Salah satu bangunan bersejarah bagi umat Islam ialah Masjid Besar Cordoba. Masjid tersebut sebenarnya telah dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984.
Tidak dinafikan, bangunan Masjid Besar Cordoba yang dibina antara abad kelapan dan ke-10 ini mempunyai sejarah yang menarik, daya tarikan seni bina yang unik dan menawan, kerana dibina di atas tanah bekas gereja.
Masjid Besar Cordoba dilaporkan menerima lebih dua juta pengunjung tahunan dan akibat menerima pengunjung dan pelancong tahunan yang tidak terkawal. Lapor Arab News, masjid itu berdepan masalah pemeluwapan akibat jutaan pelancong yang mengunjungi monumen tersebut pada setiap tahun.
Ads
Keadaan kritikal monumen itu didedahkan dalam satu laporan yang dikemukakan kepada kerajaan.
Laporan itu turut mendapati pemeluwapan merosakkan beberapa bahagian utama masjid tersebut. Pemeluwapan didapati merosakkan mihrab ikonik masjid itu yang menghadap ke arah Makkah
Foto : Masjid BesarCordoba, Sepanyol.(PIXABAY)
Ads
“Masalah itu berlaku disebabkan oleh konfigurasi seni bina khas ruang dan pengudaraan yang tidak mencukupi.
Ads
“Haba dalam badan yang dikeluarkan pelancong menyebabkan kerosakan. Penyejatan itu menyebabkan beberapa bahagian terjejas sekali gus menyumbang kepada kerosakan tersebut,” jelas laporan itu.
Untuk info, Masjid Cordoba yang dibina semasa kerajaan Islam menguasai Sepanyol khasnya wilayah Cordoba. Tapak asal binaan itu pada asalnya merupakan sebuah gereja orang Visigoth yang dibeli oleh Abdul Rahman 1 selepas dia dan tenteranya menguasai wilayah tersebut.
Malaysia bakal menuju penggunaan tenologi 5G yang mana capaian internet lebih pantas dan cepat. Malah dalam satu kenyataan dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, negara akan membuat pelaburan besar dalam teknologi telekomunikasi generasi terkini dan yang lain-lain seiring dengan usaha untuk merealisasikan status negara berpendapatan tinggi. Dikatakan negara akan mula menggunakan teknologi 5G ini pada tahun 2023.
Di sebalik isu capaian internet lebih terkehadapan iaitu penggunaan 5G berbanding 4G yang digunakan sekarang, masalah capaian internet lemah bagaikan “menghantui” sebahagian dari penduduk di sesetengah kawasan. Jangan bicara di kawasan luar bandar, di sesetengah kawasan pinggir bandar pun capaiannya masih lemah. Tanda kita sebenarnya masih belum bersedia untuk menyediakan perkhidmatan internet secara menyeluruh.
Jika dahulu, viral kisah pelajar Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk menjawab peperiksaan, terkini, kisah seorang penuntut Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang terpaksa memanjat bukit untuk menjalani peperiksaan.
Tular di media sosial pengorbanan Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20 yang terpaksa memanjat bukit bertemankan ayahnya selaian dikelilingi nyamuk dan pacat di belakang rumahnya di Kampung Bukit Petai Tujuh, disebabkan gangguan internet dan komunikasi.
Penuntut tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu juga perlu mendaki lebih 20 meter untuk sampai di khemah yang dibina ayahnya, Mohd Azmi Ahmad, 48, di bukit tersebut untuk menjawab peperiksaan selain mengulang kaji.
Selain perlu memanjat dengan keadaan tanah yang becak, pelajar ini juga terpaksa menjawab peperiksaan dalam suasana tidak selesa kerana gangguan nyamuk dan kadang-kala terdapat ular yang menyusur keluar berdekatan ‘dewan’ peperiksaannya.
Lebih memeritkan apabila ruang untuk dia mengikuti kelas dalam talian, mengulang kaji dan menjawab soalan peperiksaan itu turut terkena tempias setiap kali hujan selain berdepan gangguan capaian internet yang kurang memuaskan.
Namun Nurlieda menyifatkan situasi yang perlu dilaluinya itu adalah lebih baik daripada dia belajar di rumah tanpa kemudahan internet demi masa depannya. Katanya, selain kelengkapan seperti komputer riba, modem WiFi, nota dan tripod yang perlu di bawa untuk menjawab peperiksaan, dia juga tidak boleh terlupa untuk membawa ubat nyamuk serta kipas kerana kawasan tersebut banyak nyamuk.
Nurlieda Khaleeda bersama ayahnya memanjat bukit sepanjang 20 meter untuk sampai di khemah yang terletak dibelakang rumahnya.
“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.
“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.
Duduk dalam khemah dibina bapa
Dalam pada itu, Nurlieda berkata, setiap kali menjawab peperiksaan dia juga bimbang jika capaian internet di kawasan itu terputus kerana perlu menjawab semula soalan sekiranya berlaku gangguan dan tiada masa tambahan diberikan.
Nurlieda Khaleeda mengikuti kelas dalam talian, mengulang kaji pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan di dalam khemah yang dibina bapanya.
“Peperiksaan saya bermula 23 November lalu dan setakat ini saya sudah selesai menjawab tiga kertas soalan dan masih berbaki lagi dua lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab,” katanya.
Sementara itu bapanya, Mohd Azmi berkata, masalah yang dihadapi itu bukan hanya dilalui oleh anaknya sahaja tetapi perkara itu juga turut membelenggu anak-anak penduduk di lima kampung lain iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar.
“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat,” katanya.
Penduduk turut membina pondok di atas pokok setinggi lebih lima meter untuk mendapatkan capian internet,
Mohd Azmi berkata, disebabkan masalah dihadapi itu ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
Justeru, Mohd Azmi mengharapkan masalah yang dihadapi penduduk mendapat perhatian pihak berkaitan dan dapat diselesaikan dengan segera.
Selain Nurlieda, seorang lagi anaknya, Muhammad Amien Khalielee, 18, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah sama untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah. Sumber / gambar : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak genius berusia 5 tahun cipta sejarah apabila mampu menjawab kira-kira 10 soalan matematik dengan tepat kurang dari 60 saat tanpa menggunakan bantuan kalkulator.
Bukan itu sahaja, Uwais Mohammad Zulqarnain bukan saja berjaya membuat pengiraan darab satu angka malah boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi.
Uwais Mohammad Zulqarnain
Ibu kanak-kanak berkenaan, Surya Syafiqah A Rahim, 32, berkata sejak berusia empat tahun, anak lelaki sulungnya daripada dua beradik dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab.
Surya Syafiqah yang juga pengurus perolehan sebuah syarikat swasta berkata, Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion.
Uwais juga boleh membuat pengiraan kuasa dan punca kuasa.
Kanak-kanak lima tahun, Uwais Mohammad Zulqarnain mampu menyelesaikan soalan matematik dengan tepat tanpa menggunakan kalkulator. – Video NSTP/ihsan keluarga. pic.twitter.com/Kz1iSW4O2u
Tidak dinafikan kebolehan dan keistimewaan Uwais adalah hasil kesungguhannya dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, 33, yang merupakan jurutera sentiasa berusaha memupuk minat anaknya dalam akademik.
“Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawa Uwais ke kedai buku dan teman saya membaca.
“Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini.
“Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.
“Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu,” katanya.
Sepatutnya Uwais mengikuti kelas matematik kanak-kanak lima tahun namun kini dia dimasukkan ke kelas kanak-kanak enam tahun.
“Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat.
“Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan,” katanya.
Uwais pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuk murid cemerlang dan anugerah matematik.
“Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.
“Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa,” katanya ditemui di Taman Pulai, semalam.
Patutlah Uwais genius, mak ayah dia memang pentingkan pendidikan dari kecil.
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 11 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya korang update sistem ini dengan menggunakan wifi.
Menurut IFix iOS Studio, berikut merupakan tip-tip yang korang boleh ikut sebelum mengemaskini software terbaru Apple.
– Jangan update guna WIFI ??
(OTA : On The Air )
– Backup iPhone anda menggunakan iTunes
– Pastikan Laptop / Macbook anda telah install LATEST VERSION ITUNES
– Wifi yang stabil ketika proses update menggunakan iTunes.
Kesan-kesan yang mungkin dialami
1. Stuck APPLE logo ketika proses update
2. Sistem akan HANG
3. Wifi Greyed out
4. Battery Drain
5. No Service
6. Camera blank
Dan berikut merupakan senarai iPhone yang support ios 11:
1. IPHONE 5S
2. IPHONE SE
3. IPHONE 6
4. IPHONE 6 PLUS
5. IPHONE 6S
6. IPHONE 6S PLUS
7. IPHONE 7
8. IPHONE 7 PLUS
9. IPHONE 8
10. IPHONE 8 PLUS
11. IPHONE X
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...