Wang ikat jamin sebanyak RM40,000 berjaya dikutip bagi membantu pelawak wanita tular yang terlibat dalam persembahan komedi menghina agama Islam, baru-baru ini.
Peguam Siti Nur Amira Abdullah atau Amy, 26 dalam kenyataannya berkata, sumbangan orang awam untuk membantu proses ikat jamin telah mencecah nilai RM40,000 pada pagi 18 Julai demi membebaskan Amy dan teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran.
Sebarang wang sumbangan selepas ini bakal dipulangkan semula kepada penderma apabila jumlah yang diharapkan telah dicapai.
Amy didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, permusuhan, kebencian atau mempunyai niat jahat, atau menjejaskan pemeliharaan keharmonian atau perpaduan atas dasar agama. Rabu lalu, Amy mengaku tidak bersalah atau pertuduhan tersebut.
Manakala Alex pula berdepan dua pertuduhan atas kesalah memuat naik kandungan menghina di media sosial. Untuk pertuduhan pertama, Alex didakwa berkongsi kiriman di akaun Instagram pada 5 Jun dengan niat menghina orang lain. Dalam pertuduhan kedua pula, dia didakwa berkongsi kandungan menerusi akaun YouTube pada 16 Jun juga dengan niat menghina orang lain.
Mengenai status kebenaran bagi Amy dan Alex dibebaskan daripada penjara, peguam mereka R. Sivaraj berkata ia bergantung kepada waktu yang ditetapkan. Sekiranya mereka melepas waktu, kakitangan mahkamah meminta mereka untuk kembali esok untuk pembebasan memandangkan lokasi penjara masing-masing yang agak jauh; iaitu di Beranang dan Kuala Kubu Bharu.
*
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati warganet rata-rata tidak berpuas hati, terkejut dan tidak percaya ada insan yang sanggup berpihak kepada pasangan kekasih itu sehingga berjaya mengumpulkan dana awam bernilai RM40,000.
Pada mereka, situasi ini menggambarkan sentimen tidak sihat yang hanya menggalakkan orang lain untuk melakukan jenaka yang menghina mana-mana agama selepas ini. Malah mereka juga ingin sekali mengetahui siapakan insan yang sanggup menyumbang itu.
Ads
Pada masa yang sama, warganet juga bingung mengapa pihak kerajaan atau badan bertanggungjawab tidak mengambil kes ini secara tegas memandangkan ia jelas menghina agama rasmi negara iaitu agama Islam.
Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju dengan majoriti warganet ataupun merasakan adalah adil untuk pasangan yang didakwa ini dibela sebegitu rupa memandangkan sistem perundangan di Malaysia membenarkan ikat jamin?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai sukan paling popular di dunia bola sepak sentiasa menjadi perhatian ramai. Tidak kiralah negara itu berfahaman politik apa sekali pun, bola sepak merupakan sukan yang sentiasa berjaya menyatukan rakyat.
Dan dalam sukan bola sepak kita boleh saksikan pelbagai gaya reaksi pemain meraikan jaringan atau kemenangan di atas padang. Ada yang melompat secara sommersault, membuka baju dan menayangkan kepada penyokong lawan dan ada juga yang menayangkan otot perut! Macam-macam gaya hingga ia di abadikan dalam permainan video terkenal seperti FIFA dan Winning Eleven!
Salah satu gaya yang semakin mendapat tempat ialah dabbing. Gaya ini mula popular dan tular daripada pemain termahal Manchester United, Paul Pogba.
Tapi berbeza pula di Arab Saudi apabila seorang pemain dari kelab Al Nojoom kini berkemungkinan berdepan hukuman yang berat akibat aksi dabbing ketika dia berada di kawasan bangku simpanan. Rakaman aksinya itu dirakamkan ketika perlawanan melibatkan kelabnya pada 3 Januari lalu.
Tindakannya dilaporkan telah mendapat reaksi amarah yang cukup hebat daripada pengguna media sosial negara tersebut. Klip video yang dikongsikan oleh pengulas sukan tempatan, Dawri Plus menunjukkan pemian tersebut enggan malakukn aksi high five tetapu melakukan dabbing.
Di Arab Saudi, perbuatan melakukan aksi dabbing merupakan satu subjek kontroversi dan dilarang kerana pihak berkuasa mempercayai ia dikatakan berkaitan dengan penggunaan dadah. Disebabkan itu dabbing dianggap sebagai satu kesalahan berat.
Poster amaran tentang larangan dabbing oleh National Commission for Combating Drugs (Arab Saudi)
Malah pada bulan Ogos tahun lalu juga seorang penyanyi dan hos TV, Abdallah Al Shahani telah ditahan pihak berkuasa di atas kesalahan sama. Penahanannya telah menimbulkan kontrovesi hebat dan membuatkan netizen tempatan memberikan reaksi berbeza. Ada yang menyokong tindakan pihak berkuasa dan tidak kurang juga yang mengkritik penahanan tersebut.
Difahamkan pihak berkuasa Arab Saudi mendapati perbuatan dabbing berkait rapat dengan penyalahgunaan dadah jenis ganja. Malah, mereka turut mengeluarkan poster yang mengetengahkan tentang bahaya akan gerakan ini kepada masyarakat dan juga amaran keras.
Walau bagaimanapun nasib pemain bola sepak tersebut masih lagi belum diketahui. Rata-rata netizen Arab Saudi berpendapat aksi pemain itu adalah tidak matang kerana perkara ini sudah pun cukup sedia maklum merupakan satu kesalahan. What ever float you boat. 🙂
Kerana dab badan binasa. Tak berbaloi langsung!
Kita bernasib baik kerana pemain tempatan Malaysia masih boleh melakukan aksi dab tanpa ragu.
Instafamous dan juga seorang doktor dari Rusia, Ekaterina Karaglanova, 25 tahun ditemui mati di dalam sebuah bagasi di dalam rumahnya bersama dengan dua kesan tikaman dan juga lehernya dikelar.
Dia yang mempunyai jumlah pengikut seramai 92 ribu di laman media sosialnya dipercayai dibunuh oleh bekas teman lelakinya yang berusia 32 tahun apabila suspek ditangkap meninggalkan rumah mangsa menerusi kamera litar tertutup (CCTV).
Susulan itu, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai cemburu bekas kekasih terutamanya apabila mangsa kini sudah mempunyai kekasih baru berusia 52 tahun.
Pihak polis mempercayai bahawa pada mulanya suspek memasukkan mayat mangsa ke dalam bagasi untuk dibawa ke tempat lain namun bertukar fikiran pada saat akhir kerana ia kelihatan pelik.
Kehilangan Ekaterina mula disedari apabila dia tidak menjawab panggilan telefon daripada kedua orang tuanya seterusnya membawa kepada penemuan mayatnya.
Untuk pengetahuan, mangsa juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik di Moscow dan juga merupakan pelajar cemerlang di Universiti Pirogov Russian National Research Medical.
Setakat ini, pihak polis masih lagi mencari suspek untuk membantu siasatan.
Sumber: BBC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat si kaki traveller yang sudah tidak sabar untuk ke luar negara, New Zealand (NZ) bakal membuka semula sempadan untuk pelancong asing bermula April ini.
Menurut Perdana Menteri NZ, Jacinda Ardern berkata untuk fasa pertama pembukaan, warga Australia dibenarkan ke New Zealand tanpa perlu menjalani kuarantin mulai 13 April.
Manakala bermula 2 Mei pelancong dari negara dikecualikan visa seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura, dan individu yang memiliki visa pelawat sah boleh dan sudah lengkap menerima vaksin COVID-19 boleh melancong ke negara itu.
Setelah NZ menutup sempadannya selama dua tahun lalu bagi membendung penularan COVID-19, kini dengan kadar peratusan vaksinasi yang tinggi serta penularan Omicron dilihat semakin terkawal, sempadan negara ini selamat untuk dibuka.
Jelas beliau lagi, New Zealand mampu menyediakan tempat selamat untuk pelancong berkunjung kerana langkah pencegahan COVID-19 dan sistem kesihatan yang baik. Untuk info, New Zealand telah memberikan vaksin kepada 94 peratus penduduknya berumur 12 tahun ke atas.
Wah, nampaknya selepas ini makin banyaklah negara lain yang boleh dikunjungi oleh masyarakat Malaysia. Apa-apa pun stay safe dan tetap jaga SOP okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...