
MALAM penghargaan The Knights Award tahun ini menyaksikan penganugerahan kepada 36 tokoh dari pelosok dunia termasuk, termasuk Yusof Haslam, Amy Search dan Rosyam Nor. – ISKANDAR ISHAK
GEMERLAPAN malam di Dewan Filharmonik Petronas mencipta sejarah tersendiri buat tiga nama besar dalam industri seni tanah air iaitu Datuk Yusof Haslam, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Amy Search apabila mereka dinobatkan sebagai penerima anugerah tertinggi dalam The Knights Award Musim Keempat: Beyond Borders.
Anugerah berprestij bertaraf antarabangsa ini bukan sekadar penghormatan biasa. Ia adalah simbol kejayaan dan pengiktirafan terhadap legasi luar biasa yang telah dibina oleh tiga legenda ini selama puluhan tahun, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di mata dunia.
Dalam majlis penuh gemilang itu, ketiga-tiga bintang tanah air ini menerima anugerah tertinggi dalam bidang masing-masing:
Lebih membanggakan, penghormatan yang diberikan bukan hanya dari tanah air tetapi turut diiktiraf oleh lebih 122 negara seluruh dunia – bukti nyata bahawa bakat seni Malaysia mampu berdiri sama tinggi di peringkat global.
Antara detik paling menyentuh hati malam itu ialah ucapan penuh emosi oleh Datuk Rosyam Nor yang sudah lebih empat dekad membina kariernya dalam industri seni.
“Saya sudah 41 tahun dalam industri lakonan. Bila diberi penghormatan pada malam ini, saya sangat terharu kerana bukan sahaja diiktiraf di Malaysia, tetapi juga oleh lebih 122 negara. Ini sesuatu yang luar biasa dan benar-benar menyentuh hati saya,” katanya.
Rosyam turut menitipkan pesan penting buat generasi muda yang ingin berjaya dalam dunia seni:
“Setiap penghargaan bukan noktah perjalanan, tetapi satu amanah untuk terus memberikan yang terbaik. Saya harap anak-anak seni baharu tidak mudah goyah, terus belajar, dan jadikan seni sebagai perjuangan, bukan sekadar kemasyhuran.”
Presiden The Knights Award, Dr. Zyro Wong, menyifatkan kejayaan penganjuran tahun ini sebagai bukti kemampuan Malaysia berdiri megah di pentas antarabangsa dan memperkukuh kedudukan negara sebagai pusat inovasi global.
“Kami berbesar hati kerana penganjuran tahun ini menghimpunkan tokoh dari seluruh dunia termasuk Brazil, Kanada dan Mesir. Lebih indah apabila kami dapat berinteraksi dengan pelbagai budaya dan bahasa. Semangat untuk berhubung tanpa batas menjadikan saya bangga sebagai rakyat Malaysia,” ujarnya.
Tahun ini, sebanyak 36 tokoh dan organisasi luar biasa diraikan dalam tiga kategori utama:
Selain tiga ikon tanah air, penerima lain termasuk Saintis Negara Tan Sri Emeritus Prof Datuk Dr. Augustine Ong, penyanyi legenda Amerika Syarikat Peabo Bryson, serta jenama tempatan terkenal seperti Astro AWANI dan Village Park Restaurant.
Dalam kategori Baron, beberapa nama baharu seperti Spacedollah, MUSH-E dan AISZE Global turut diiktiraf kerana membawa inovasi dalam teknologi, pendidikan dan kandungan digital.
The Knights Award bukan sekadar memberi trofi atau sijil. Ia turut membuka pelbagai peluang pasca acara seperti kempen pemasaran global, jaringan profesional berprofil tinggi dan konsultansi eksklusif yang dapat membantu para penerima mengukuhkan kedudukan mereka di pentas dunia.
Kejayaan Yusof Haslam, Rosyam Nor dan Amy Search membuktikan bahawa impian besar boleh menjadi kenyataan dengan kerja keras, kesungguhan dan semangat juang yang tidak pernah padam. Mereka adalah contoh bahawa bakat dari Malaysia mampu bersinar di mata dunia.
Untuk generasi muda hari ini, pengiktirafan ini membawa satu mesej penting:
💫 REMAJA kata: Tiga legenda ini bukan sekadar nama besar dalam industri, tetapi inspirasi hidup tentang bagaimana tekad dan kerja keras boleh mengubah impian menjadi realiti. Kini giliran anda pula untuk mencipta sejarah sendiri melalui semangat The Knights Award.
BACA LAGI : Kajian Buktikan Nama Pendek Cepat Naik Pangkat & Buka Banyak Peluang
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.