
Demi menjayakan watak Omar, seorang ahli politik dan bapa dalam filem seram terbaharu terbitan Astro Shaw berjudul Malam Terlarang, pelakon popular Zul Ariffin sanggup menaikkan berat badan sehingga mencecah 105 kilogram.
Menurut Zul, keputusan tersebut dibuat bagi memberi penampilan yang lebih realistik dan sesuai dengan latar watak yang digambarkan sebagai individu berusia serta sarat dengan tekanan hidup.
Pelakon filem Magik Rompak itu turut mendedahkan bahawa dia tidak mengikuti sebarang pelan diet khusus sepanjang proses tersebut, sebaliknya hanya makan secara berterusan untuk mencapai berat yang diinginkan.
“Saya hanya makan tanpa berhenti. Siang malam saya makan makanan berat. Masa itu berat saya naik dari 96-97 kilogram ke 105 kilogram, dan saya pun terkejut sebab nampak betul-betul ‘bloated’,” jelasnya lagi.
Filem Malam Terlarang arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara, menampilkan barisan pelakon hebat seperti
Sofea Jane, Sasha Abedul, Haneesya Hanee, Normah Damanhuri dan Hasnul Rahmat.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.