Zombieland: Double Tap Penuh Aksi Komedi, Filem Wajib Tonton Kalau Tengah Stres

Share

Kalau korang memang minat dengan filem-filem zombi, kami nak suggest dekat korang filem wajib tonton Zombieland: Double Tap hang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 31 Oktober nanti.

Filem ini merupakan kesinambungan dari filem pertama yang mengisahkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock yang kini perlu melawan zombi yang lebih kuat serta berhadapan dengan pelbagai situasi sepanjang perjalanan mereka untuk menentang zombi.

Walaupun sudah selepas 10 tahun filem pertama Zombieland ditayangkan, namun apa yang boleh kami katakan untuk sekuel kali ini, ianya masih berbisa dan menghiburkan.

Kenapa kami katakan begitu?

Kerana setiap watak di dalam filem ini mempunyai karakter yang boleh buatkan korang gelak dari awal filem hingga keakhirnya. Paling menghiburkan, kami suka dengan watak sampingan Madison yang memainkan karater perempuan bimbo yang comel dalam ekspedisi mereka kali ini.

Ada saja aksi gadis tersebut yang akan buat korang tergelak sakan!

Selain itu, aksi zombi yang lebih ganas kali ini membuatkan korang rasa berdebar bila melihat mereka berhadapan dengan beratus-ratus zombi untuk dimusnahkan.

Untuk korang yang tidak pernah menonton filem pertama Zombieland ini, jangan risau kerana ia tidaklah memerlukan korang untuk faham dari jalan cerita filem 10 tahun lepas, Zombieland: Double Tap masih relevan ditonton walaupun tidak mengikuti prekuel filem ini.

Menampilkan lakonan mantap oleh Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone, Abigail Breslin, filem arahan Ruben Fleischer ini sememangnya berbaloi untuk ditonton dan kami bagi 4.5/5 bintang bagi naskhah kali ini.

Sesuai sangat untuk korang yang nak hilangkan stres daripada penat belajar atau bekerja, Zombieland: Double Tap memang filem paling tepat untuk korang tonton.

Enjoy!

IKLAN