Bukan mudah untuk menonjolkan diri berdasarkan bakat, rupa, personaliti dan kepandaian di atas pentas – kesemuanya pada waktu yang sama.
Namun, wakil Malaysia ke pertandingan Mister Tourism World 2019 iaitu Danial Hansen telah membuktikan tiada yang mustahil setelah dia mengenepikan saingan 18 buah negara.
Danial yang mempunyai darah campuran Melayu, Belanda dan berasal dari negeri Sabah ini terlebih dahulu telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia 2019 dan sekaligus melayakkan diri sebagai wakil negara.
Di pentas Mister Tourism World semalam, lelaki berusia 24 tahun itu perlu melalui pusingan kostum nasional, pakaian mandi, pakaian formal serta sesi soal jawab.
Ads
Pada kemuncak acara, Danial bukan saja pulang dengan gelaran Mister Tourism World 2019 tetapi juga memenangi beberapa kategori lain.
Ads
Antaranya termasuklah Best Physique, Charmingly Cultured Award dan World Choice Award yang merupakan kategori undian peminat sedunia.
Ads
Danial yang kini aktif sebagai penggiat fitness juga berkongsi minatnya untuk menyertai industri seni lakonan apabila tiba masa yang sesuai.
Ikuti temubual REMAJA bersama Danial Hansen sebelum dirinya berlepas ke Malta untuk bertanding.
Jika kamu peminat tegar Wanna One, pasti kamu tahu bahawa kumpulan yang lahir dari program realiti nyanyian itu telah berpecah sejurus selepas kontrak sementara mereka tamat pada awal tahun 2019 lalu. Grup lelaki yang terdiri daripada 12 orang ini, menjadi fenomena dalam industri kpop sebaris dengan EXO, Seventeen, BTS, yang mempunyai fandom yang luar biasa.
Salah seorang ahli Wanna One yang mempunyai perwatakan yang lucu Ong Seong Wu meraih perhatian Wannables (fandom Wanna One) saat pihak agensi mengumumkan bahawa Ong Seong Wu akan bergerak solo. Nak tahu juga, sifat Ong Seung Wu ni macam mana kan? Ini fakta menarik jejaka berwajah kacak yang bernama Ong Seong Wu.
01
Trainee di Fantagio selama 8 bulan
Seong Wu sebenarnya trainee di bawah agensi Fantagio selama 8 bulan sebelum menyertai pertandingan Producer 101 musim ke-2. Fantagio telah banyak melahirkan pelakon-pelakon bertaraf A di Korea Selatan, antaranya Goong Hyo Jin, Gong Yoo, Jung II Woo, Astro Cha Eun-woo dan ramai lagi.
02
Seorang yang kelakar
Hampir ke semua ahli Wanna One mempunyai bakat dalam berjenaka, namun Ong Seong Wu antara yang mendapat perhatian peminat-peminatnya. Lihat saja lagaknya ketika menghadiri program tv, pasti tak kering gusi. Sila kawal tawa kamu bila tonton video bawah ini. Hiks
03
Mempunyai nama keluarga yang unik!
Nama keluarga Ong menjadi tanda tanya kepada masyarakat Korea, kerana ia unik. Tak ada keluarga yang mempunyai nama Ong melainkan keluarga Seong Wu. Ini turut diakui oleh dirinya sendiri. Sebab itulah, setiap kali dia memperkenalkan diri, dia akan berjenaka mengenai namanya. Comel kan?
04
Pernah bekerja sebagai barista sebelum Wanna One
Sebelum jejaka kacak ini menjadi selebriti, dia pernah bekerja sebagai barista di kafe, dan model sambilan. Seong Wu yang berusia 24 tahun ini melalui hari-hari mencabar untuk bergelar anak seni.
05
Tempat ke-5 dalam program Produce 101
Pada musim ke 2 rancangan Produce 101, rancangan tersebut memilih pelatih lelaki daripada setiap agensi yang mengeluarkan Idol(grup kpop), mereka harus melalui sesi ujibakat terlebih dahulu untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sejurus selepas Ong Seong Wu masuk ke dalam ruang ujibakat, juri sudah terpesona dengan kekacakkan Seong Wu dan hasil daripada nyanyian dan bakat yang ditonjolkan, Seong Wu dapat melayakkan diri ke final sekaligus memenangi tempat ke-5 dengan jumlah undian 984,756.
Ini yang buatkan REMAJA tak sabar nak pergi ke fan meeting pertama Ong Seong Wu yang akan diadakan di Axiata Arena Kuala Lumpur, Sabtu 23 Mac ini. Ini merupakan pertemuan julung kali dalam acara jelajah bertemu peminat yang dianjurkan Hatchery yang bermula di Bangkok, Malaysia dan diakhiri dengan Singapura.
Tiket telah pun mula dijual pada 16 Februari lalu dengan harga RM580, RM480, RM380 dan RM280.
Untuk tempahan tiket boleh layari https://airasiaredtix.com/ atau maklumat lanjut di Facebook @hatcheryth, Twitter @Hatchery_th atau Instragram @hatchery_th
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi popular era 80-an dan 90-an, Rohana Jalil telah disahkan meninggal dunia pada jam 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia.
Menurut Astro Awani, berita tersebut disahkan sendiri oleh rakan rapat allahyarhamah, Haiza.
Sebelum ini, bekas juara Bintang RTM 1980 itu dikatakan dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat berlakunya kebocoran usus.
Akibat komplikasi tersebut dia diletakkan dibawah pemantauan bagi membolehkan pihak hospital memberi lebih perhatian kepadanya.
Dilahirkan pada 18 Februari 1955, Rohana atau nama sebenarnya Dara binti Abdul Jalil popular dengan lalu-lagu seperti Rayuanku, Cinta Yang Terbiar dan Naluri Cinta.
Berkahwin dengan Jahanghir Khan pada tahun 1984, allahyarhamah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Salah seorang anaknya adalah pelakon dan penyanyi, Kila Fairy.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat tegar animasi Sonic, selepas lebih kurang dua tahun siri ini sekali lagi bakal menemui semula peminat di layar perak. Sonic The Hedgehog 2 akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 21 April 2022.
Sonic kembali lagi bagi pengembaraan seterusnya. Selepas menetap di Green Hills, Sonic tidak sabar untuk membuktikan bahawa dia mempunyai kelebihan menjadi wira sejati. Dalam siri kali ini juga menyaksikan kehadiran Dr. Robotnik bersama sekutu baharunya, Knuckles untuk mencari zamrud yang mempunyai kuasa memusnahkan dunia. Sonic bekerjasama dengan Tails dan memulakan perjalanan mereka menjelajah dunia untuk mencari zamrud sebelum jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab.
Jika dalam filem sebelumnya kita berkenalan dengan watak Tom dan Sonic, kali ini penonton akan melihat konflik yang dialami Sonic sendiri. Bermula daripada saat ditinggalkan Tom dan Maddie sehinggalah perkenalan dengan karakter baru.
Durasinya yang tidak terlalu panjang juga membuatkan penceritaan tidak meleret dan mampu membuatkan penonton bertahan sehingga ke akhirnya tanpa ada rasa bosan. Watak villain yang dibawa oleh Jim Carey juga sangat memuaskan dan kali ini Dr Robotnik tampil lebih kejam penuh dengan aksi yang bakal membuatkan penonton ‘kepanasan’, lebih-lebih lagi melihat pertempuran antara Sonic dan Knuckles yang berada di pihak Eggman.
Sonic the Hedgehog 2 akan menyaksikan kepulangan sebilangan besar pelakon utama filem asal termasuklah Ben Schwartz sebagai suara Sonic, James Marsden sebagai Tom Wachowski, Tika Sumpter sebagai Maddie Wachowski dan Jim Carrey sebagai saingan Sonic, Doctor Robotnik/Eggman bersama Adam Pally dan Natasha Rothwell.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!