
Bermula 1 Januari 2023, pengguna telefon pintar model lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi WhatsApp.
Dengan 2 Bilion pengguna setiap bulan, WhatsApp adalah aplikasi mesej yang terpopular di seluruh dunia. Namun, WhatsApp membuat keputusan terbaru untuk melepaskan sistem operasi yang tidak lagi mampu menampung ciri baharu yang bakal aplikasi ini lakukan.
ARTIKEL BERKAITAN : Menarik! Malaysia Negara Pertama Terima Ciri Terbaharu WhatsApp Communities
Untuk beberapa hari lagi, aplikasi WhatsApp hanya boleh digunakan dalam model iPhones yang mempunyai iOS 12 hinggalah versi yang terkini dan juga semua peranti yang mempunyai Android Jelly Bean 4.1 ke atas.

Ini melibatkan banyak model yang terkecuali dari menggunakan aplikasi tersebut seperti iPhone 5, iPhone 5c, iPhone 6S, Samsung Galaxy Trend II, Samsung Galaxy Core dan banyak lagi.
Untuk pengguna model iPhone lama yang mempunyai kurang dari iOS 12, anda tidak lagi boleh menggunakan aplikasi terkenal itu.
Oleh kerana pengguna peranti lama yang menggunakan Android 4.1 ke bawah sahaja terjejas, ia hanya melibatkan model yang dikeluarkan pada 10 tahun lepas.
WhatsApp akan memberi amaran agar update aplikasi ini segera sebelum telefon pintar anda tidak mampu lagi menampung aplikasi tersebut sehingga menghalang anda untuk berkomunikasi seperti biasa.
Hmmm…nak kena beli telefon baru la nampak gayanya ni….huhu
Sumber : (1)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
OPPO Find N Jadi Pesaing Telefon Pintar LIPAT, Tapi Tak Keluar Di Malaysia?

15 Disember 2021 merupakan hari yang cukup penting bagi peminat jenama OPPO setelah acara tahunan OPPO INNO Day 2021 selamat dilangsungkan di seluruh dunia bagi memperkenalkan teknologi serta peranti baharu yang akan menemui pengguna tidak lama lagi.
Tahun ini nyata tidak mengecewakan setelah ura-ura mengenai kemunculan telefon pintar jenis lipat pertama oleh OPPO benar-benar direalisasikan oleh mereka setelah bertahun-tahun melalui peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D).

OPPO Find N
Model telefon pintar lipat ini dikenali sebagai OPPO Find N dan hadir dalam tiga variasi warna. Tinjauan REMAJA sewaktu menghadiri acara tersebut dan menelitinya dengan lebih dekat mendapati ia berpotensi untuk menarik ramai pembeli di Malaysia. Ini kerana ramai yang mula berminat untuk memiliki telefon pintar lipat disebabkan saiz dan keunikannya.
Bagi korang yang akan terus membandingkan OPPO Find N dengan pesaing OPPO lain yang pernah muncul dengan telefon pintar lipat, well, korang bukanlah insan pertama yang terfikir sedemikian.

Stail asasnya adalah sama iaitu sebuah telefon pintar yang dibuka seakan buku dengan paparan skrin 5.49 inci pada bahagian luar serta skrin seluar 7.1 inci pada bahagian dalam. Apabila dibuka, ia akan kelihatan hampir sama dengan saiz tablet dan ia mempunyai lapisan kaca ultra-nipis. Disebabkan ‘ration 8:4:9 yang menjadikan saiznya yang lebih lebar berbanding pesaingnya, ia lebih senang pada mata pengguna apabila orientasinya diubah menjadi memanjang (landscape).

Satu perkara yang REMAJA gemarkan adalah ketiadaan kesan atau garisan lipatan yang jelas pada bahagian tengah skrin di dalam. Ini kerana OPPO menggunakan rekaan hinge jenis ‘teardrop Flexion’ yang menjadikan pergerakan membuka dan menutup telefon pintar ini lebih mudah. Bahagian lipat ini menyokong ‘FlexForm Mode’ dan ia amat membantu apabila korang menggunakan fungsi kamera dan ‘notes’.

OPPO Find N didatangkan dengan kamera utama 50MP, 16MP ultrawide dan 13MP telephoto array. Kedua-dua kamera jenis ‘hole punch’ pada bahagian luar dan dalam telefon pula menggunakan kamera 32MP.
Didatangkan dalam variasi warna putih, ungu dan hitam (kegemaran REMAJA), OPPO Find N dijangka boleh menyaingi model telefon pintar dalam pasaran pada masa akan datang.

OPPO Air Glass
Satu lagi peranti yang menjadi tumpuan di OPPO INNO Day 2021 tentunya ialah OPPO Air Glass yang merupakan sejenis teknologi peranti baharu yang dijangka bakal menjadi satu keperluan ramai tidak lama lagi.

Rekaan yang julung-julung kali diperkenalkan ini menggunakan teknologi Spark Micro dan Micro LED yang dicipta sendiri oleh OPPO. Cara menggunakan peranti ini adalah dengan melekatkannya pada bahagian kaca mata dengan kuasa magnet. Pengguna boleh mengubah paparan skrin Assisted Reality di hadapan mata mereka dengan interaksi seperti sentuhan (seakan swipe), suara, pergerakan kepala dan pergerakan tangan.

Pada pandangan pertama, REMAJA merasakan ia terlalu futuristik untuk disesuaikan dengan pengguna di Malaysia. Namun setelah mencubanya sendiri, ia amat membantu kita melihat mesej utama yang kita perlukan dengan pantas. Tambah menarik apabila ia tidak berat dan pemakai tidak akan terasa bebannya di sebelah kepala.
*
Biarpun kedua-dua peranti yang diperkenalkan sempena OPPO INNO Day 2021 ini amat mengujakan, malangnya kemasukannya ke dalam pasaran Malaysia masih belum disahkan oleh OPPO.
Buat masa ini, OPPO Find N hanya akan dijual kepada pasaran China bermula 23 Disember ini. Manakala, OPPO Air Glass pula akan menemui pasaran sana pada suku pertama tahun hadapan.
Adakah korang rasakan ia wajar diperkenalkan untuk pasaran Malaysia bergantung pada permintaan?
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hadiah Terbaik Untuk Pasangan Anda – Huawei Nova 7i Dengan Tawaran Hebat Serendah RM2.14

Berita baik untuk korang yang sedang mencari smartphone baru pada harga yang berbaloi!
Huawei Malaysia bakal menawarkan model telefon Huawei Nova 7i yang dijual pada harga RM1,099 SAHAJA.
Tawaran ini adalah bersempena kempen Valentine’s Day yang hampir tiba. Huawei mengambil peluang untuk mendapat telefon pintar istimewa di bawah harga RM1,500 bermula 14 Februari hingga 21 Februari 2020 ini.

Huawei Nova 7i dikuasakan oleh cip Kirin 810, sebuah chipset 7nm yang membolehkan permainan video menjadi lancar dengan high frame rate. Peranti ini juga lengkap dengan skrin 6.4 inci memori 8GB RAM dan storan 128GB agar masa korang bermain game menjadi puas dan selesa.

Ia juga hadir dengan Super Night Mode untuk selfie, 16MP kamera hadapan dengan 1μm piksel. Ini membolehkan lebih banyak cahaya memasuki sensor. Lalu butiran foto menjadi lebih jelas ketika berada di dalam kawasan gelap ataupun pada waktu malam.
Selain itu, bateri berkapasiti 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W turut menjadi keistimewaan telefon pintar ini kerana pengguna dapat menggunakan Huawei Nova 7i seharian lamanya dengan sekali caj sahaja.

Huawei nova 7i menyokong MEETime, ciri panggilan video 1080p revolusioner yang memberikan kualiti imej yang jauh lebih baik dengan penggunaan data Internet yang lebih rendah berbanding jenama telefon pintar lain.
Dalam persekitaran cahaya yang rendah, MEETime boleh meningkatkan kecerahan dan kecerahan untuk panggilan video secara bijak.
Korang boleh mendapatkan Huawei Nova 7i dengan tiga pilihan warna iaitu Sakura Pink, Black dan Crush Green. Pra-tempahan boleh dibuat bermula 14 Februari hingga 21 Februari dan korang akan menerima Huawei Band 4 secara percuma. Nak!

Sekarang ini, HUAWEI sedang melakukan promosi yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Nikmatilah pakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE dengan 0% kadar faedah dan 0% yuran pemprosesan hingga 12 bulan hanya dengan RM4.87 sehari* Layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my untuk maklumat lanjut!
Korang juga boleh buat pra-tempahan HUAWEI nova 7i hari ini dan dapatkan prodok-produk HUAWEI sempena kempen All For Love mulai 10 hingga 16 Februari ini pada harga serendah RM2.14! (pada tarikh tertentu dan kuantiti stok terhad sahaja)

Bila korang beli produk HUAWEI nanti, jangan lupa rebutkanpeluang memenangi 3 pasang baucar melancong ke Maldives yang bernilai sehingga RM36,000!
Korang hanya perlu imbas kod QR, jawab soalan yang ada, dan isikan maklumat peribadi serta lampirkan resit pembelian koranguntuk menyertai peraduan ni. Pemenang akan diumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020. Tertakluk terma dan syarat.
*
HUAWEI nova 7i akan dilancar pada 22 Feb yang dijual pada harga RM1,099 sahaja. Untuk peranti terbaru yang lain pula boleh didapatimulai 14 Feb. Pra-pesan sekarang untuk mendapatkan lebih banyak promosi. Antara peranti terbaru termasuklah:
Untuk maklumat lanjut, layari sini & happy shopping.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Scroll’ Sampai Lupa Tidur, Ciri Baru TikTok Ingatkan Pengguna Untuk Berehat

Sekali korang mula scroll video di TikTok, memang ada yang akan ketagih sehingga sanggup skip tidur lah, bukan?
Menurut laporan TechCrunch baru-baru ini, Tiktok sedang berusaha menambah fungsi baharu iaitu peringatan tidur sebagai sebahagian daripada senarai pilihan yang akan diubahsuai oleh mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Solekan Mata Sembab Seakan Lepas Menangis Kini Popular Di TikTok, Ini Caranya!

Fungsi yang dinamakan sebagai Sleep Reminder ini didatangkan dengan beberapa kebolehan. Antaranya termasuklah memaklumkan tibanya waktu tidur pengguna dan senyapkan apa-apa notifikasi sewaktu tempoh tidur korang bagi memastikan kualiti tidur disyorkan selama tujuh jam dapat dicapai.
Untuk pengguna berusia 13-15 tahun, notifikasi sudah pun dimatikan pada jam 9 malam manakala mereka yang berusia 16-17 tahun pula tidak akan menerima notifikasi selepas jam 10 malam.
Difahamkan juga, ciri ini tidak diselarikan dengan masa tidur pada iOS atau Android – sebaliknya pengguna perlu tetapkan masa tidur sendiri.
REMAJA sedar ini bukanlah satu fungsi baru dalam dunia gajet. Beberapa aplikasi popular lain sudahpun mula melakukannya terutamanya aplikasi penstriman seperti Spotify yang didatangkan dengan timer dan YouTube yang akan mengingatkan penggunanya untuk tidur.
Walaupun syarikat-syarikat mahukan penggunanya kerap menggunakan produk dan platform mereka, ia tidak boleh dinafikan yang inisiatif untuk mengadakan ciri ini baik untuk mengawal pengguna dari obsesi atau terlalu lalai dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

Buat sementara waktu, Sleep Reminder masih berada pada fasa ujian, belum diedarkan secara meluas dan hanya dapat digunakan oleh pengguna terpilih di peringkat globa
Adakah korang rasakan fungsi terbaru ini akan berjaya membuatkan penggunanya tidak lagi leka dan masuk tidur atau adakah ia tidak akan berkesan?
BACA : Jana Pendapatan Belasan Ribu Sebulan Di TikTok, Hebat ‘Content Creator’ Dari Malaysia
Sumber : TechCrunch
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

