Wow! Taman Tema Pertama Columbia Pictures Bakal Dibuka Di Negara Jiran

Share

 

Setelah Resorts World Genting (RWG) mengumumkan pembukaan taman tema di Genting Skyworlds sekitar pertengahan atau suku ketiga tahun 2021, kini sebuah lagi taman tema penuh menarik telah diumumkan bakal dibuka di..

THAILAND

Bertempat di sebuah pekan persisiran pantai bernama Bangsaray iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari Pattaya dan 1 jam setengah dari Bangkok, Sony Pictures Entertainment dan Amazon Falls hari ini mengumumkan perancangan mereka untuk membuka sebuah taman tema dan taman air bernama Columbia Pictures Aquaverse (Aquaverse) di Thailand.

ARTIKEL BERKAITANAkhirnya, Genting Skyworlds Bakal Dibuka Pertengahan Tahun 2021 – REMAJA

Lokasi percutian Bangsaray di Thailand.

Taman tema berkeluasan 14 ekar itu juga merupakan taman tema pertama yang dihasilkan oleh Columbia Pictures serta Sony Pictures di dunia.

Menurut kenyataan rasmi yang diterima REMAJA, Aquaverse dijangka akan siap sepenuhnya dan dijadualkan dibuka bermula bulan Oktober, tahun ini.

Ia menampilkan pelbagai tarikan bertemakan filem dan animasi Hollywood yang pernah ditayangkan oleh Columbia Pictures sendiri. Itulah yang membuatkan ramai tidak sabar untuk menantikannya.

Antara filem popular yang bakal mempunyai rides sendiri termasuklah Men In Black, Ghostbusters, Jumanji, Hotel Transylvania, Bad Boys, Cloudy with a Chance of Meatballs dan banyak lagi.

Bukan saja ia sesuai untuk mencabar keberanian korang, ada juga permainan lain serta persembahan ‘live’ yang bersesuaian untuk setiap peringkat umur.

Men In Black Thrill Rides umpamanya merupakan ride paling mencabar di Aquaverse. Ia merupakan water coaster setinggi 12 meter yang akan membuatkan setiap pengunjung menjerit ketakutan semasa mengalami free fall ride tersebut.

Manakala Jumanji Jungle Adventure pula merupakan water slide bertemakan hutan liar di mana pengunjung akan menemui Jaguar Mountain dan dikejar oleh Mandrills sebelum ‘terjatuh’ ke kolam Jumanji.

Selain rides yang ada, pengunjung juga pasti tidak ingin melepaskan peluang menetap di hotel yang disediakan, makan di sana dan merakamkan sebanyak mungkin momen menarik bersama keluarga dan rakan.

Menurut pihak Sony Pictures Entertainment yang diwakili oleh Jeffrey Godsick, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan Liakat Dhanji dan Amazon Falls.

Kesemua ini dihasilkan daripada visi menjadikan Thailand sebagai satu destinasi berhibur. Ia juga adalah langkah Sony Pictures untuk membesarkan lagi pengaruh hiburan filem dan siri televisyen yang pernah dan yang akan mereka hasilkan.

Tak sabarnya nak melihat gambaran pertama taman tema Aquaverse ini!

IKLAN