Sehingga ke hari ini, penganjuran festival Bon Odori yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai 2022 di Shah Alam, Selangor dan di Pulau Pinang masih mencetuskan perdebatan di antara dua pihak.

Di satu pihak, ada yang menyokong agar Bon Odori diteruskan memandangkan misinya selama ini adalah untuk memperkenalkan budaya Jepun kepada rakyat Malaysia. Namun di satu pihak yang lain, festival itu didakwa melibatkan unsur-unsur ritual keagamaan Buddha.

ARTIKEL BERKAITAN : Umat Islam Dinasihat Tidak Lagi Sertai Festival Bon Odori – REMAJA

Lalu, nasib festival Bon Odori pada bulan Julai ini masih samar-samar nampaknya.

IKLAN

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Alumni Bekas Pelajar Malaysia ke Jepun di bawah program Dasar Pandang ke Timur atau ALEPS iaitu Zulfiqar Zainuddin berkata, Bon Odori hanyalah salah satu daripada cara untuk Malaysia merapatkan hubungan dengan negara matahari terbit itu iaitu dengan keraian kebudayaan serta kesenian.

Sepanjang lebih 30 tahun Bon Odori dianjurkan di Malaysia, ia telahpun menerima sambutan menggalakkan dan memberi peluang kepada masyarakat di sini mendalami serba sedikit budaya masyarakat Jepun termasuklah makanan, pakaian, permainan dan kesenian.

Namun bagi Dewan Ulamak parti PAS pula, ia menegaskan agar umat Islam tidak menyertai Bon Odori kerana enggan sesiapa terjerumus kepada perkara yang boleh membawa kepada pelanggaran akidah berdasarkan maslahah awam. Lalu menurut Ketua Dewan Ulamak PAS iaitu Datuk Ahmad Yahya, alasan kebudayaan Jepun tidak mencukupi merit untuk dipertimbangkan bersama.

IKLAN

*

Pada minggu lalu, perdebatan mengenai Bon Odori ini telahpun mendapat perhatian Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tidak menyekat penganjuran festival Bon Odori mahupun menghalang mana-mana individu daripada menyertainya.

ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Selangor Cadang Menteri Hadir Ke Festival Bon Odori, Fahami Beza Budaya & Agama – REMAJA

IKLAN

Setelah titah perintah itu dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Idris Ahmad berkata beliau enggan memberi sebarang komen dan enggan memanjangkan perdebatan mengenai penganjuran Bon Odori di Selangor sewaktu ditemui media di sebuah majlis pada hari Sabtu.

Hhm, agaknya festival pada tahun ini akan terus dianjurkan ataupun tidak?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=7&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI