Jika bukan disebabkan negara berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh (total lockdown) pada bulan Jun ini, penulis pasti ramai di antara kita yang sudah sakan mencari port makan durian sempena musim durian sekarang.
Musim durian pertengahan tahun 2021 telahpun bermula sejak Mei lalu dan dijangka berakhir pada bulan Ogos kelak.
Biarpun tidak dapat ‘melantak’ durian habis-habisan seperti yang kita selalu lakukan pada tahun-tahun sebelum ini, tidak sah sekiranya kita tidak membeli beberapa biji durian ataupun pek ulas dari pasaraya terdekat untuk dimakan di rumah.
Di sebalik rasa cinta kita terhadap raja buah-buahan ini, kita semua tahu durian mendatangkan masalah nafas berbau yang sukar hilang selepas makan. WALAUPUN kita cuba memberus gigi!
Ya, memberus gigi hanya dapat membersihkan 25 peratus saja kotoran dalam mulut. Selebihnya, ruang dalam mulut lain seperti ruang antara gigi, lidah dan bahagian bawah garis gusi meliputi 75 peratus. Akibatnya, bakteria daripada sisa durian tadi akan berkumpul pada lidah dan bahagian dalam pipi hingga menyebabkan masalah mulut seperti nafas berbau, plak dan masalah gusi.
Fuh, tamat *Dental #101*
Oleh itu, terdapat dua cara yang REMAJA yakin mampu menghilangkan nafas berbau setelah menjamu durian dan ia ternyata berkesan.
Pertama, kita digalakkan minum susu sebelum dan selepas makan bagi mengurangkan bau nafas. Ia diakui berkesan menurut kajian Professor Barringer dari Fakulti Sains Pemakanan dan Teknologi, Ohio State University.
Cara kedua menghilangkan ‘nafas durian’ adalah dengan meneguk Listerine! Ya, kumur saja mulut menggunakan cecair yang pastinya sudah ada di dalam bilik air di rumah korang.
Listerine adalah jenama pengkumur mulut harian yang telah diluluskan oleh Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA ) dan ia boleh menjamin perlindungan mulut dengan membasmi 99.9 peratus kuman di dalam mulut.
Pada masa yang sama, Listerine membantu menguatkan gusi dan gigi serta mengurangkan pembentukan plak. Tak ada masalah untuk korang makan durian atau apa saja makanan lazat lain yang kita ada di Malaysia selepas ini.
Ads
*
Khas sempena musim durian ini, Listerine dan Watsons Malaysia ingin mengajak korang terus menikmati durian, kekalkan nafas segar dan memenangi durian serta Gift Card daripada Watsons.
Wow! Dah lah dapat makan, dapat menang hadiah lagi.
Mudah saja langkahnya:
1. Dapatkan mana-mana produk Listerine seperti edisi buah-buahan terbarunya: Pomelo & Passion Fruit dan Aloe & Cucumber (eksklusif di Watsons). Kumpulkan pembelian ketika tempoh peraduan (25 Mei hingga 30 Jun 2021).
2. Jawab soalan ini: Listerine melindungi mulut anda daripada nafas berbau – (BENAR/SALAH).
3. Hantarkan gambar resit-resit korang kepada talian WhatsApp 017-252 9742 dengan butiran berikut :nama penuh, 4 digit akhir kad pengenalan dan jawapan kepada soalan langkah kedua tadi.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah durian seberat 30 kilogram, 15 kilogram, kad hadiah Watsons dan baucar GrabFood.
Seringkali muncul dalam bingkisan dokumentari, filem Hollywood, bahan bacaan sejarah malah merupakan sebuah tapak warisan UNESCO. Itulah keunikan yang ada pada bangunan bersejarah kebanggaan rakyat Turki; yakni Hagia Sophia.
Jika di Malaysia, para pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk ke tapak bersejarah seperti Dataran Merdeka Kuala Lumpur, bangunan Stadthuys dan kota A’Famosa di Melaka atau ke Bangunan Sultan Abdul Samad juga di Kuala Lumpur. Di Turki pula, Hagia Sophia menjadi pilihan pelancong di sana.
Sayang kan jika sudah ke Turki dan tidak berkunjung ke sini. Apakah di antara perkara unik yang ada pada Hagia Sophia ini sebenarnya?
Ditukar Fungsi Sebagai Masjid
Bulan Julai ini merupakan ulang tahun pertama setelah tapak bersejarah Hagia Sophia bertukar fungsi daripada sebuah muzium kepada masjid oleh Presiden Turki, Recep Taayyip Erdogan. Ini kerana Erdogan mahu orang luar mengunjungi mercu tanda negaranya ini sebagai sebuah masjid.
Disebut sebagai Ayasofya dalam sebutan Turki, pertukaran fungsi Hagia Sophia ini adalah satu kebanggaan buat umat Islam.
Namun Terpalit Kes COVID-19
Lalu, masyarakat Islam di sana tidak melepaskan peluang untuk bersolat di Hagia Sophia pada minggu pertama ia bertukar fungsi. Seramai 350,000 jemaah hadir ketika solat Jumaat pertamanya pada 24 Julai 2020.
Namun akibat kelonggaran SOP dan tiada penjarakan sosial, masjid berkenaan merekodkan 500 kes jangkitan COVID-19 dalam masa sebulan setelah masyarakat dibenarkan solat di dalamnya.
Kucing Terkenal
Seekor kucing bernama Gli pernah menjadi ‘duta’ Hagia Sofia sebelum ia mati pada bulan November tahun lalu akibat usia tua. Mana-mana pengunjung pasti akan cuba mencari kelibat Gli semasa ia masih hidup.
Umpama ‘penjaga’ Hagia Sofia, Gli tidak pernah cuba untuk meninggalkan tapak tersebut dan menganggapnya sebagai rumah. Ia juga tidak takut apabila bertemu orang asing dari serata dunia.
Seperti mana-mana kawasan bersejarah lain, Hagia Sophia juga menawarkan perkhidmatan pemandu pelancong ataupun ‘Tour Guide’ sama ada di atas talian ataupun di sekitar ‘courtyard’ tapak masjid itu. Namun, ia lebih menguntungkan sekiranya pelancong mendapatkan jurupandu yang membawa mereka ke beberapa kawasan perlancongan dan bukan setakat ke Hagia Sophia saja.
Sebagai contoh, dapatkan pakej kumpulan kecil yang akan membawa korang mengunjungi daerah lama Sultanahmet sepanjang hari. Selalunya, pemandu pelancong akan membawa orang ke Hagia Sophia, Istana Topkapi, Basilica Cistern, Hippodrome, Blue Mosque dan ke Grand Bazaar.
Disebabkan Turki berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara benua Asia dan Eropah, tentunya korang boleh menjangkakan pertembungan budaya dan agama di bangunan seikonik Hagia Sophia.
Di ciri-ciri campuran yang boleh dilihat adalah jubin mosaic Kristian daripada era Maharaja Zoe dan Constantine IX, gabungan unik tingkap daripada era Byzantine dan Otoman, nama keempat-empat khalifah Islam, seni dinding mosaic yang menunjukkan imej Maryam dan juga makam kelima-lima sultan era Otoman.
Universiti Utara Malaysia (UUM) terus membanggakan negara apabila empat orang tenaga pengajarnya berjaya berada dalam kelompok 2% saintis terbaik dunia. Pencapaian berprestij ini sekali gus mengangkat nama universiti ke tahap lebih tinggi serta menjadi bukti bahawa Malaysia mampu melahirkan penyelidik bertaraf antarabangsa.
EMPAT PENSYARAH UUM ANTARA 2% SAINTIS TERBAIK DUNIA
Mereka yang menerima pengiktirafan adalah:
Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki (Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business – OYAGSB)
Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi (Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz – TISSA-UUM)
Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah (Pusat Pengajian Teknologi Pengurusan dan Logistik – STML)
Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah (Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan – SBM)
Senarai ini diterbitkan oleh Universiti Stanford, Amerika Syarikat, yang setiap tahun menilai saintis di seluruh dunia berdasarkan impak penerbitan, sitasi dan kualiti kajian penyelidikan. Hanya 2% sahaja daripada jumlah keseluruhan saintis global yang berjaya berada dalam kelompok elit ini.
Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki (kiri) dan Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi (kanan).
Konsistensi & Usaha Berpasukan
Menurut Prof. Ts. Dr. Norazah Mohd Suki, tahun ini merupakan penampilannya yang ketujuh berturut-turut sejak 2019 dalam senarai tersebut. Katanya, kejayaan ini lahir daripada disiplin diri, usaha konsisten serta sokongan daripada universiti, rakan penyelidik, pelajar dan keluarga.
Sementara itu, Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi menekankan kejayaan ini bukan pencapaian individu semata-mata. Ia merupakan hasil usaha berpasukan, kolaborasi bersama penulis bersama serta rakan penyelidik yang sentiasa berganding bahu menerbitkan penyelidikan berkualiti tinggi.
Ts. Dr. Siti Khadijah Hubadillah (kiri) dan Ts. Dr. Khairul Hafezad Abdullah (kanan).
Inspirasi Untuk Generasi Muda
Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti bahawa warga akademik UUM mampu menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia yang memberi impak positif kepada masyarakat, industri dan negara.
Beliau juga berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada penyelidik muda dan generasi baharu untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Semangat Yang Perlu Dicontohi
Bagi remaja, pencapaian empat saintis UUM ini jelas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan adalah kunci kepada kejayaan besar. Bukan sekadar gred atau peperiksaan semata-mata, tetapi kesungguhan mendalami bidang, minat mendalam terhadap penyelidikan serta sokongan persekitaran yang baik mampu membawa seseorang ke tahap global.
Siapa tahu, mungkin dalam beberapa tahun lagi – anak muda Malaysia akan menjadi sebahagian daripada senarai 2% saintis terbaik dunia, meneruskan legasi kejayaan ini!
✨ Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan minat, disiplin dan kerja keras, remaja Malaysia juga mampu mencipta nama di pentas antarabangsa.
Inilah yang dikatakan usaha tanpa mengenal putus asa, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dalam pertandingan Miss Universe Thailand 2020 dari ratusan wanita yang mencuba nasib, Natthapat Pongpraphan hanya berjaya menempatkan dirinya untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dan akur kandas tanpa memenangi sebarang gelaran.
Namun dua bulan kemudian dia berjaya mengukir senyuman di wajah apabila memenangi pertandingan Miss Thailand 2020 sekaligus mengalahkan 29 finalis yang lain. Berusia 27 tahun, dia sebenarnya seorang figura yang tidak asing dalam dunia ratu cantik dan merupakan seorang graduan bidang geo-sains dari Universiti Mahidol.
Berketinggian 172cm, sikap tidak mudah mengalah Natthapat patut dijadikan sebagai contoh dalam apa juga perkara. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada penghujungnya.
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan ratu cantik tertua di negara gajah putih itu. Sebelum ini peserta pemenang pertandingan ini akan dihantar ke pentas Miss Universe sehinggalah lesen pertandingan tersebut di ambil alih oleh organisasi Miss Universe Thailand sejak tahun 2000.
Jika tahun lalu, pemenang Miss Thailand dihantar ke pertandingan Miss International dan bejaya memenangi gelaran juara, namun khabarnya tahun ini Miss Thailand tidak lagi memegang lesen untuk menghantar juara ke pertandingan itu. Kita nantikan dan lihat ke pertandingan antarabangsa manakah Natthapat akan dihantar sebagai wakil negaranya.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.