
Berita baik buat peminat kumpulan wanita k-pop popular Blackpink, YG Entertainment telah pun mengesahkan tayangan perdana pertama kumpulan penyanyi itu, “BLACKPINK: The Movie” tidak lama lagi.
Filem tersebut khabarnya dijadualkan akan ditayangkan di pawagam sekitar 100 negara seluruh dunia pada 8 Ogos ini sempena ulang tahun ke-5 Blackpink. Projek yang dinamakan sebagai ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola oleh YG Entertainment dalam meraikan ulang tahun kumpulan wanita popular itu.
‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen, termasuklah ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’, serta rakaman dari konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ dari tahun 2018, dan ‘The Show’ 2021. Pembikinannya juga akan menemui penonton dalam 4DX di pawagam terpilih.

Wah, sudah tentu peminat Blackpink tidak sabar menantikan filem yang bakal menjadi box office ini ditayangkan di Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita menurun supaya kita semua boleh kembali menonton filem di pawagam.
Nantikan update terbaru mengenai BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gunung Pulai Bongkar Misteri Sejarah, Batu “Beranak” Jadi Tarikan Utama

Bagi penggemar alam semulajadi, mahu lakukan aktiviti sihat, hujung minggu ini bersambung dengan cuti sehingga Isnin, boleh try mendaki Gunung Pulai yang terletak di Baling, Kedah.
Apa yang bestnya tentang Gunung Pulai ini berbanding di tempat lain? Di gunung ini mengandungi lebih dari 15 gua boleh diterokai dalam tempoh sehari berjalan.Jika korang sukakan alam semulajadi, kajian yang dilakukan oleh Mineral dan Geosains mengakui batu-batu yang terbentuk dalam gua ini usianya di antara 450 juta-550 juta tahun lamanya. Wow, memang cantik bentuknya! Ada sesetengah batu yang ditemui tidak pernah dilihat ditempat lain tetapi ada di Gunung Pulai ini.



Bukan itu saja, kajian dari Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Dato Dr Haji Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof mengesahkan di lokasi ini terdapat lebih 20 kubur lama berusia ratusan tahun termasuk satu darinya adalah milik seorang Syahbandar (di salah satu kubur ini tertera tulisan tahun 996 yakni semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 11 (1804-1845).
Mengikut sejarah negara, peranan Syahbandar kerjayanya menguruskan pelabuhan suatu ketika dahulu selain menguruskan cukai, menguatkuasakan keluar masuk kapal selain menguruskan gudang suatu masa dahulu.
Baru-baru ini, Persatuan Alam Sekitar Gunung Pulai telah meneroka gunung ini. Menurut seorang darinya, Roshazliza Abdul Razak di gunung ini terdapat birut tinggalan zaman British di lokasi ini.
Beberapa cabang sungai mengalir jernih dalam gua ini. Hidupan seperti ikan tengas, sebarau, udang, kura-kura, cicak tokek, katak bersaiz besar dan pelbagai hidupan lain. Puluhan ribu kelawar akan menyambut “tetamu” yang datang. Bagi yang sukakan “misteri” mengikut cerita penduduk kampung, terdapat seekor ular putih sebesar ular tedung selar tapi ia tidak mematuk. Sebaliknya ular ini akan mati apabila terkena matahari.




Lebih menyeronokkan, batu-batu stalaktik membentuk binatang seperti gajah, kambing, kerusi permaisuri, katil diraja, gong, burung, tempat berucap dan lain-lain lagi akibat penitisan air selama ratusan juta tahun sekaligus menjadikan Gunung Pulai mencipta kisahnya yang berbeda berbanding gunung lain di negara ini.
Tambah Roshazliza lagi, semasa penerokaan gua yang dilakukan bersama dengan Jabatan Warisan Negeri Kedah, mereka turut menemui Titi Besi Syahbandar termasuk sebuah surau tanpa paku yang masih boleh dilihat utuh di lokasi ini. Jarak surau berkenaan dari permukukaan gua hanyalah 10 kaki, terletak berdekatan dengan makam Syahbandar.
“Kami turut menyaksikan sungai-sungai yang amat jernih airnya sekalipun musim kemarau. Boleh nampak kehijauan airnya dengan dipenuhi ikan-ikan yang belum terusik,” kata Roshazliza yang memaklumkan, sungai-sungai ini memiliki kelebaran 7kaki lebar dengan kedalaman 5-6 kaki paras airnya.
“Amat sesuai untuk aktiviti riadah selain boleh berkelah, mandi-manda, menahan pukat, menjala, memancing, menyelam, menembak ikan di waktu malam dan macam-macam lagi. Semua pengalaman adalah sama seperti dilalui oleh orang zaman dahulu,”katanya memaklumkan penduduk berhampiran akan menahan “candik” iaitu sejenis alat menahan ikan yang akan dilakukan pada setiap bulan Disember.




Bukan saja, pendaki dan penerokaan gua akan dapat menyaksikan flora dan fauna lebh dari 250 spesis pokok hiasan dan perubatan.
“Begitu juga kehadiran burung seperti Enggang, Mawas, Tupai, Nandong, Burung Helang dan banyak lagi. Jika cuaca baik, kita akan dapat melihat ke beberapa daerah seperti Keroh, Perak, Kulim, Gunung Gerai Kedah selain Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Jelas Roshazaliza lagi, Gunung Pulai bukan saja indah tetapi cukup bernilai dari sudut artifak dan sejarah ketamadunan negara.
“Kami mengharapkan gunung ini menjadi salah satu lokasi pelancongan dalam dan luar negara. Malah para pengkaji sejarah juga dialu-alukan kerana gunung ini belum diterokai sepenuhnya,” katanya memaklumkan, di luar Gunung Pulai ini ada dijual laksa dan bihun sup oleh penduduk tempatan. Bukan saja rasanya enak tetapi boleh menikmati pemandangan sawah padi dan duduk di tepi sungai yang jernih airnya sambil menikmati hidangan lazat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Naim Daniel Lancar Lagu My All Versi Bahasa Melayu, Lirik Lebih Deep & Menyentuh Jiwa

Penyanyi remaja Naim Daniel sebelum ini pernah berkongsi teaser nyanyian semula lagu ‘berhantu’ My All daripada penyanyi tersohor Mariah Carey dengan lirik bahasa Melayu yang dihasilkannya sendiri.
Pada 1 Mei lalu, Naim telah melancarkan versi penuh lagu yang diberi judul Malam di laman YouTubenya. Lagu tersebut turut menggandingkan penyanyi lelaki, Firdaus Rahmat yang juga merupakan penerbit bagi lagu rakaman semula ini.
Rata-rata pendengar memuji nyanyian semula Naim Daniel dan Firdaus Rahmat dan menyifatkan bahawa liriknya sangat deep menyentuh jiwa.





Sebelum ini, penyanyi popular negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Ning Baizura, Liza Hanim dan juga Siti Sarah turut pernah menyanyikan lagu My All dalam bahasa Melayu di sebuah persembahan pentas kira-kira 15 tahun lalu.
Apa-apa pun kedua-dua versi bahasa Melayu lagu My All ini memang mantap. Masing-masing menyanyikan dengan style mereka tersendiri.
Tak gitu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di Antara Instafamous Malaysia & Artis K-Pop Lelaki, Siapa Lebih Pandai Bermekap?

Grup K-Pop terkenal, EXO-CBX melancarkan MV terbaru, Blooming Day dan mereka bertiga kelihatan – hhm – cantik!
Selebriti Korea Selatan sememangnya terkenal dengan ketelitian mereka dalam penjagaan kulit wajah. Disebabkan itulah, sama ada lelaki atau perempuan di sana kebanyakannya tidak mempunyai masalah kulit wajah yang kritikal seperti jerawat batu dan alergi teruk.
Penulis tak menafikan bahawa selebriti Korea juga pandai untuk menyolek wajah masing-masing. Bukan je selebriti perempuan tau, selebriti lelaki pun ‘kemain’ hebat lagi nak ‘mencantikkan’ wajah masing-masing.
Kadangkala, serius penulis rasakan, kalah Instafamous dan remaja perempuan di Malaysia lagi bila tiba bab bermekap ini!

Tak percaya? Cuba tengok cara kumpulan EXO-CBX ‘cantik’ disolekkan untuk video muzik terbaru bagi single Blooming Dale. Terutamanya pada bahagian mata, mereka memang kelihatan on-fleek !
Smokey Eyes Manja

Chen menggayakan solekan mata minimal. Korang boleh meniru dengan menggunakan sedikit warna coklat untuk waterline bawah mata dan outer corner mata agar mata kelihatan lebih besar daripada normal.
Glossy Eyeshadow

Teknik pembayang mata glossy memang hangat diperkatakan di Minggu Fesyen sedunia. Trend ini dipakai untuk kelopak mata Xiumin. Nampak ringkas tetapi elegan terutamanya untuk dipakai semasa dinner.
Purple Underliner

Di pentas fesyen, solekan mata menggunakan warna ‘rich’ seperti Burgundy dan ungu gelap memang popular di kalangan model. Tapi jangan terkejut bila korang melihat ia juga berkesan pada wajah Baekhyun! Hanya letakkan sedikit di bawah mata untuk memberi sedikit dimensi pada pandangan mata korang.
Mata Lilac

Kalau korang nak go all out dengan warna ungu tetapi takut mata kelihatan seperti baru ditumbuk, pilih warna ungu cair atau lilac seperti solekan mata Xiumin ini. Sapukannya pada upper dan lower lids, mesti korang akan kelihatan lebih manis bak jejaka Korea.
Eh, macam pernah dengar je!
Yellow Eyeshadow

Oleh sebab warna kulit kita memang seakan sama dengan warna kulit selebriti lelaki K-Pop yang lebih ‘tanned’, why not korang tiru solekan pembayang mata kuning dan ber-glitter seperti Xiumin ini.
Lebih-lebih lagi jika korang memakai contact lens berwarna hazel cerah, memang korang akan nampak ‘sebijik’ macam selebriti Korea.
* * * * *
So, siapa yang lebih ‘cantik’ – Instafamous Malaysia ataupun EXO CBX?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

