Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu telah membeli sebuah vila di kejiranan ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.
Dia dilaporkan telah membeli apartmen mewah itu secara tunai dan mendaftarkan alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.
Ads
Di tengah-tengah laporan rundingan kontrak Jennie dengan YG Entertainment, ahli BLACKPINK itu didapati dilaporkan telah membeli sebuah unit di kompleks vila LaTerrace di UN Village pada Julai lalu.
Pangsapuri seluas 2636 kaki persegi itu dikatakan mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dan Jennie dilaporkan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk tempat itu pada Februari 2021.
Ads
Jirannya termasuk pelakon terkenal Lee Jong Suk, yang didakwa memiliki sebuah apartmen di kompleks yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah hampir sebulan pemergian isteri tercinta, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura masih merasai kehilangan yang mendalam, terutamanya apabila mengenangkan hidangan masakan arwah isterinya.
Dalam sebuah perkongsian di TikTok, Ridzuan tidak dapat menahan rasa rindu terhadap masakan Allahyarham Akiko Okumura.
Bercerita lebih lanjut, Ridzuan menceritakan sikap baik hati arwah yang tetap menguruskan rumah walaupun sudah mengupah pembantu.
“Pembantu rumah pun dia tidak mahu kecuali pada setiap hari Jumaat, itu pun hanya empat jam sahaja. Sebelum pembantu rumah datang pun dia akan pastikan rumah bersih.
“Pembantu cuma mop, sapu, dan lap-lap cermin serta seterika baju. Selebihnya semua arwah yang buat. Mulia sungguh hati arwah.
“Sebelum pembantu datang, dia akan sediakan makan dan minum untuk pembantu,” tuturnya lagi.
Allahyarham Akiko meninggal dunia pada 28 Februari lalu di kediaman mereka di Subang Jaya, Selangor. Ketika itu, punca kematiannya tidak dinyatakan.
Namun, beberapa hari kemudian, polis mengesahkan bahawa Akiko, seorang wanita warga Jepun, telah terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium. Bagaimanapun, siasatan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Ridzuan dan Akiko berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Ridzokumura
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial, Ryan Bakery bergelar bapa selepas isteri, Elyia Ibrahim selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, memilih membuat perkongsian mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ryan Ezra itu, hari ini, melalui hantaran di Instagram (IG).
“Alhamdulillah, isteri saya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah,” tulis Ryan yang turut memuat naik gambar sedang mendukung anaknya.
Ryan dan isterinya, Elyia.
Menerusi hantaran sama, Ryan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan isteri.
“Syukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.
“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat,” luahnya.
Ryan merupakan pempengaruh terkenal yang turut dikenali sebagai ‘budak bedak’.
Pada Ogos tahun lalu, Ryan dan isteri berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung.
Ryan dilaporkan berkata, sebagai persediaan menjadi bapa, dia perlu bekerja lebih keras, selain tidak menolak kemungkinan menampilkan anaknya itu dalam ‘content’ yang akan dihasilkan kelak.
Buat makluman, Ryan dan Elyia telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BH, Instagram Ryan Bakery
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru sahaja berjaya melepasi peringkat pertama Asasi Pentadbiran Perniagaan, KLIEC, London Board Of Examination dan University of Gloucestershire United Kingdom, penyanyi dan pelakon, Dafi kini muncul dengan buah tangan terbaharu pula.
Bulan Ogos ini akan menjadi sebuah pemulaan yang sangat dinantikan Dafi selepas lama memerhati waktu yang tepat untuk keluar daripada ‘pertapaan’.
Mempertaruhkan single terbaru berjudul Hellooo!, anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Ismail Sabri Yaakob ini memilih frasa sapaan sebagai mukadimah untuk menyapa satu sama lain.
Hellooo! mempunyai signifikasi terhadap karya garapan komposer Shazee Ishak dan lirik pula, Altimet apatah lagi lagu ini sudah beberapa tahun dalam simpanan.
“Sudah lama sebenarnya saya tidak tampil dengan single baru, sehinggakan ada yang lupa saya sebenarnya penyanyi. Ini kerana saya lebih memberikan fokus kepada bidang lakonan.
“Memandangkan karya ini sudah lama berada dalam simpanan dan sudah dirakamkan, ini adalah masaterbaik untuk dilancarkan khas untuk halwa telinga semua pihak.
“Beberapa tahun tertangguh, tidak dinafikan ada rasa ralat dalam diri kerana semuanya sudah disiapkan cuma ada hal teknikal yang tidak dapat dielakkan menyebabkan ia disimpan dahulu,” katanya.
Jejaka berusia 36 tahun ini turut menjelaskan hala tuju muziknya kini sudah berubah apabila mempamerkan sisi kematangan terutama dalam menyebarkan aura positif.
“Semakin dewasa dalam bermuzik, saya ingin menyajikan kelainan sewaktu menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan juga aura positif.
“Saya dikenali menerusi lagu Bila Terasa Rindu, namun saya ingin bereksperimentasi dengan muzik sejajar dengan peningkatan usia, sekali gus memberi impak positif kepada kerjaya.
“Single ini begitu istimewa kerana dihasilkan dua figura yang juga merupakan idola saya dalam industri. Karya yang mereka hasilkan sering mencetuskan magis, jadi pertama kali mendengar Hellooo!, saya sudah jatuh cinta,” ujarnya lagi.
Berkongsi lanjut mengenai single terbaharunya itu, Dafi menyifatkan Hellooo! menjadi simbolik kepada kekuatan dirinya yang tidak pernah berputus asa dalam hidup.
Pernah mencipta nama menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima, anak kedua daripada empat bersaudara itu tidak melihat percubaannya dalam bidang seni sebagai pematah semangat sebaliknya meneruskan langkah untuk berjuang.
Terdahulu, pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu menerusi perkongsian di Instagramnya turut memaklumkan selepas ini akan meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pula.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...