Yuna Ukir Sejarah Di Spotify, Jadi Artis Malaysia Pertama Cecah 100 Juta Strim Untuk Beberapa Lagu!

Share

Nama Yuna bukan lagi asing dalam kalangan peminat muzik tempatan mahupun antarabangsa. Penyanyi dan penulis lagu bertaraf global ini terus membanggakan Malaysia apabila mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di platform penstriman digital popular, Spotify.

Menerusi laporan rasmi oleh akaun Carta Pop Malaysia (@cartapop), Yuna kini bergelar artis Malaysia pertama yang memiliki beberapa buah lagu dengan jumlah strim melebihi

100 juta di platform tersebut.

Angka luar biasa itu secara tidak langsung meletakkan Yuna sebagai salah satu figura muzik yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa, sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik global.

Bukan calang-calang, penyanyi yang berpusat di Amerika Syarikat ini sebelum ini pernah berkolaborasi dengan nama-nama besar antarabangsa seperti
Usher, G-Eazy dan Tyler, The Creator.

Lagu-lagu hits seperti Crush dan Lullabies antara yang menjadi kegemaran ramai serta menyumbang kepada kejayaan luar biasa ini.

Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, kejayaan ini menjadikan Yuna sebagai ikon muzik tanah air yang bukan sahaja dihormati, malah turut menjadi inspirasi buat generasi baharu artis Malaysia untuk berani melangkah lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath