Kecanggihan teknologi hari ini membuatkan kehidupan seharian kita menjadi jauh lebih mudah. Jika dahulu kita perlu keluar untuk membeli barang, kini semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.
Jika dahulu kita perlu beratur panjang untuk membayar barangan yang dibeli, kini kita hanya perlu menunggu di dalam kereta dan membuat pembelian secara drive-thru. Mungkin ramai yang sudah terbiasa membeli makanan di restoran makanan segera secara drive-thru, sekarang ini korang juga boleh membeli produk skincare dengan hanya menunggu di kereta.
Baru-baru ini viral di TikTok apabila @fatinkhuzaifah memuat naik video yang menunjukkan sebuah drugstore popular yang menjual produk skincare, Watsons kini sudah mempunyai cawangan drive-thru.
Watsons drive-thru yang pertama di Malaysia ini terletak di Taman Daya, Johor Bahru dan khabarnya ia telah dilancarkan pada Mei lalu. Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Watsons, pelanggan kini boleh membuat pembelian melalui telefon bimbit dan menggunakan perkhidmatan Click & Collect Express untuk mengambil barangan mereka dalam masa empat jam menggunakan kaunter pandu lalu.
Wah, menariknya! Tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam kedai dan tidak perlu juga korang menunggu dengan lama untuk mendapatkan barangan sekiranya membuat pembelian secara pos. Duduk sahaja di dalam kereta dan tunggu sahaja sehingga barangan yang dipesan siap untuk diambil. Betul tak?
Namun, ada juga yang berpendapat mereka lebih suka dan puas hati jika membeli sendiri di stor fizikal. Macam mana pula dengan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pergilah ke mana sahaja bila biacara tentang industri muzik global kita pasti tidak dapat mengelak berbicara tentang K-pop. Walaupun sebelum ini ada yang menjangkakan ‘demam’ K-pop ini akan kebah pada dua, tiga tahun sebelum ini ternyata jangkaan mereka meleset sama sekali.
Malah, empayar yang dibina oleh pelbagai wajah K-pop kini bukan perkara baru di peringkat global. Kejayaan BTS muncul di pentas American Music Awards 2017 juga telah banyak membuka mata warga Amerika Syarikat tentang betapa besarnya pengaruh yang dibawa oleh anak-anak muda dari Korea Selatan.
Baru-baru ini, YouTube telah mengeluarkan senarai rasmi Top 10 muzik video K-pop yang paling banyak ditonton sepanjang tahun 2017.
Dari BTS ke BLACKPINK ke EXO, ramai grup popular berjaya menyelinap menduduki carta yang sering mendapat perhatian ramai bila tiba penghujung tahun. Namun, siapakah yang menjadi raja kepada carta ini di peringkat global? Jom kita saksikan bermula dengan kedudukan di tempat kesepuluh!
10. PSY – New Face
Ikon pop Korea yang secara tidak langsung meletakkan K-pop di peta dunia dengan lagu sensasi ‘Gangnam Style’. PSY masih lagi mempunyai pengaruh cukup hebat apatah lagi dengan lagu New Face yang cukup catchy.Sejak dimuat naik pada bulan Mei 2017, ia kini mencatat jumlah view lebih 98 juta!
9. EXO – Ko Ko Bop
Walaupun EXO sering dilanda kontroversi terutamanya dengan pengunduran beberapa ahlinya namun peminat-pemibnat mereka masih lagi menyokong kuat gerakan muzik dibawa oleh 9 anak muda berbakat ini. ‘Ko Ko Bop’ yang merupakan single dari album ‘THE WAR’ menjadi bukti sokongan tersebut.
8. Chanyeol (EXO) & Punch – Stay With Me
Lagu duet menampilkan Chanyeol (EXO) & Punch ini merupakan lagu OST drama popular hebat, ‘Guardian: The Lonely and Great God’. Gabungan vokal balada mereka menjadi kekuatan utama.
7. BIG BANG – FXXX IT
Nama BIG BANG sememangnya tidak perlu lagi diperkenal. Dianggap sebagai antara ‘royalty‘ K-pop, BIG BANG sentiasa membuktikan mereka berada di kelas tersendiri. Muzik video yang mereka perkenalkan juga amat jarang mengecewakan, begitu juga dengan ‘FXXX IT’.
6. TWICE – Signal
Kyeopta!!! Yes, they’re cute and colorful! Grup yang lahir dari program nyanyian Sixteen ini kini menjadi antara anak emas JYP Entertainment. Bukanlah bergelar rookie, TWICE kini sudah berjaya menembusi pasaran global. Ternyata ‘Signal’ dibawa mereka mencuri perhatian ramai.
5. BTS – Spring Day
Bila sebut nama BTS pastinya ramai pengikut muzik K-pop akan terus terbayang irama rancak dengan gerak tari hebat. Tapi menerusi ‘Spring Day’, BTS menampilkan sisi pop serta r’n’b kepada peminat dan ia cukup menjadi!
4. TWICE – Knock Knock
Sebuah lagi lagu TWICE yang sangat popular ditonton di YouTube berjudul ‘Knock Knock’. Tahun 2017 nampaknya merupakan tempoh yang cukup luar biasa bagi mereka!
3. BTS – Not Today
Lagu ini merupakan salah sebuah single yang terdapat di dalam album YOu Never Walk Alone (album repackage Wings) yang dikeluarkan pada awal tahun 2017. Video YouTube ‘Not Today’berjaya mendapat jumlah view sebanyak lebih 173 juta sejak dimuat naik pada Februari lalu.
2. BTS -DNA
Inilah lagu yang dipersembahkan oleh BTS di American Music Awards 2017 yang menjadikan mereka trending di semuan laman media sosial! Populariti luar biasa BTS pada tahun 2017 memang tidak dapat disangkal lagi. Dalam carta ini sahaja mereka mempunyai 3 buah lagu. Daebak!
1. BLACKPINK – As If It’s Your Last
Siapa sangka grup BLACKPINK yang melakukan debut pada tahun 2016 mampu melakukan impak sehebat ini. Muzik video ‘As If It;s Your Last’ yang dimuat naik pada bulan Jun lalu telah mendapat jumlah view lebih 207 juta! Dalam tempoh enam bulan sahaja berjaya mendapat angka tersebut. Girl power, BLACKPINK fighting!
Bagaimana muzik K-pop akan terus bertahan pada tahun 2018. Adakah kamu rasa mereka akan menjadi semakin hebat atau ia akan semakin merudum? Melihatkan trend ini, Remaja berasa K-pop akan terus bertakhta di hati peminat global. Sama-sama kita tunggu dan lihat pada tahun 2018!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi insiden tembakan yang melibatkan remaja apabila suspek yang baru berusia 11 tahun menembak dua rakan sebayanya berikutan pertengkaran yang bermula semasa latihan bola sepak Pop Warner di Florida, Amerika Syarika (AS).
Menerusi laporan media antarabangsa, menurut pihak berkuasa di sana, kanak-kanak berkenaan mengambil pistol itu dari kotak yang tidak berkunci di dalam kenderaan ibunya dan melepaskan satu das tembakan.
Tembakan tunggal berkenaan terkena lengan seorang remaja, manakala seorang lagi di bahagian tengah badan.
Selain itu, polis itu turut memaklumkan video pengawasan menunjukkan kedua-dua remaja berkenaan yang berada dalam keadaan stabil, melarikan diri daripada kanak-kanak itu apabila tembakan dilepaskan.
Tembakan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.18 malam dan pegawai tiba di tempat kejadian kira-kira empat minit kemudian dan merampas pistol daripada remaja lelaki itu serta menahannya.
Suspek kemudiannya didakwa dengan satu pertuduhan cubaan membunuh tahap dua dan dimasukkan ke pusat penilaian juvana.
Sementara itu, ibu kepada suspek berkenaan akan menghadapi pertuduhan salah laku tahap kedua kerana meninggalkan pistol tanpa pengawasan selain polis berkata, sebarang pertuduhan tambahan akan bergantung kepada sistem mahkamah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sila tadah air segera ya. Jangan nanti balik dari kerja, nak mandi tapi tengok air tak meleleh. Apa yang pasti, ramai mengakui lebih tertekan jika tiada air berbanding tiada bekalan elektrik.
Isu pencemaran air mentah yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sekali lagi menyusahkan warga Lembah Klang dan sekitar Selangor apabila empat loji utama terpaksa ditutup untuk dirawat.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang dihenti tugas, 7.15 pagi tadi. Malah dalam kenyataan terbaru dikeluarkan setakat jam 11 pagi tadi, pencemaran pada sumber air mentah masih dikesan berlaku di Sungai Selangor.
Jelasnya lagi, pagi pula, tiga lagi LRA yang dihenti tugas pagi ini adalah LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3).
"Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di tujuh wilayah iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula 10 pagi ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Elina berkata, senarai penuh kawasan yang terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan http://www.airselangor.com.
"Air Selangor bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil tindakan pantas bagi mengatasi insiden pencemaran ini dengan kadar segera.
"Semua pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat," katanya. Sumber : Harian Metro / Syarikat Pengurusan Air Selangor.
Ini kawasan yang terjejas ya akibat penutupan loji ini. Tengok mana tahu kawasan tempat tinggal korang masuk dalam senarai ini.
GOMBAK
Kuala Lumpur
Kuala Langat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!