
Mukbang bukan satu benda yang asing lagi zaman sekarang ni bila ramai orang berlumba-lumba buat content makan dengan lahap dan nampak begitu menyelerakan.
YouTuber ‘Mukbang’ Hilang Nyawa Akibat Terlebih Makan
Namun, awas ia mampu mambawa maut.
ARTIKEL BERKAITAN : Selepas Mukbang Diharamkan China, Kini Rancangan Realiti TV Pula Dituduh Sesatkan Remaja
Baru-baru ini seorang gadis yang juga merupakan bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang.

Mengikut laporan, Pan Xiaoting, 24, yang menjadikan kerjaya sebagai ‘mukbanger profesional’ sejak tahun 2020 dilaporkan maut di hospital akibat makan berlebihan. Bedah siasat oleh doktor menunjukkan perutnya dipenuhi makanan tidak dihadamkan dengan sempurna dan terdapat kecederaan teruk pada ususnya.
Menurut Oditty Central, Xiaoting menceburkan diri dalam mukbang selepas menonton YouTube yang menampilkan pempengaruh menunjukkan mereka memakan makanan dalam kuantiti yang banyak.
YouTuber ‘Mukbang’ Hilang Nyawa Akibat Terlebih Makan
Malah, hasil penstriman lansung itu mereka berjaya menjana pendapatan yang tinggi hasil aktiviti mukbang tersebut. Jadi, bekas pelayan itu mengambil keputusan berhenti kerja dan telah menyewa sebuah bilik dengan menjadikannya sebagai studio aktivitinya itu.
Pada mulanya, ibu-bapanya tidak bersetuju dengan tindakan diambil anak mereka dan kemudian mereka terpaksa mengakui kehendak Xiaoting itu.
Pada mulanya, pengikut Xiaoting tidak ramai, namun lama kelamaaan dia bertindak menambah jumlah makanan dan cabaran lain semasa penstriman langsung menyebabkan pengikutnya semakin bertambah.

Semasa melakukan mukbang, berat Xiaoting dikatakan mencecah 300 kilogram dan dia pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan dalam perut akibat makan terlampau banyak.
Bagaimanpun, nasibnya kali ini tidak menyebelahinya selepas aktiviti mukbang menyebabkan dia menemui ajal meskpun pernah menerima nasihat oleh pengikutnya yang bimbang mengenai aktiviti mukbang yang semakin popular di YouTube. – Agensi
Moga, kisah gadis mukbang ini memberi pengajaran kepada semua.
BACA LAGI : Cuba 5 Makanan KOREA Popular, Boleh Masak Sendiri Je Di Rumah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai Yang Boleh ‘Relate’ Bila Tengok Trailer Makmum The Movie

Satu lagi filem Indonesia yang bakal menemui korang di pawagam. Belum tahu release date lagi, filem ini sudah mula mendapat perhatian di Indonesia dan Malaysia. Filem yang diadaptasi daripada filem pendek arahan Riza Pahlevi yang mendapat hampir 10 juta tontonan di You Tube. Filem pendek tersebut pernah memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2016.

Trailer yang berdurasi selama 1 minit itu padat dengan elemen seram dan kisah yang ingin disampaikan sesuai dengan tajuk yang diberi. Trailer yang dimulakan dengan pelakon Indonesia Titi Kamal yang ingin menunaikan solat Maghrib terhenti apabila pintu ruangan solat tiba-tiba terbuka. Melihat tiada siapa yang berada di muka pintu, Titi Kamal kembali menunaikan solat Maghrib, dan ketika dia mengangkat takbir, ada suara yang mengikutnya di belakang sedangkan dia hanya sendirian ketika itu.
Trailernya simple je, tapi dah boleh buat penonton meremang bulu roma. Mana tidaknya, ramai antara kita yang pernah melalui kejadian seperti ini ketika menunaikan solat terutamanya tahajjud. Siapa boleh relate?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada Lagi Duit Siling, Semua Parking Di Kuala Lumpur Guna E-Wallet

Hari ini, bermulalah pembayaran parking secara e-wallet bagi caj tempat letak kereta di bahu jalan di seluruh Kuala Lumpur.
Dalam satu kenyataan media, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan orang ramai, kaedah pembayaran menggunakan mesin sudah berakhir semalam dan mulai hari ini orang ramai perlu menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-wallet iaitu EZ Smart Park, Flexiparking, Wilayah Parking atau M-Cash untuk membuat bayaran caj letak kereta di kawasan Kuala Lumpur.
Masa yang sama, DBKL memaklumkan sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan e-wallet Boost dan Touch n Go bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.


Buat masa ini, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan.
Permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada," menurut kenyataan media dikeluarkan semalam.
Justeru, DBKL menggalakkan orang ramai supaya menyesuaikan diri menggunakan kaedah baharu membuat bayaran tempat letak kereta bahu jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Jadi pastikan korang dah ada aplikasi yang dinyatakan itu ya dan bersedia menggunakannya. Jangan abaikan nanti kena saman lagi susah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TMJ Dilantik Sebagai Pemangku Raja, Sultan Johor Ingin Berehat

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja, mulai hari ini. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melantik TMJ dan menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-15.
“Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja bermula hari ini. Saya hendak berehat sekejap mula hari ini,” titah baginda.

Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. TMJ dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.
TMJ juga merupakan individu penting dalam mentransformasikan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim sehingga menjadi pasukan gergasi dalam kancah bola sepak tempatan.
Baru-baru ini beliau mengumumkan untuk meninggalkan pasukan itu kerana mempunyai tanggungjawab lain yang perlu digalas.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian Kelab Bolasepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab,” titah Baginda.
Kini, TMJ memangku jawatan Pemangku Raja yang mana memegang kuasa raja sebagai wakilnya sama ada ketika ketiadaan raja, ketika raja sedang sakit atau raja belum dewasa.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

