Sedar tak sedar, rupa-rupanya banyak filem di negara kita yang pernah mencipta kontroversi dalam industri hiburan.

Kalau dilihat semula sejarah perfileman Malaysia sejak dahulu lagi, terdapat filem-filem yang menjadi bualan hangat orang ramai kerana babak panas dan aksi-aksi yang dikatakan tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Lain pula situasinya hari ini apabila ada juga filem yang diharamkan kerana menyentuh sensitiviti pihak lain dan tak kurang juga isu-isu lain yang dibangkitkan sebelum atau selepas filem-filem ini ditayangkan.

Berikut merupakan antara 5 filem Malaysia yang pernah mencipta kontroversi dalam industri perfileman Malaysia.

1. Lenjan (2008)

5 Filem Kontroversi Di Malaysia

Filem yang dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan ini berkisarkan tentang perogol bersiri dan banyak babak-babak panas dipaparkan dalam filem ini. Sungguh pun begitu, gandingan dua aktor hebat ini berjaya menaikkan filem Lenjan.

2. Perempuan, Isteri dan…. (1993)

5 Filem Kontroversi Di Malaysia

IKLAN

Lakonan mantap Sophea Jane dan Nasir Bilal Khan memang memberi kesan kepada penonton. Isu berkemban menjadi topik hangat satu ketika dahulu. Tak tahu la time ni korang dah lahir ke belum, tapi yang pasti filem ini memang sebuah naskhah yang menarik untuk ditonton.

3. Banglasia

5 Filem Kontroversi Di Malaysia

Filem arahan individu yang sering mencipta kontroversi, Namewee ini menarik perhatian negatif dan tidak baik terhadap negara Malysia kerana membabitkan elemen politik dan menyentuh sensitiviti rakyat kita.

Tajuk filem ini diambil daripada situasi yang berlaku di ibu kota pada hujung minggu dan hari cuti umum yang dipenuhi rakyat asing (Bangladesh).

IKLAN

4. Tanda Putera

5 Filem Kontroversi Di Malaysia

Filem ini dikatakan menyentuh soal sejarah politik kaum Cina dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam konteks negatif.

Ia menjadi lebih teruk apabila laman Facebook filem ini memaparkan gambar ahli parlimen, Lim Kit Siang sedang dibawa oleh sekumpulan pegawai beruniform dengan caption yang mendakwa beliau telah membuang air kecil pada bendera Selangor yang terletak di rumah bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris.

Lim Kit Sianag menafikan dakwaan tersebut dan Suhaimi Baba turut menafikan bahawa Lim Kit Siang adalah individu yang dimaksudkan.

IKLAN

Makanya, filem ini ditunda seketika sebelum dibenarkan ditayangkan setelah disunting dan mendapat lampu hijau dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

5. Dukun

5 Filem Kontroversi Di Malaysia

Terbaru, selepas ‘diperam’ selama 12 tahun, filem Dukun akhirnya menemui penonton di pawagam baru-baru ini. Kutipan yang diperoleh juga dengarnya bukan ‘beshe-beshe’.

Filem ini dikatakan garapan daripada kisah benar dan dianggap sensitif serta mendapat tentangan daripada keluarga tertuduh pada mulanya.

Namun, pihak LPF telah pun menarik balik pengharaman filem ini selepas kandungan filem Dukun bocor di internet.

Tak sia-sia penuh dengan kontroversi, hasilnya memang mantap dan ramai yang puji filem Astro Shaw ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI