang politik.
Beliau yang merupakan calon termuda pada PRU 14 ini akan bertanding untuk kerusi parlimen P146 Muar.
06
Ahmad Nawfal Mahfodz (PAS), 34
Graduan jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini merupakan anak kepada Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed.
Dahulunya, beliau selalu menolong ayahnya itu untuk berkhidmat bagi rakyat di Pagoh. Kini, beliau pula tercalon untuk kerusi parlimen P143 Pagoh.
* * * * *
Walaupun berbeza anoligi politik, penulis berharap agar kemasukan mereka ke dalam bidang politik ini adalah atas dasar inginkan kebaikan untuk rakyat dan negara.
All the best, guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah teruk dikecam oleh warganet kerana bergambar dengan pelakon kelahiran Israel, Gal Gadot, pelakon terkenal Meerqeen akhirnya bersuara dan mengutuk keras tindakan tidak berperikemanusiaan yang dihadapi penduduk Gaza, Palestin.
Sebagai seorang Muslim, Merqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menjelaskan bahawa dirinya sentiasa berdedikasi untuk memperjuangkan keadilan yang seharusnya dikecapi oleh pihak teraniaya tersebut.
Menerusi perkongsian pelakon tersebut di laman Instagramnya, beliau mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman yang sedang berlaku di tanah Palestin.
“Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.
“Doa dan harapan saya akan terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka.
“Untuk itu saya menyeru kepada saudara-saudara saya serta rakyat Malaysia keseluruhannya agar terus memperjuangkan kebenaran. Semoga suatu hari, kedamaian akan tiba dengan izin-Nya,” jelasnya.
Duta jenama mewah antarabangsa, YSL Beauty itu turut berkesempatan membalas komen warganet yang mengecam tindakannya sebelum ini dek kerana tidak berkongsi sebarang maklumat berkaitan situasi peperangan tersebut kepada 1.4 juta pengikutnya di Instagram.
“Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim sudah saya jalankan. Bukan semua perlu dikongsi dengan yang lain.
“Cukup saya dan yang Maha Esa tahu apa saya lakukan untuk saudara di sana sudah memadai,” komennya lagi.
Sehingga kini, perkongsian pelakon tersebut menerima pelbagai reaksi dan respon dari warganet.
Majoriti berpendapat bahawa Meerqeen masih memilih ‘jalan selamat’ dek kerana tidak menyebut langsung nama ‘Palestin’ di dalam perkongsian tersebut.
Haih…susah juga menjadi selebriti eh? Post salah, tak post pun salah…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Meerqeen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon Ben Amir mencuri perhatian peminat apabila mendedahkan beliau kini telah meninggalkan tanah air dan akan memulakan kehidupan baru di Pulau Siargao, Filipina.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube miliknya bernama ‘Island Life with Ben Amir’, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin (35) berkata, beliau mengambil keputusan besar tersebut demi merealisasikan impiannya.
“Saya ambil keputusan untuk meninggalkan kehidupan bandar dan membina kehidupan baru di pulau indah ini yang bernama Siargao”
“Tetapi buat masa ini, saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya dan adat resam Filipina,” katanya.
Kredit: Youtube Island Life with Ben AmirKredit: Youtube Island Life with Ben Amir
Dalam pada itu, pelakon drama ‘Sweet Dreams’ itu turut berkongsi mengenai perancangannya untuk membina rumah dan memulakan perniagaan di sana tidak lama lagi.
“Saya baru saja nak mulakan hidup di sini. Saya akan bina impian saya dari bawah dan sekarang saya bekerja untuk bina rumah, villa, beberapa perniagaan saya dan tak lama lagi saya juga akan buka sebuah ladang kecil,” jelasnya penuh bersemangat sambil bertutur menggunakan campuran bahasa tagalog.
Selain itu, Ben memberitahu bahawa beliau akan berkongsi segala cabaran dan pengalamannya sepanjang berada di negara tersebut.
Kredit: Youtube Island Life with Ben Amir
Walau bagaimanapun, keputusan pelakon itu untuk menetap di Filipina telah mencetuskan beberapa persoalan dalam kalangan peminat. Namun, ramai yang percaya bahawa Ben mungkin memilih untuk berehat daripada industri lakonan bagi memenuhi impiannya menjalani kehidupan baru sebagai anak rantau.
Sebelum ini, Ben Amir pernah memuat naik sebuah perkongsian seolah memberi bayangan mahu berhijrah ke tempat lain berdekatan dengan pantai.
Sekadar info, Pulau Siargao terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan indah serta terkenal dengan pantai berpasir putih dan ombak yang menjadi tarikan utama para penggemar sukan luncur air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, jenama aksesori Speculum telah mendapat kritikan oleh peminat dari kumpulan K-Pop terkenal, Seventeen apabila acara ‘fan meeting’ bersama model jenama tersebut iaitu Jeonghan dan The8 tidak seperti yang diharapkan.
Difahamkan jenama Speculum telah mengadakan acara beramah mesra tersebut secara terbuka untuk 50 pelanggan bertuah yang bakal bertemu dengan dua anggota Seventeen itu. Namun, menurut peminat ianya tidak dilaksanakan dengan baik dan Speculum juga telah menghindari segala keluhan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa bagi pelanggan atau peminat yang membeli barangan dari jenama tersebut dari 9-10 September 2024 akan berpeluang memenangi hadiah menarik. Salah seorang dari pemenang menyatakan dia telah menghabiskan lebih kurang 63 juta Korea Won (RM 62,415) kerana dengan pembelian lebih banyak, lebih tinggi peluang untuk menang.
Walau bagaimanapun, semasa acara tersebut berlangsung, kebanyakan dari pemenang meluahkan rasa kesal kerana waktu untuk mengambil gambar bersama kedua idola K-Pop itu kurang memuaskan ditambah pemandangan kabur.
Selain itu, video khas yang sepatutnya ditayangkan istimewa untuk para pemenang juga tidak ditayangkan serta kedua artis tersebut hanya tampil selama 9 minit sahaja.
Dalam pada itu, meskipun acara tersebut seharusnya disertai oleh 50 pemenang sahaja. Speculum juga diduga telah menambah pelanggan dari China ke dalam senarai pemenang, bahkan mengundang para pempengaruh yang menerima lebih banyak waktu daripada para pemenang.
Susulan itu, menurut peminat (Carat), Speculum sebelum ini mengakui kekurangan profesionalisme mereka dalam mengendalikan acara tersebut dan berjanji untuk menebus semula kekurangan itu kepada ganjaran lain tetapi sehingga kini jenama berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenainya kepada pemenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.