Kalau korang memang minat dengan filem-filem zombi, kami nak suggest dekat korang filem wajib tonton Zombieland: Double Tap hang bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 31 Oktober nanti.
Filem ini merupakan kesinambungan dari filem pertama yang mengisahkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock yang kini perlu melawan zombi yang lebih kuat serta berhadapan dengan pelbagai situasi sepanjang perjalanan mereka untuk menentang zombi.
Walaupun sudah selepas 10 tahun filem pertama Zombieland ditayangkan, namun apa yang boleh kami katakan untuk sekuel kali ini, ianya masih berbisa dan menghiburkan.
Kenapa kami katakan begitu?
Ads
Kerana setiap watak di dalam filem ini mempunyai karakter yang boleh buatkan korang gelak dari awal filem hingga keakhirnya. Paling menghiburkan, kami suka dengan watak sampingan Madison yang memainkan karater perempuan bimbo yang comel dalam ekspedisi mereka kali ini.
Ada saja aksi gadis tersebut yang akan buat korang tergelak sakan!
Selain itu, aksi zombi yang lebih ganas kali ini membuatkan korang rasa berdebar bila melihat mereka berhadapan dengan beratus-ratus zombi untuk dimusnahkan.
Ads
Untuk korang yang tidak pernah menonton filem pertama Zombieland ini, jangan risau kerana ia tidaklah memerlukan korang untuk faham dari jalan cerita filem 10 tahun lepas, Zombieland: Double Tap masih relevan ditonton walaupun tidak mengikuti prekuel filem ini.
Menampilkan lakonan mantap oleh Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone, Abigail Breslin, filem arahan Ruben Fleischer ini sememangnya berbaloi untuk ditonton dan kami bagi 4.5/5 bintang bagi naskhah kali ini.
Sesuai sangat untuk korang yang nak hilangkan stres daripada penat belajar atau bekerja, Zombieland: Double Tap memang filem paling tepat untuk korang tonton.
Enjoy!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat filem Bollywood di kalangan rakyat Malaysia sangat ramai! Tak kira tua atau muda.
Sama ada pelakon Bollywood dan Hollywood, wang menjadi tanda kemasyhuran bahawa kerjaya mereka diangkat sehingga menaikkan populariti mereka. Remaja senaraikan lagi aktres wanita Bollywood dengan kekayaan mereka seperti yang dilaporkan oleh Celebrity Net Worth.
Aishwarya Rai Bachan – US$ 100 Juta (RM417 juta)
FOTO : INSTAGRAM
Bekas ratu cantik, Aishwarya Rai menjadi perhatian baru-baru ini kala menyusuri pentas peragaan L’Oreal Paris Womenswear Spring/Summer 2022 di Minggu Fesyen Paris. Dia meraih bayaran yang tinggi sejak dilantik menjadi duta global jenama itu sedekad lalu.
Sebagai salah seorang selebriti paling popular di India, dia turut dipilih sebagai duta jenama besar lain seperti Lux, Coca Cola, Longiness, Pepsi dan Fuji Films. Bintang berusia 47 tahun ini juga melabur sekitar RM2.7 juta dalam sebuah syarikat penjagaan kesihatan yang berasaskan pemakanan.
2. Priyanka Chopra Jonas – RM292 Juta
FOTO : INSTAGRAM
Menurut Celebrity Net Worth, bintang berusia 39 tahun ini memiliki kekayaan bernilai hampir RM300 juta dengan pendapatan tahunan sebanyak RM42 juta. Kala kerjayanya melonjak di Hollywood, bintang Baywatch ini turut menerima bayaran tinggi daripada jenama seperti Crocs dan Bon V!V Spiked Seltzer. Dia juga dilantik sebagai duta global Bulgari baru-baru ini.
Priyanka yang kini aktif sebagai penerbit filem dan muzikal Broadway juga melabur dalam syarikat teknologi seperti Bumble, memiliki jenama penjagaan rambut sendiri iaitu Anomaly dan bergelar pemilik restoran India, Sona yang terletak di kota New York.
Kareena Kapoor – RM250 Juta
FOTO : INSTAGRAM
Tipu kalau anda langsung tak kenal siapa Kareena Kapoor! Ibu anak dua ini kekal menawan dengan bentuk badan yang menggiurkan. Selepas dua dekad, pelakon berusia 41 tahun ini masih menjadi rebutan para pengarah di Bollywood. Walau perjalanan kerjayanya cukup mengagumkan, kontrak periklanannya tidak kurang hebatnya. Kemasyhurannya begitu gah sehinggakan dia kini menjadi duta kepada 15 jenama.
Dilaporkan, bintang filem Kabhi Khushi Kabhi Gham dan Asoka ini juga melabur wang yang banyak dalam bidang hartanah di sekitar Mumbai dan bakal bergelar penerbit filem seram tidak lama lagi.
Anushka Sharma – RM196 Juta
Menurut DNA India, pelakon dan penerbit ini mengenakan bayaran sebanyak RM8 juta untuk setiap filem yang dibintanginya. Kekayaannya berganda dengan kontrak periklanan jenama terkenal seperti Nivea, Pantene, Elle 18 Cosmetics, Google Pixel dan Vivo.
Pada 2013, Anushka menjadi pengasas bersama syarikat produksi, Clean Stale Filmz di samping abangnya di mana mereka menghasilkan beberapa filem popular seperti NH10, Pari, Bulbbil dan rancangan televisyen yang memenangi anugerah, Paatal Lok.
Deepika Padukone – US$ 40 Juta (RM167 Juta)
Sebelum ini, Deepika mencetuskan persoalan di kalangan peminat Bollywood apabila menarik diri daripada projek bersama sutradara terkenal, Sanjay Leela Bhansali disebabkan isu bayaran. Menurut FilmFare, bintang berusia 35 tahun itu yang merupakan penyokong tegar kesaksamaan gaji mengenakan bayaran sebanyak RM11 juta untuk filemnya yang akan datang di samping Amitabh Bachan.
Pelakon Padmaavat ini juga menandatangani kontrak perjanjian dengan jenama besar seperti Coca-Cola, Nike, L’Oreal Paris, Chopard dan Tissot. Terbaharu, dia mengumumkan kemunculan jenama gaya hidupnya sendiri yang bakal dilancarkan pada 2022.
6. Madhuri Dix Nene – US$ 35 Juta
Madhuri adalah salah seorang selebriti Bollywood yang menerima bayaran termahal sejak era 90an. Lakonan cemerlang dan real, ditambah langkah tariannya yang cukup cermat, anggun dan lembut, apatah senyuman manis walaupun usia sudah mencecah 50-an. Belum lagi pendapatannya dengan menjadi duta produk makanan.
7. Katrina Kaif – US$ 30 Juta
Siapa minat filem bollywood pasti kenal aktres dan model cantik Katrina Kaif ini, aktres inggeris ini menempa namanya dalam industri bollywood pada tahun 2003.
Tubuh yang tinggi, langsing dan tegap Katrina menjadikan beliau sentiasa muncul dalam filem aksi box-office seperti Dhoom 3, Bang Bang, Phantom dan banyak lagi! Katrina memang popular sebagai artis Bollywood yang aktif. Jadi tak hairanlah namanya tersenarai dalam artis India yang menerima bayaran termahal 2021. Kalau tak percaya lihat sahaja senarai filem yang Katrina muncul sebagai heroin, semuanya filem aksi.
8. Shilpa Shetty – US$ 18 Juta
Ingat lagi tak filem Dhaadkan? Alah…jalan cerita yang buat korang tangkap leleh tu. Inilah heroinya Shilpa Shetty yang melakonkan watak si gadis kaya-raya. Sekali tengok wajah Shilpa memang ada aura kekayaan dan bentuk tubuhnya pula memang tip top.
Shilpa semakin serius dalam bidang perniagaan. Pemenang Celebrity Big Brother Inggeris ini memiliki aplikasi fitness, label fesyen sendiri, dan restoran mewah. Pelakon Hungama 2 ini juga dilaporkan menerima bayaran yang mahal sebagai juri Super Dancer.
9. Kajol – US$ 16 Juta
Jelitawan popular Bollywood, Kajol ini sudah pun melawati usia 47 tahun, namun masih aktif berlakon. Kajol juga dilaporkan memiliki sebuah gedung mewah dan mendapat endorsment dari jenama terkenal.
10. Bipasha Basu – US$ 15 Juta
Bipasha Basu adalah selebriti yang menempa nama sebagai model. Hingga kini pelakon filem Alone ini masih aktif di dunia hiburan India. Selain filem, wanita 42 tahun ini juga mempunyai label fesyennya tersendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan penyampai radio popular, Jep Sepahtu menyentuh hati ramai apabila memuat naik satu perkongsian penuh emosi di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-40 baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Jep seakan-akan mengesahkan bahawa dua puteranya, Muhammad Khidir dan Abu Bakr, berdepan dengan gangguan spektrum autisme (ASD).
Meskipun suami kepada pelakon Sari Yanti itu tidak menyatakan secara terperinci mengenai diagnosis anak-anaknya itu, tanda pagar yang disertakan dalam kapsyen seperti #AnakAbah, #AnakSyurga dan #Autisme memberi bayangan jelas tentang situasi yang sedang dihadapinya.
Sekadar info, Jep mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir dan Abu Bakr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Jep Sepahtu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat Malaysia memang dah terbiasa dengan minuman bergula dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, pagi-pagi dah order milo ais dekat mamak.
Betul tak?
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengakibatkan risiko obesity, kencing manis dan seterusnya boleh terkena penyakit jantung. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan agar pengambilan gula dihadkan sekitar 50 gram sehari untuk orang dewasa. 50 gram ini meliputi semua sumber makanan, minuman, kudapan ringan, gula-gula serta ais krim.
Sebenarnya, memang susah nak buang tabiat yang dah jadi kebiasaan kita. Bila singgah kedai runcit, confirm bila keluar tu ada la setin minuman bergula. Tambah pula pada si peminat kafein. Sehari tak kena kopi, boleh sampai hilang mood. Hiks!
Korang tahu tak, minuman kopi tin ni antara yang mempunyai kandungan gula yang amat tinggi. Menurut kajian di pasaran Malaysia, berikut merupakan senarai ranking 3 teratas kopi tin paling banyak gula dan 3 teratas yang paling sedikit kandungan gula.
Paling banyak kandungan gula
1. Ali Café Original
25.7 gram gula = 6.2 sudu teh gula
Ini baru kandungan gula untuk setin. Kalau korang minum dua, tiga tin? Haa, fikirlah sendiri. Hehe..
2. Wonda Kopi Tarik
23 gram gula = 5.8 sudu teh gula
Ini adalah antara yang paling tinggi gula dalam kategori kopi jenama ini.
3. Pearl Coffee
21.5 gram gula = 5.2 sudu teh gula
Biasanya diminum oleh kaum wanita.
Paling sedikit kandungan gula
1. Nescafe Americano
Produk ini tiada gula langsung. Memang tak rasa manis pun. Dikeluarkan sempena World Coffee Day.
2. Nescafe Cold Brew
4.3 gram gula = 1 sudu teh gula
Harganya sedikit mahal, iaitu RM3 ke atas.
3. Wonda Zero Max
5.8 gram gula = 1.5 suduh teh gula
Kategori paling rendah gula untuk jenama Wonda dan harganya lebih mahal sikit berbanding lain.
Senarai ini adalah apa yang ditulis oleh Dr Ahmad Zulfahmi dan dirangkumkan dalam Medical Mythbusters Malaysia, iaitu page yang sentiasa memberi pencerahan atau pandangan tentang masalah kesihatan dan seumpanya.
Dikatakan bahawa Nescafe Americano boleh menjadi pengganti untuk korang yang gila kopi. Tetap pahit tapi tak manis.
Nilai kalori setiap tin juga berbeza. Selain kandungan gula, ada kopi, krimmer, produk tenusu dan pemanis tiruan yang mempunyai nilai kalori.
Apa-apa pun kata doktor, air kosong tetap yang terbaik. Tak ada gula. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!