Bagi pengguna media sosial, tentunya korang perasan akan trend terbaru yang sedang melanda di seluruh Malaysia.
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja ramai yang bercakap tentang ‘Popcat’ sampai trending di laman Twitter. Penuh timeline REMAJA dengan foto kucing menguap!
Mesti semua tertanya-tanya, siapa sebenarnya ‘Popcat’ tu?
Foto Kredit :Youtube
Untuk pengetahuan korang, Popcat tu bukanlah nama individu mahupun nama haiwan tapi merupakan permainan disebuah laman web, dimana pengguna seluruh dunia mewakili negara masing-masing bersaing bagi menjadi yang teratas paling banyak klik per saat.
Popcat.click merupakan permainan klik yang dihasilkan oleh peminat meme Josh, Ed dan Freddy sudah wujud sejak April lagi. Permainan klik itu hanya memerlukan korang untuk klik sahaja pada gambar kucing yang terdapat di laman web itu seberapa banyak yang mungkin.
Ads
Kesemua jumlah klik anda itu akan dikira sebagai ‘point’ untuk disumbangkan kepada negara yang menyertai. Melihat kepada laman sesawang itu, terdapat sebanyak 203 buah negara yang didaftarkan menyertai permainan tersebut.
Ads
Bagaikan sukan Olimpik, rata-rata netizen Malaysia meletakkan target untuk mencapai pingat emas untuk acara Olimpik Popcat ini. Buat masa sekarang, Malaysia berada di kedudukan ke-3 didunia, dengan jumlah klik setakat artikel ini ditulis seperti dibawah di belakang negara Taiwan.
Ads
Untuk turut serta menyertai, hanya perlu klik pada imej kucing yang dikenali sebagai Oatmeal. Di mana setiap kali klik, Oatmeal akan membuka mulut dan akan diberikan mata.
Tiada syarat atau peraturan yang dikenakan, semua rakyat Malaysia boleh menyertai dengan hanya klik pada pautan ini: https://popcat.click/
So, kalau korang bosan, daripada keluar merayau di musim pandemik ni. Baik menyumbang klik, mana tahu Malaysia boleh dapat “gold medal” di Olimpik ‘Popcat’…hiks
Tak semua remaja zaman sekarang memilih pekerjaan seperti yang diperkatakan oleh netizen.
Memiliki paras rupa yang elok adalah satu kelebihan bagi seseorang insan, boleh dijadikan ‘pemberian’ ini sebagai satu kerjaya. Namun bukan pada remaja lelaki berusia 20 tahun ini, Nur Haadi Abdul Rani apabila memilih menjadi seorang pengawal keselamatan di usia muda.
Baru-baru remaja ini menjadi perhatian warganet apabila penampilan menarik dan aktif menggunakan aplikasi TikTok, Haadi tular kerana terlihat segak dan tampan walaupun mengenakan pakaian pengawal keselamatan.
Mesra dengan dengan panggilan Haadi , pemuda ini tak malu untuk pamerkan perkerjaannya walaupun sering dipandang rendah dan diperlekeh oleh segelintir masyarakat. Meskipun masih muda, namun dia kelihatan sangat matang dan gembira semasa menjalankan tugas.
Menurut laporan Mstar, Haadi yang berasal dari Terengganu ini memaklumkan dia bangga apabila video yang dimuat naik mendapat perhatian kerana dapat berkongsi bagaimana kerjanya sebagai pengawal keselamatan kepada umum.
“Saya rasa bangga sangat. Mungkin sebelum ini ada segelintir individu yang pandang remeh kerja ini. Saya buat video sebab nak tunjuk situasi pekerjaan saya.”
“Mungkin ada yang malu dengan kerja ini. Tapi bagi saya tak perlu malu nak kerja sebagai pengawal keselamatan.”
“Alhamdulillah, lepas saya buat video, ramai anak muda mesej saya dan tanya mengenai pekerjaan ini. Ramai yang minat sebenarnya,” katanya
Bukan biasa-biasa penangan Cik B ni, atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen puteri kepada pengasas produk kosmetik popular, Dato’ Seri Vida.
Baru sahaja memuat naik gambar photoshoot cover majalah Remaja isu Oktober-Disember di laman instagramnya semalam, posting tersebut telah pun mendapat lebih daripada 2,000 komen dan 60 ribu tanda suka.
Ramai yang terkejut dengan penampilan Cik B kerana tampil dengan wajah bermekap. Ya la, selama ni korang tengok Cik B sempoi je kan? Malah, Cik B pun mengakui bahawa dia tidak suka bersolek walaupun sering disuruh oleh mamanya. Hiks!
Kami selaku team Remaja berterima kasih dan sangat berbesar hati apabila gadis berusia 14 tahun ini bersetuju untuk tampil sebagai penghias kulit majalah Remaja yang terbaru.
Penampilan sisi berbeza Cik B mendapat pujian daripada pengikutnya yang mana rata-rata daripada mereka terkejut dan memuji kecomelan gadis ini.
Bukan hanya peminat, malah golongan selebriti juga turut meninggalkan komen dan memuji penampilan berbeza Cik B.
Walaupun ada ‘cakap-cakap’ belakang yang tidak dapat menerima penampilan tersebut, namun masih ramai lagi yang melihat perubahan imej yang dilakukan semasa sesi photoshoot ini adalah sesuatu yang lain daripada yang lain.
Tentu ada sebahagian dari kita tertanya-tanya adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ke 4 akan berakhir pada 12 Mei atau PKP akan bersambung lagi sehingga akhir Ramadan.
Seperti sedia maklum, setakat hari ini tiada mana-mana negara sudah menemui penawar COVID-19 sebaliknya dari hari ke hari jumlah mereka yang mati akibat wabak ini semakin meningkat. Malah bagaimana virus ini tersebar juga belum diketahui puncanya sehingga mengakibatkan lebih 3 juta orang dijangkiti di seluruh dunia. Bukan saja masalah kesihatan terjejas tetapi ekonomi juga mulai menjunam kerana banyak sektor tidak dapat dibuka.
Bacalah perkongsian menarik ditulis oleh seorang doktor di fbnya, Yazeed Hair Johari mengenai adakah kita bersedia untuk berhadapan dengan norma baru atau new norm selepas PKP berakhir? Pandangannya agak menarik dan pastinya kehidupan kita tak akan sama lagi seperti sebelum ini biarpun PKP sudah berakhir.
Bagaimana NORMA BAHARU (New Norm) SELEPAS WABAK COVID-19?
Adakah kita sudah bersedia? Apa yang bakal berlaku selepas PKP?
Tujuan aku tulis ni, bukanlah untuk Creat Panic. Tapi niat aku adalah untuk semua orang bersedia dengan apa yang bakal kita sama sama tempuhi nanti.
Ramai yang ingat, selepas sahaja PKP ditamatkan. Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa. Rangkaian COVID-19 boleh dihentikan tetapi untuk membunuh virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya. Jadi, kita masih belum selamat.
Sangkaan itu mungkin betul. Tapi yang pasti selepas PKP, kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm
Kalau perasan sebelum ni, PM awal awal lagi dah sebut. Kita kena biasakan dengan kehidupan baru iaitu New Norm.
New Norm ini adalah keadaan di mana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal, ianya atas risiko masing masing.
Walaupun kes covid dah zero tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ Possible “ yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru.
Walaupun kita akan bebas keluar semula. Tetapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 meter
2 )Keluar bila memerlukan sahaja. Terus pulang ke rumah selepas waktu bekerja
3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti majlis kahwin, konvensyen dan sebagainya.
4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh sehingga satu dunia bebas dari covid. Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .
5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan berlegar di shopping mall, pawagam mahupun pasar borong
6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene, hand sanitization, menutup bersin dengan siku, memakai mask jika perlu.
7).Tidak digalakkan melepak di warung, kedai mamak dan sebagainya. Tiada lagi tontonan live bolasepak di premis makanan
Apa yang akan berlaku seterusnya ?
1 – Pemilik Microbisnes juga akan terkesan dengan kerugian. Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja.
2- Macrobisnes juga akan terkesan seperti Kilang pengeluar dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja.
3- Sektor perhotelan / resort / kelab golf / shopping complex / taman tema – Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi
4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja
5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas. Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil? Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?
6- Sektor pakaian dan servis kecantikan juga akan terjejas. Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan
7- Bagaimana dengan sekolah / kolej dan universiti? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing. kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat.
8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi
9 . Rakyat akan mula berjaga-jaga dan cuba mengelakkan risiko jangkitan.
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .
10 – Oh ya! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot?
11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru di kala income bulanan tidak menentu?
Dan banyak lagi
Kesimpulan di sini, selepas tamat waktu PKP itu bukanlah titik noktah kerana rawatan utama untuk covid masih belum lagi ditemui. Oleh itu risiko jangkitan dan kematian masih tinggi.
6 bulan yang akan datang adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar di mana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi.
Saranan
1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada, simpanlah selagi boleh.
2- Basuh semula pakian lama dan pakai semula. Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru
3- Hidup dalam bersederhana
4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air
5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil
6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja. Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah di luar sebaiknya masak di rumah lebih menjimatkan.
7 Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan.
8 Kurangkan penggunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol, kos selenggara dan kos minyak
9 Menumpang dengan ahli keluarga atau menyewa rumah. Elakkan pembelian hartanah buat masa ini. Loan pun susah lepas dan belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal.
Berikut adalah beberapa saranan sahaja. Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan – 12 bulan akan datang.
New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi. Yang pastinya bukan mudah tetapi adalah untuk keselamatan nyawa masing-masing.
Dan Ingatlah untuk tempoh Ini “Cash Is King . “
Jimatlah sebaik mungkin. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Tiada siapa yang tahu
Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera. Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu