
Selepas kontroversi yang melanda filem Sonic The Hedgehog awal tahun lalu apabila trailer pertamanya mendapat reaksi negatif dan mmenyebabkan tarikh tayangannya ditunda, kini filem yang dinant-nanti ini bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.
Filem yang diarahkan oleh Jeff Fowler ini berkisarkan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan mahkhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.

Sonic kemudiannya bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana untuk menentang Dr. Robotnik.

Berita baik untuk korang yang ingin menyaksikan filem adaptasi daripada permainan video Sonic ini, Remaja nak berikan dua tiket percuma ke tayangan perdana Sonic The Hedgehog.
Tarikh: 12 Februari 2020
Masa: 8.30 malam
Lokasi: MBO Atria Big Screen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa Adik Maryam Muzamir Yang Muncul Di Program James Corden?

Jika ada keinginan yang kuat berserta bakat, seseorang itu pasti akan mencapai kejayaan biarpun masih berada pada usia belasan tahun.
Inilah yang berlaku kepada seorang pelajar sekolah rendah yang masih berusia 11 tahun ini.
Dikenali sebagai Maryam Muzamir, namanya mula diperkatakan sejak Ogos lalu setelah dia memenangi tiga pingat emas menerusi pertandingan inovasi dan reka cipta yang dilangsungkan di Toronto, Kanada.
Pertandingan yang disertai pelajar Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan, Pahang ini adalah bersempena acara The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021. Ia merupakan pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara. Cumanya kali ini, ia terpaksa dilangsungkan secara atas talian disebabkan pandemik COVID-19.
Maryam mendapat dorongan ayahnya untuk menghantarkan penyertaan ciptaan yang dinamakan sebagai YAM 2.0 ke acara iCAN dan hasilnya, tiga emas berada dalam genggamannya! Ini termasuklah kategori Canadian Special Award dan Best Young Inventor Award.
Bukan saja Maryam mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

Hasil kejayaan membanggakan ini, pengacara program temu bual lewat malam popular Amerika Syarikat, James Corden telah tertarik dengan ciptaan YAM 2.0 oleh Maryam ini lalu memperkatakan mengenainya dalam sebuah segmen semalam.
Kata James, kejayaan Maryam mencipta sejenis makanan haiwan yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut adalah sesuatu di luar kebiasaan dan amat mengagumkan.
“Maryam Muzamir ialah seorang pelajar sekolah berusia 11 tahun di Malaysia. Dia mengenal pasti fungsi baharu untuk sisa makanan biasa iaitu kerang makanan laut. Dan dia mengolahnya menjadi makanan ternakan baharu (livestock feed) yang berkhasiat. Dia baru berusia 11 tahun! Ya, di Malaysia.
“Dia telahpun memenangi tiga pengiktirafan antarabangsa untuk inovasi bijak ini,” kata pengacara terkenal itu.
11-year-old Maryam Muzamir found a use for seafood shells by creating a sustainable livestock feed. Go, Maryam, go! #ClimateNight pic.twitter.com/93cUAX5f61
— The Late Late Show with James Corden (@latelateshow) September 23, 2021
Nama Maryam kembali menjadi sebutan setelah sedutan episod itu tular di media sosial dan mendapat perhatian figura penting negara seperti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Menerusi hantaran di Facebook pada hari ini, beliau berkongsi ciapan daripada akaun twitter @latelateshow.
Sementara itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga mengucapkan tahniah kepada Maryam dan berharap agar kejayaannya pada kali ini dijadikan inspirasi kepada bakat-bakat muda di Malaysia yang akan menjadi pemimpin masa hadapan negara.
Seperti yang pernah dilaporkan rakan media, Maryam mendapat idea ciptaan YAM 2.0 ini semasa dia berada di sebuah restoran makanan laut bersama keluarga dan melihat betapa banyakkan sisa kerang yang dibuang. Maryam kemudian membaca artikel yang menyentuh tentang kelebihan kerang untuk dijadikan makanan livestock. Lalu, dia terus mencuba menciptanya sendiri.
Lihat, idea boleh datang daripada mana-mana sumber guys. Yang penting, kita cungkil kreativiti dan perlu ada keinginan untuk melakukannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menangis LIVE, Wany Hasrita Jelaskan Kenapa Sebak Menonton ‘Di Matamu’

Okay fine, kami pun sebak! (guilty)
Persembahan Di Matamu oleh Sufian Suhaimi semalam di Anugerah Juara Lagu 33 masih diperkatakan pada hari ini.
Bukan saja kerana dia memperoleh tweet bermakna daripada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikongsi semula oleh ratusan followers.

Malah, persembahan Sufian telah membuatkan seorang penyanyi sebak sehingga mengalirkan air mata!
Wany Hasrita, lets explain..
“Rasanya bukan Wany saja yang menangis, rata-rata di dalam stadium dan mungkin di rumah juga begitu. Cuma kamera dipalingkan kepada Wany dan Erni Zakri. Memang apa yang Sufian ingin persembahkan itu sampai kepada penonton, itu yang sebak. Kalau tak silap, komposer lagu ini (Rinkarnaen & Sirkhan) pun jadi beremosi.


“Versi original Di Matamu itu sebenarnya sudah sedih. Tambahan pula apabila Sufian memulakan persembahan dengan bahagian syair, lagilah Wany tersentuh kerana seni puitis seperti itu memang kena diri Wany.
“Props dan showmanship pula membantu melayakkan Sufian memenangi kategori Persembahan Terbaik semalam,” jelasnya kepada rakan media di M Star.
Betul Wany, ramai yang menonton di rumah semalam pun turut terkesan!
Lagipun, ini bukanlah kali pertama rakan penyanyi menangis kegembiraan setelah penyanyi lain melakukan yang terbaik di acara Anugerah Juara Lagu.

Tahun lalu, Nabila Razali juga ‘ditangkap’ kamera menangis selepas Hael Husaini dinobatkan juara melalui lagu Jampi.
BACA: “Idea Asal Dari Saya Tapi..” – Sufian Suhaimi Jelaskan Pelamin Seakan Sama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas Isteri & Anak Perempuan Fizo Omar Disahkan Positif COVID-19

Pelakon lelaki Fizo Omar sebentar tadi telah pun memuat naik hantaran di laman Instagramnya mengatakan bahawa anak perempuanya, Wan Maryam dan bekas isteri, Mawar telah disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini seang menerima rawatan di hospital.
Jelas Fizo, mereka berada dalam keadaan stabil dan dia sudah pun menjalani ujian swab pada 2 Januari 2021 dan keputusannya adalah negatif.
Finalis Hero Remaja 2007/2008 ini juga menasihati kepada semua masyarakat supaya jangan mengambil mudah dengan virus pandemik ini dan patuhilah segala SOP yang ditetapkan kerana ia akan memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri atau pun keluarga.
Beliau juga meluahkan rasa penghargaan kepada semua yang menitipkan doa dan berharap agar Maryam dan Mawar cepat sembuh.
Rakan selebriti dan pengikutnya di IG turut mendoakan agar anak dan bekas isteri Fizo cepat sembuh.



Kes positif COVID-19 nampaknya terus menular di negara kita dan diharap agar korang semua lebih berwaspada dan mematuhi SOP dengan menjaga jarak fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka.
Remaja mendoakan agar Mawar dan Maryam baik-baik sahaja dan semoga Fizo Omar kuat menghadapi ujian ini.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

