
Baru ingat nak berjimat..
Jika korang bergantung harap pada aplikasi mesej WhatsApp, ketahuilah bahawa ada di antara penggunanya yang tidak boleh menggunakan aplikasi tersebut pada tahun 2020!
Menurut kenyataan rasmi mereka, WhatsApp tidak lagi akan berfungsi bagi beberapa jenis telefon pintar Android, iPhone dan Windows mulai tahun depan.

Ini berikutan penghentian sistem operasi Windows bermula hari ini kepada pengguna telefon pintar setelah perisian telefon Windows kurang mendapat sambutan di pasaran dan di kalangan pemaju aplikasi.
Bagi pengguna Android dan iOS, jangan cepat sangat menghelakan nafas lega kerana korang juga terlibat.
Telefon pintar Android dan iPhone tertentu turut berdepan masalah sama mulai 1 Februari depan.
Pengguna Android 2.3.7 ke bawah tidak dapat mencipta akaun baru atau mengesahkan semula akaun sedia ada.
Masalah itu juga akan berlaku pada pengguna iPhone iOS 8 dan sistem operasi lama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

15 Disember 2021 merupakan hari yang cukup penting bagi peminat jenama OPPO setelah acara tahunan OPPO INNO Day 2021 selamat dilangsungkan di seluruh dunia bagi memperkenalkan teknologi serta peranti baharu yang akan menemui pengguna tidak lama lagi.
Tahun ini nyata tidak mengecewakan setelah ura-ura mengenai kemunculan telefon pintar jenis lipat pertama oleh OPPO benar-benar direalisasikan oleh mereka setelah bertahun-tahun melalui peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

OPPO Find N
Model telefon pintar lipat ini dikenali sebagai OPPO Find N dan hadir dalam tiga variasi warna. Tinjauan REMAJA sewaktu menghadiri acara tersebut dan menelitinya dengan lebih dekat mendapati ia berpotensi untuk menarik ramai pembeli di Malaysia. Ini kerana ramai yang mula berminat untuk memiliki telefon pintar lipat disebabkan saiz dan keunikannya.
Bagi korang yang akan terus membandingkan OPPO Find N dengan pesaing OPPO lain yang pernah muncul dengan telefon pintar lipat, well, korang bukanlah insan pertama yang terfikir sedemikian.

Stail asasnya adalah sama iaitu sebuah telefon pintar yang dibuka seakan buku dengan paparan skrin 5.49 inci pada bahagian luar serta skrin seluar 7.1 inci pada bahagian dalam. Apabila dibuka, ia akan kelihatan hampir sama dengan saiz tablet dan ia mempunyai lapisan kaca ultra-nipis. Disebabkan ‘ration 8:4:9 yang menjadikan saiznya yang lebih lebar berbanding pesaingnya, ia lebih senang pada mata pengguna apabila orientasinya diubah menjadi memanjang (landscape).

Satu perkara yang REMAJA gemarkan adalah ketiadaan kesan atau garisan lipatan yang jelas pada bahagian tengah skrin di dalam. Ini kerana OPPO menggunakan rekaan hinge jenis ‘teardrop Flexion’ yang menjadikan pergerakan membuka dan menutup telefon pintar ini lebih mudah. Bahagian lipat ini menyokong ‘FlexForm Mode’ dan ia amat membantu apabila korang menggunakan fungsi kamera dan ‘notes’.

OPPO Find N didatangkan dengan kamera utama 50MP, 16MP ultrawide dan 13MP telephoto array. Kedua-dua kamera jenis ‘hole punch’ pada bahagian luar dan dalam telefon pula menggunakan kamera 32MP.
Didatangkan dalam variasi warna putih, ungu dan hitam (kegemaran REMAJA), OPPO Find N dijangka boleh menyaingi model telefon pintar dalam pasaran pada masa akan datang.

OPPO Air Glass
Satu lagi peranti yang menjadi tumpuan di OPPO INNO Day 2021 tentunya ialah OPPO Air Glass yang merupakan sejenis teknologi peranti baharu yang dijangka bakal menjadi satu keperluan ramai tidak lama lagi.

Rekaan yang julung-julung kali diperkenalkan ini menggunakan teknologi Spark Micro dan Micro LED yang dicipta sendiri oleh OPPO. Cara menggunakan peranti ini adalah dengan melekatkannya pada bahagian kaca mata dengan kuasa magnet. Pengguna boleh mengubah paparan skrin Assisted Reality di hadapan mata mereka dengan interaksi seperti sentuhan (seakan swipe), suara, pergerakan kepala dan pergerakan tangan.

Pada pandangan pertama, REMAJA merasakan ia terlalu futuristik untuk disesuaikan dengan pengguna di Malaysia. Namun setelah mencubanya sendiri, ia amat membantu kita melihat mesej utama yang kita perlukan dengan pantas. Tambah menarik apabila ia tidak berat dan pemakai tidak akan terasa bebannya di sebelah kepala.
*
Biarpun kedua-dua peranti yang diperkenalkan sempena OPPO INNO Day 2021 ini amat mengujakan, malangnya kemasukannya ke dalam pasaran Malaysia masih belum disahkan oleh OPPO.
Buat masa ini, OPPO Find N hanya akan dijual kepada pasaran China bermula 23 Disember ini. Manakala, OPPO Air Glass pula akan menemui pasaran sana pada suku pertama tahun hadapan.
Adakah korang rasakan ia wajar diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bergantung pada permintaan?
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harga Lebih Berbaloi, Samsung Galaxy S21 FE 5G Pilihan Terbaik Sempena Tahun Baru?

Tahun baru, telefon pintar baharu?
Well well, dengan model Samsung di bawah ‘keluarga’ galaxy yang baru dilancarkan hari ini, tak mustahil korang akan tertarik untuk menukar peranti!
Samsung Malaysia tampil dengan model Galaxy S21 Fan Edition (aka FE) 5G dalam ‘keluarga’ peranti Galaxy S-nya sebagai produk pertama yang dilancarkan bagi tahun 2022.

Bertempat di Tiffin at the Yard di Sentul semalam, REMAJA berkesempatan untuk mencuba sendiri kelebihan yang ada pada model Galaxy S21 FE 5G ini. Khabarnya ia adalah peranti paling sesuai dengan golongan remaja serta belia yang baru saja melangkah ke alam pekerjaan.
Ini kerana ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi menarik, rekaan model yang minimal, ‘performance’ yang cukup kuasanya serta fungsi kamera yang telah ditambah baik pada bahagian belakang DAN hadapan.
Pada tahun lalu, Samsung Malaysia pernah memperkenalkan model FE atau Fan Edition ini menerusi Galaxy S20 dan ia telahpun menerima sambutan yang menggalakkan. Kami percaya menerusi Galaxy S21 FE 5G, korang juga akan berpuas hati sekiranya model ini jatuh ke tangan korang dek kerana ia direka khas bagi peminat jenama Samsung sendiri.

Bercakap mengenai fungsi kameranya, ia dilengkapi kamera Ultra Wide 12MP, kamera Wide 12MP, kamera Telephoto 8MP, kamera Selfie 32 MP (uh wow!) dan Space Zoom 30x.
Galaxy S21 FE 5G juga didatangkan dengan paparan skrin seluar 6.4 inci dengan Dynamic AMOLED 2x Display3 yang selesa apabila diletakkan pada tapak tangan dan dilihat pada jarak dekat. Dua pilihan bagi memori 8GB RAM yang disediakan terdiri daripada internal storage berkeluasan 128GB dan 256GB.


Perkara utama yang korang nanti-nantikan tentulah harganya, bukan?
Bagi model Galaxy S21 FE 5G (256GB), ia dijual pada harga RM3,099 manakala Galaxy S21 FE 5G (128GB) pula boleh didapati pada harga RM2,899. (Just get the 256GB, trust us you will need it!)
Tempahan yang dibuat bermula 6 Januari (hari ini) hingga 10 Januari 2022 juga akan menerima beberapa promosi menarik Samsung termasuklah e-baucar bernilai RM350, pakej Samsung Care+ satu tahun bagi kerosakan tidak disengajakan dan pembaikan liquid damage bernilai RM220.
Korang yang menempah bermula 6 Januari (hari ini) sehingga 28 Februari 2022 juga akan ditawarkan peluang untuk mendapatkan aksesori terpilih dengan diskaun 30 peratus seperti :
a) Silicone Cover dengan Strap
b) Smart Clear View Cover
c) Clear Standing Cover
d) Silicone Cover
e) Slim Strap Cover
DAN diskaun 20 peratus lagi bagi aksesori seperti Galaxy Watch4 Classic, Glaxy Watch4 atau Galaxy Buds.
Tawaran ini dapat korang rebut di stor atas talian Samsung Malaysia, stor fizikal Samsung Experience dan di lokasi rakan kongsi sah Samsung.
Untuk gambaran lanjut, jom tonton video di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN : OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ARMY Perlu Rebut! Telefon Pintar & Earbuds Edisi Khas BTS Ini Memang Comel

Seperti yang korang ketahui, selebriti Korea Selatan selalu akan mempromosikan produk keluaran negara mereka sendiri. Tidak kiralah sama ada kereta, telefon pintar, perkakas rumah, produk solekan dan makanan, pastinya mereka akan mendahulukan produk tempatan.
Lantas, tidak hairanlah apabila grup K-pop popular, Bangtan Boys (BTS) bersetuju untuk berkolaborasi bersama jenama telefon pintar Koea Selatan, Samsung Electronics.
Produk terbaru keluaran mereka bersama BTS ialah Galaxy S20+ BTS Edition dan Galaxy Buds+ BTS Edition. Rekaan khas ini datang dalam warna rasmi BTS iaitu ungu. Dengan material besi dan kaca, telefon pintar dan buds+ ini turut didatangkan dengan charging case berwarna ungu juga.

Bukan itu sahaja, casing tersebut juga memaparkan logo kumpulan tersebut dengan ikon hati berwarna ungu yang sinonim dengan BTS. Di dalamnya pula terdapat pelekat menarik ynag membolehkan korang personalize gajet masing-masing.
*
Antara feature menarik mengenai keluaran ini bagi pendapat kami adalah beberapa theme telefon yang diinspirasikan oleh BTS dan platform komuniti peminatnya, Weverse.
Tentunya bagi korang yang sudah biasa dengan telefon pintar Galaxy keluaran Samsung, ia hadir dengan kamera pro-grade dan kualiti bunyi AKG yang menjanjikan kepuasan mendengar kepada ARMY sekalian.
*
Bagi yang berminat untuk mendapatkan edisi terhad Galaxy S20+ dan Galaxy Buds_ BTS Editin ini, korang boleh mula lakukan pra-tempahan dari sekarang hingga 5 Julai nanti.

Untuk terma dan syarat, korang boleh check di sini.
Menarik ke tak ARMY?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

