Dalam kehidupan zaman digital masa kini tidak ada yang mengejutkan jika seseorang itu menjadikan saluran YouTube sebagai salah satu medium untuk mereka membuat amal kebajikan. Salah seorang youtuber yang digelar ‘TokWan Kami’ ini.
‘Tokwan Kami’ ini terkenal dengan moto ‘Kongsi Rezeki’ ini ni bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, pelbagai masakan tempatan yang dikongsikan Tok Wan seperti menu lemang rebus, mi kari, gulai kawah kenduri, kurma ayam, dan bihun sup dalam kuantiti yang banyak berjaya mencuri tumpuan orang ramai.
Ads
Lelaki yang dipanggil ‘Tok Wan’ ini juga memasak dalam kuantiti banyak sebelum disedekahkan kepada orang ramai seperti rumah anak yatim itulah berjaya meraih tontonan mencecah 1.2 juta kali.
Ads
Rata-rata warganet menyamakan Tok Wan dengan youtuber India yang popular iaitu ‘Grandpa Kitchen’ kerana memaparkan video masakan di tempat terbuka. Bahkan konsep yang sama turut mengagihkan makanan yang dimasak kepada orang yang memerlukan.
Ads
Difahamkan, saluran Tokwan Kami sudah berada dalam YouTube sejak 2012 namun dilihat semakin aktif memuat naik video masakan dan resipi sejak penghujung tahun lalu.
Semoga TokWan diberikan kesihatan yang baik agar dapat berkongsi rezeki dengan ramai orang lagi. Tokwan Kami turut berkongsi maklumat seperti akaun bank dan nombor telefon untuk mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang bangga dengan keberanian Will Connolly bertindak memecahkan telur di atas kepala Senator Fraser Anning hingga ia tular di media sosial.
Tindakannya yang diangkat sebagai membela maruah umat Islam ternyata mendapat sanjungan apabila rata-rata merakamkan ucapan terima kasih di atas keberanian tidak terduganya itu. Walau pun semasa kejadian, kepalanya di grip oleh empat bodyguard ekoran ancaman yang berlaku tetapi akhirnya Eggboy ini dilepaskan dan tiada sabitan atas apa-apa pertuduhan terhadapnya.
Terkini, EggBoy yang popular di seluruh dunia ini menulis di twitternya hari ini dan demi Allah, REMAJA merasakan kenyataannya itu semakin membuatkan lebih ramai orang islam berbangga dengan dirinya.
Menurut Will Connolly @WillConnollyAU, merujuk kepada tindakannya memecahkan telur di atas kepala Anning, Inilah saat saya berasa bangga sebagai seorang manusia. Kepada semua, umat Islam bukan pengganas dan keganasan tidak mempunyai agama. Bagi semua yang menganggap umat Islam itu sebagai sebuah komuniti pengganas, mereka mempunyai kepala yang kosong seperti Anning.
Lebih kelakar, Will Connally siap buat tanda pagar #EggBoy #eggAnning. Maknanya dia menerima gelaran dirinya EggBoy, hikz.
Nah sebijik, your mum is green, hikz
Cayalah bro. Walau usia mu muda tapi pemikirannya sangat matang. Ya, Islam bukan agama keganasan dan Islam itu indah.
Al-Fatihah untuk 50 yang mati syahid dalam insiden yang menggemparkan dunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1999, Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi menerusi portal berita Indonesia Kompas.com.
Berita ini disahkan sendiri oleh pengurus Bunga Cintra Lestari (BCL) melalui aplikasi Whatsapp. Ashraf menghembuskan nafas terakhir pagi tadi kerana serangan jantung.
Allahyarham merupakan suami kepada pelakon dan penyanyi popular BCL dan mempunyai seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair daripada hasil perkahwinan mereka.
Takziah Remaja ucapkan kepada keluarga dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut saja tentang Highland Towers, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Macam-macam cerita yang kita dengar sebelum ini. Paling popular mestilah tentang bagaimana ‘keras’nya tempat tersebut.
Tragedi Highland Towers merupakan satu runtuhan blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang kira-kira 26 tahun yang lalu. Seramai 48 mangsa terkorban dan ada juga khabar angin yang mengatakan masih ramai mangsa yang tidak dijumpai. Maka, macam-macamlah kisah misteri yang diceritakan berlaku di tempat kejadian.
Malah, sebuah filem yang berjudul Highland Towers juga turut diterbitkan satu ketika dahulu sempena dengan tragedi yang berlaku.
Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa pembinaan taman rekreasi bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar Ampang. Namun begitu, perancangan ini masih dalam perancangan untuk diperhalusi butirannya.
Pelbagai reaksi positif dan negatif daripada netizen turut dikongsi di media sosial.
Ramai yang masih menganggap bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pembinaan taman rekreasi mahu pun tapak perumahan.
Reaksi positif
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan apakah kesudahan bagi perancangan ini. Sudah pasti pihak yang bertanggungjawab memikirkan baik buruk sebelum membuat apa-apa projek.