Sejak bergelar bapa hampir dua tahun lalu, penyanyi popular Yonnyboii mengakui dia kini lebih banyak bekerja di belakang tabir demi memberi tumpuan kepada anak tercinta.

Ketika ditemui REMAJA pada sesi sidang media Latihan Pestapora di The Campus, Ampang, Yonnyboii berkongsi bagaimana keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada keluarga, terutamanya anak lelakinya yang kini berusia setahun sembilan bulan.

“Selama setahun lebih ini, saya banyak memberikan fokus kepada anak saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Yonnyboii Selamat Bergelar Bapa, Beri Gelaran ‘Baby Kai’ Buat Putera Sulung

Yonnyboii Fokus Jadi Bapa, Kurang ‘Muncul’ Lepas Timang Anak Pertama

“Dan dalam masa empat tahun, saya nak berikan fokus yang lebih kepada anak berbanding karier tapi tak bermakna saya akan tinggalkan kerjaya saya.

“Kalau sekarang dia dah besar sikit, adalah juga sedikit masa untuk saya berkarya. Pada saya buat masa ini saya nak ada lebih banyak masa bersama dengan dia sebab masa depan mungkin saya tak ada banyak masa sangat dengan dia. Orang kata momen beginilah yang kita sebagai ayah akan rindu,” katanya.

Ads

Pelantun lagu Salahku itu turut mengakui bahawa menjadi seorang ayah merupakan pengalaman yang benar-benar baharu baginya, namun tetap menyeronokkan dengan adanya sokongan daripada isteri dan ibu mentuanya.

Yonnyboii Fokus Jadi Bapa, Kurang ‘Muncul’ Lepas Timang Anak Pertama

“Ini satu pengalaman yang baharu buat saya walaupun sibuk semua benda disenangkan.

Ads

“Ianya menyeronokkan dan saya harap dapat tengok anak saya membesar dengan baik.

Walaupun sibuk saya ada isteri dan mak mentua yang banyak membantu saya,” ujarnya.

Apabila ditanya tentang penjagaan anak, Yonnyboii turut berkongsi bahawa dia dan isteri tidak menggunakan khidmat pengasuh memandangkan mereka lebih selesa menjaga anak sendiri.

Ads

“Kalau ada ‘show’ di luar saya akan bawa anak juga sebab saya dan isteri kurang sikit percayakan orang luar. Kami pun memang tak ada pengasuh, semuanya kami lakukan sendiri.

Yonnyboii Fokus Jadi Bapa, Kurang ‘Muncul’ Lepas Timang Anak Pertama

“Sebab banyak sangat isu yang tular macam kes culik, kes pukul dan kes orang yang jaga tak betul. Kalau sibuk macam mana pun, kami akan cuba juga untuk jaga anak sendiri,” jelasnya lagi.

Untuk info, Yonnyboii mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira Narriman pada 20 November 2021 selepas sebulan bertunang. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI