YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menutup musim GT World Challenge Asia 2025 dengan penuh bergaya apabila baginda berjaya muncul naib juara keseluruhan kategori Pro-Am pada pusingan akhir yang berlangsung di Beijing, China.

Aksi Cemerlang Di Beijing

Dua jentera Johor Motorsports Racing (JMR), iaitu Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, menghadiahkan podium berganda buat pasukan di litar baharu Beijing Street. Dalam aksi penuh mendebarkan itu, Tunku Abdul Rahman bergandingan dengan Ben Green menamatkan perlumbaan akhir di tempat kedua, sekaligus mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Pro-Am dan ketiga keseluruhan GT World Challenge Asia 2025.

YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing
Kredit foto: JMR
YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing
Kredit foto: JMR

Pasangan satu lagi, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Alexander Sims, menamatkan saingan di tempat kelima, memastikan JMR terus unggul sebagai antara pasukan paling konsisten sepanjang musim.

Prestasi Konsisten

Menurut JMR dalam satu kenyataan rasmi, dua jentera Corvette Z06 GT3.R mempamerkan prestasi yang sangat konsisten sepanjang hujung minggu perlumbaan di Beijing. Dalam perlumbaan pembukaan, Alexander Sims bersama Tunku Abu Bakar yang memandu Corvette #66 menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Tunku Abdul Rahman dan Green menamatkan di kedudukan keenam selepas menerima penalti hentian pit.

Ads

Perlumbaan akhir diwarnai dengan kehadiran kereta keselamatan yang mengawal sebahagian besar aksi. Walaupun begitu, Ben Green dan Tunku Abdul Rahman berjaya menoktahkan saingan di tempat kedua, sekali gus mengesahkan gelaran naib juara Pro-Am dan tempat ketiga keseluruhan musim. Sementara itu, Sims dan Tunku Abu Bakar menutup perlumbaan dengan kedudukan kelima.

YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing
Kredit foto: JMR
YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing
Kredit foto: JMR

Reaksi Tunku Abdul Rahman & JMR

“Perasaan saya bercampur baur ketika ini. Saya memang ingin menang, kami mempunyai peluang dan begitu hampir, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana sebahagian besar perlumbaan berada di bawah kawalan kereta keselamatan. Namun begitu, saya amat bersyukur dengan pasukan,” ujar Tunku Abdul Rahman selepas perlumbaan.

Ads

“Ini merupakan tahun pertama kami dengan Corvette dan pasukan melakukan tugas yang cemerlang. Satu penghormatan dapat bekerjasama dengan mereka. Hari ini bukan hari kami, tetapi kami telah menunjukkan kemampuan sebenar dan itu patut dibanggakan,” jelas baginda.

Ads
YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing
Kredit foto: JMR
YAM Tunku Abdul Rahman Cemerlang Naib Juara Pro-Am GT World Challenge Asia 2025 Di Beijing
Kredit foto: JMR

Tunku Abu Bakar turut berkongsi pandangan beliau mengenai prestasi pasukan pada musim ini. “Tahun 2025 merupakan musim yang mencabar buat diri saya. Bagaimanapun, saya tetap gembira dapat menamatkan perlumbaan dengan baik dan meraih beberapa podium dalam perlumbaan terakhir. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan saya menantikan musim akan datang,” katanya.

Asian Le Mans

Dengan tirai musim GT World Challenge Asia 2025 dilabuhkan, tumpuan Johor Motorsports Racing kini beralih kepada siri Asian Le Mans yang dijadual membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang pada 13 hingga 14 Disember ini. Pasukan dijangka menurunkan barisan pelumba dan jentera baharu bagi meneruskan momentum cemerlang mereka di pentas perlumbaan Asia.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads