Baru-baru ini, khabar duka sekali lagi menyelubungi dunia hiburan Korea Selatan apabila The Joongang melaporkan bahawa penyanyi solo sensasi, Wheesung atau nama sebenarnya Choi Wheesung telah ditemui meninggal dunia pada usia 43 tahun di kediamannya pada 10 Mac, semalam sekitar 6.29 petang.
Menurut satu kenyataan media, pihak berkuasa segera mengambil tindakan selepas menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarga beliau.
Buat masa ini, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian, namun pihak berkuasa percaya Wheesung sudah menghembuskan nafas terakhir agak lama sebelum beliau ditemui.
Ads
Dalam pada itu, agensi pengurusan pelantun yang popular menerusi lagu Insomnia itu, Ostrich Entertainment turut mengesahkan berita sedih ini melalui suatu kenyataan rasmi.
“Kami dengan berat hati ingin menyampaikan berita yang sangat menyedihkan ini. Pada 10 Mac, artis kami Wheesung telah meninggalkan kita semua. Beliau ditemui di kediamannya dalam keadaan jantung terhenti dan disahkan meninggal dunia”
“Semua artis dan staf di syarikat kami turut bersedih bersama keluarga yang ditinggalkan,” kata Ostrich Entertainment.
Ads
Mendiang Wheesung yang sebelum ini pernah bersuara mengenai keadaan kesihatan mental beliau.
“Kami juga ingin memohon agar tiada sebarang spekulasi atau penyebaran khabar angin demi menghormati keluarganya yang sedang berduka. Mohon doakan agar arwah dapat beristirahat dengan tenang,” jelas kenyataan itu lagi.
Ads
Terdahulu, Wheesung dijadualkan bakal mengadakan konsert bersama penyanyi KCM pada 15 Mac ini. Namun seribu kali sayang, pemergiannya yang mengejutkan ini telah meninggalkan kesedihan mendalam di kalangan peminat dan industri muzik Korea.
Kami di Remaja mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan semua peminat Wheesung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro Originals memperkukuh kedudukannya dalam penerbitan naskhah premium dengan memperkenalkan drama terbaharu berjudul Honey Trap yang merupakan kesinambungan kepada drama hit, Kudeta.
Nina KSC Anggap Honey Trap Beri Cabaran Besar
Bagi pelakon utama drama, Honey Trap iaitu Nina KSC mengakui dia berdepan cabaran besar dalam menjayakan karakter seorang ejen risikan wanita.
“Cabaran terbesar saya adalah untuk bertutur dengan lebih lancar dalam Bahasa Melayu kerana saya sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan di China.
“Oleh itu, saya bersyukur dan ingin memberi penghargaan buat semua kru, produksi dan pengarah drama ini yang sangat membantu saya untuk membawa watak Surya. Kami ada sesi latihan bersama pelakon hebat, Susan Lancaster sebelum masuk ke set sebenar,” katanya.
Sementara itu, pelakon Syarul Ezani pula membawakan watak individu tanpa kerakyatan yang menyertai dunia perisikan selepas melalui pengalaman hidup yang mencabar.
“Watak saya dalam drama Honey Trap ialah seorang individu tanpa kerakyatan yang tinggal di sebuah perkampungan, sama seperti ibunya.
“Namun dalam perjalanan, dia akhirnya menjadi aset kepada sebuah organisasi ejen perisikan dan dari situlah, segalanya menjadi huru-hara dan jauh lebih berbahaya dan sesuatu yang bakal menanti para penonton. Jadi, jangan lupa saksikan Honey Trap,” katanya.
Selain itu, menurut Penerbit Eksekutif Honey Trap merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Honey Trapmembawakan perspektif baharu dalam genre perisikan tempatan yang diterajui oleh wanita.
“Honey Trap adalah kesinambungan kepada drama premium Kudeta dan naskhah ini membawa nafas baharu dalam dunia penceritaan perisikan tempatan, lebih-lebih lagi ia mengangkat tema pandangan feminin sebagai nadi utama penceritaan.
“Jika Kudeta memfokuskan kuasa dan politik secara besar-besaran, Honey Trap pula lebih bersifat peribadi dan mendalami sisi psikologi dan isu sosial seperti kesihatan mental di tempat kerja, ketidakseimbangan kuasa dalam organisasi dan manipulasi yang sering tersembunyi di sebalik struktur pihak berkuasa.
“Elemen-elemen ini jarang diketengahkan dalam genre sebegini. Kami percaya, ini akan memberikan pengalaman tontonan yang segar, berani dan relevan – bukan sahaja kepada peminat drama thriller tetapi juga untuk penonton yang mahukan cerita yang menyentuh jiwa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penjenamaan dan Pengedaran Filem Astro Shaw, Norsalvina Alwee turut berkongsi bahawa Honey Trap memperkenalkan elemen perisikan yang lebih kompleks dan penuh konspirasi berbanding drama terdahulu.
“Drama ini berkisarkan spy wanita dalam dunia politik yang dipenuhi elemen permainan dan perebutan kuasa politik.
“Honey Trap juga lanjutan daripada drama Kudeta, jadi kita suntikkan elemen perisikan yang lebih kompleks penuh konspirasi seperti yang ditunjukkan menerusi iklan acah,” jelasnya.
Penulis skrip Honey Trap, Imran Sheik pula berkata, pendekatan unik diambil dalam membina karakter utama drama ini, Surya Gabriel lakonan Nina KSC.
“Surya Gabriel sebagai seorang spy akan cuba mencari apa yang disukai oleh subjek sasarannya. Seperti kita dapat lihat dia mengenakan set kebaya kerana lelaki itu suka melihat wanita berkebaya.
“Kalau subjek lain suka wanita memakai jaket kulit, dia akan pakai itu pula. Untuk menampilkan jalan cerita yang lebih fresh, kita menonjolkan Surya ini berkebaya ketika pergi ke Jazz Club. Jadi watak Surya ini akan adapt dengan subjek yang dirisiknya,” katanya.
Honey Trap dijangka menjadi antara drama yang membuka dimensi baharu dalam penceritaan perisikan tempatan dengan menampilkan kombinasi psikologi dan kuasa dalam suasana penuh teka-teki serta emosi.
Selain Nina KSC dan Syarul Ezani, ia juga dibintangi oleh Ungku Ismail, Irfan Zaini, Ayez Shaukat Fonseka, Michael Chen, Chazzy Nash, Amyza Aznan, Eugene Ong, May June, Dai Fuad, Sefik Khair serta penampilan daripada watak-watak daripada siri Kudeta.
Drama terbitan Astro Shaw ini bakal menemui penonton bermula 20 Jun 2025 di platform On Demand dan sooka bermula 12 tengah malam setiap Jumaat, serta Astro CITRA (saluran 108) pada hari yang sama, Jumaat jam 9.00 malam dan Astro RIA (saluran 104) setiap Isnin jam 9.00 malam.
Istimewanya, penonton turut dapat strim dua episod pertama di platform On Demand pada 20 Jun nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun ramai yang selalu mempersendakan golongan pelawak terutamanya pelawak perempuan, dalam diam sebenarnya mereka lebih berjaya daripada kita semua! Tak percaya, cubalah lihat kehebatan dan kejayaan Jihan Muse, Sherry Al-Hadad dan Sarimah Ibrahim.
Walaupun mengacarakan program berlainan jenis, mereka pandai memikat hati penonton dengan lawak spontan.
Terbaru, gadis Jepun berusia 21 tahun, Yuumi Kato yang pernah muncul dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim kedua telah dinobatkan sebagai Miss Universe Japan 2018 di Tokyo, semalam.
Yuumi yang juga merupakan seorang pelakon dan model berketinggian 173sm itu mengalahkan 35 peserta lain.
Yuumi pernah bermastautin di Malaysia bersama keluarganya selama 11 tahun sejak berusia lima tahun. Bukan saja di fasih berbahasa Malaysia, malah dia juga boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Cina dan obviously, bahasa Jepun.
Dalam sitkom JKK tersebut, Yuumi telah memegang watak Mikan Nakamura, iaitu seorang gadis Jepun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah di jepun. Mikan mempunyai impian untuk membuka kedai sendiri untuk menjual produk keluaran Jepun dan berjaya dalam hidup.
Well, mungkin dia belum lagi memiliki kedai sendiri namun tentunya dia telah berjaya sebagai Miss Universe Japan. Pelakon lain yang juga tampil dalam sitkom tersebut ialah Ebby Yus, Ropi, Jep Sepahtu, Issey dan Sari Yanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila imej berambut kerinting yang dimuat naik di laman Instagram mendapat pujian ramai. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin yang juga kini sudah bergelar pelakon nampaknya tampil berbeza dan kelihtan lebih yakin.
Remaja pernah bekerjasama dengan anak muda ini dan tidak dinafikan, dia seorang yang pemalu. Kali pertama disolek, Cik B sendiri ketawa melihat dirinya kerana dia mengakui bahawa dia tidak pernah dimekapkan seperti itu.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik semalam, Cik B dilihat dengan imej yang sedikit berbeza dan lebih feminin apabila didandan berambut kerinting.
Kini, perubahan yang ditunjukkan mendapat respon positif bukan sahaja daripada peminat, malah selebriti terkenal tanah air juga turut memuji kecantikan yang ada pada Cik B.
Rata-rata daripada pengikutnya di Instagram juga terpegun dengan kecantikan anak muda ini dan ada yang menggelarkan seperti Cardi B dan Sherry Alhadad.
Pergh, hebatlah Cik B. Patutlah dua orang Hero Remaja kejar Cik B dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.