Dalam satu hantaran di Facebook rasmi baginda menyatakan artis wanita yang menjadi ikutan ramai di peringkat global, menghadap Sultan Ibrahim sebagai sebahagian daripada programnya sempena Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.
Urusan menghadap baginda itu dimudah cara oleh pengurus antarabangsa beliau, Jersey Chong, seorang anak Johor yang mahu memperkenalkan artis itu kepada bakal Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
“Sebagai Anak Johor, saya rasa amat bangga Sultan saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kami menulis surat secara rasmi untuk memohon sama ada Bingbing boleh menghadap baginda.
Ads
Kami rasa teruja apabila menerima jawapan daripada Tuanku Sultan yang berkenan menerima menghadap Bingbing,” kata Chong kepada Royal Press Office di sini, menurut hantaran di Facebook itu.
Bintang filem itu ditemani ibunya, Zhang Chuanmei, seorang usahawan, menurut hantaran itu.
Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut dalam Weibo ( platform media sosial di China mirip X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.
Daya tarikan pecah panggungnya melangkaui filem China, dan pernah membintangi filem adiwira Hollywood – “X-Men: Days of Future Past”, selain daripada filem Perancis dan Korea.
Sebagai seorang daripada artis wanita dunia yang mendapat bayaran tertinggi, Bingbing juga mengusahakan agensi pengurusan artisnya sendiri, sebuah syarikat pengeluar filem dan Fan Beauty – satu jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang mendapat kejayaan besar di China.
Ads
Beliau juga menghiasai iklan Adidas, Louis Vuitton dan Moet, selain daripada produk gincu bibir hingga ke berlian.
Pada 2017, majalah Time memilih beliau untuk menghiasi kulit majalah itu. Beliau juga dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh Global, menjadikan Bingbing sebagai satu-satunya artis wanita Asia yang terpilih.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO/ARTIKEL: Berita Harian & Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru malam ketiga kita menyambut kedatangan Ramadan, tapi korang sudah boleh membuat perancangan untuk Raya tahun ini.
Bagi yang ada bajet lebih sikit dan berkira-kira untuk menukar atau membeli kereta sempena Raya tahun ini, Proton ada berita baik untuk korang.
Bagi setiap model kereta Proton yang terjual dan didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei ini, pelanggan akan menerima baucar servis yang sama nilainya dengan perbezaan harga kereta semasa dan harga kereta baharu selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.
Nak pilih Proton Saga ke Iriz, eh!
Proton Holdings Bhd berkata, ia bagi memastikan pelanggan mereka mendapat manfaat daripada perubahan tersebut.
“Proton menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
“Walaupun GST berkadar sifar hanya akan berkuat kuasa bermula 1 Jun ini, kami ingin memberi ganjaran kepada pelanggan kami serta-merta sebagai penghargaan atas sokongan mereka,” jelas Proton semalam.
So, model kereta Proton mana yang paling onz?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara ini selalunya menjadi dilema kepada ibu bapa yang mempunyai anak meningkat remaja. Walaupun fasa memberontak dalam kalangan remaja adalah normal, namun tindakan ibu bapanya seorang remaja perempuan dari China ini agak pelik dan keterlaluan.
Remaja tersebut hanya dibekalkan dengan biskut dan air sepanjang berada di pulau terbiar sejauh 2400km itu. Tujuan ibu bapa tersebut ialah untuk ‘ajar’ anak mereka menjalani ‘latihan mental dalam keadaan yang melampau’ kerana kuat ‘memberontak’.
Nasib gadis berusia 13 tahun itu baik kerana terjumpa seorang nelayan yang melalui kawasan tersebut dan meminta tolong setelah dua hari mengalami pelbagai halangan di pulau berkenaan.
Nelayan berkenaan menghubungi pihak polis dan remaja tersebut memberitahu mereka bahawa dia tidak boleh tahan lagi dan mahu pulang.
“Ibu bapa saya paksa saya bertahan di pulau terbiar. Saya hanya ada biskut dan air. Saya tidak boleh menghidupkan api. Tolong bawa saya ke darat.”
Pihak polis kemudian mengarahkan ibu bapa remaja berkenaan untuk membawanya pulang ke rumah. Ibu bapanya menjelaskan kepada media bahawa anak gadis mereka mempunyai ‘masalah psikologi’ dan berhenti sekolah pada September 2020.
Mereka mengambil keputusan untuk mengajarnya erti kesusahan dan kesukaran dalam hidup.
Baru sahaja bergelar juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 di Axiata Arena semalam, sebuah kemalangan dilaporkan melibatkan pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga pegawai sukan dari Persatuan Badminton Jepun (Jepun BA) dan Perseketuan Badminton Dunia (BWF).
Menurut Astro Awani, seorang pemandu van maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan lori di Lebuhraya Maju Expressway (MEX).
Kejadian berlaku kira-kira 4.40 pagi, van yang dipandu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.
Pemandu van yang dilaporkan tersepit itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala keempat-empat penumpang lain cedera ringan.
Selain Momota, antara mangsa lain yang berada dalam van tersebut adalah Pegawai Teknikal BWF, Pembantu Jurulatih Japan BA dan Pegawai Fisioterapi Japan BA.
Takziah kami ucapkan kepada mangsa dan semoga empat penumpang yang tercedera itu dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan kembali pulih seperti biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.